KUALA LUMPUR: Seruan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya medan selera, gerai serta warung di seluruh negara dinaik taraf dan diperindah merupakan langkah proaktif yang dilihat mampu memberi kebaikan kepada golongan rakyat terbanyak.
Dekan Fakulti Rekabentuk dan Senibina Universiti Putra Malaysia Profesor Madya Dr Suhardi Maulan berkata, seruan Perdana Menteri itu bertepatan kerana memenuhi cita rasa budaya rakyat yang suka menjamu selera di medan selera, gerai serta warung bersama keluarga.
Beliau berkata justeru, tempat yang sering menjadi tumpuan rakyat terbanyak untuk menikmati pelbagai juadah bersama keluarga itu perlu sentiasa bersih, indah dan memberi keselesaan kepada pengunjung.
"Bagi saya, pandangan Perdana Menteri itu memang bagus sebab apabila kita makan sudah pasti mahukan suasana yang nyaman dan keselesaan ini boleh dilihat dari segi tempat makan itu dijaga bersih dan susun atur yang kemas.
"Oleh itu, bagi mewujud dan mengekalkan suasana ini, perlu ada penjagaan medan selera yang berkesan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) yang boleh menjaga kawasan tersebut melalui pemantauan berterusan," katanya kepada Bernama pada Ahad.
Suhardi berkata pelaksanaan itu juga perlu melibatkan pelbagai pihak lain seperti Jabatan Kesihatan bagi memastikan kebersihan dan keselamatan makanan yang disajikan di medan selera, gerai dan warung terus terpelihara.
"PBT mesti ada garis panduan jelas macam mana sesebuah medan selera itu dibangunkan bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga operasinya yang boleh jadi panduan jelas untuk dilaksanakan di seluruh negara.
"Selain itu, PBT atau pemilik persendirian perlu melihat reka bentuk kawasan medan selera itu. Dari segi pergerakan angin atau pengalihan udara yang bagus dan pencahayaan yang baik perlu ditekankan," katanya.
Mengulas lanjut, pensyarah di Jabatan Senibina Landskap UPM itu berkata penambahbaikan visual atau reka bentuk medan selera yang mempunyai keunikan tersendiri boleh menarik ramai pelancong datang untuk menikmati suasana setempat.
"Kita kena faham juga sesetengah elemen tempatan perlu diambil kira, mungkin medan selera di Kuala Lumpur berbeza dengan Terengganu. Sekiranya karakter tempatan diketengah seperti di Jalan Petaling berkonsepkan China manakala di Kampung Baru dibuat reka bentuk Melayu, sudah pasti mempunyai identiti yang tersendiri.
"Kalau kita lihat di Singapura, mereka menjadikan medan selera ringkas dan polisi yang ditetapkan adalah mementingkan kebersihan sehinggakan medan selera mereka terkenal, sering kali dijadikan contoh serta diuar-uarkan sebagai imej tempatan dan menjadi antara tarikan pelancong," katanya.
Pensyarah Kanan Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah Universiti Malaya Dr Nikmatul Adha Nordin pula berkata medan selera adalah tempat tumpuan rakyat dan diwujud bagi memenuhi keperluan setempat.
Beliau berkata apabila proses naik taraf medan selera dilaksanakan, ia perlu mengambil kira pelbagai faktor termasuk harga makanan, suasana, fasiliti dan akses yang bersesuaian serta mudah kepada rakyat.
Nikmatul Adha berkata langkah itu perlu bagi mengetepikan sebarang persepsi negatif terhadap perubahan yang dilakukan terhadap medan selera.
"Mungkin ada juga beranggapan perubahan struktur ini menyebabkan kehilangan suasana warung yang sudah sebati dengan budaya sosial masyarakat kita dan dibimbangi perubahan fizikal medan selera kepada yang lebih cantik turut memberikan persepsi bahawa kedai makan itu mahal," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 04 2023
Seruan Perdana Menteri itu bertepatan kerana memenuhi cita rasa budaya rakyat yang suka menjamu selera di medan selera, gerai serta warung bersama keluarga. - Foto BERNAMA
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Letupan gegarkan medan selera di Bukit Mertajam
Letupan yang berlaku di bahagian dapur kira-kira jam 8.30 pagi itu menyebabkan bumbung zink di pusat perniagaan itu rosak dan sebahagian dinding dapur runtuh.
Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar
Kebakaran melibatkan bangunan kelas A yang dianggarkan musnah 80 peratus.
Medan selera kompleks beli-belah gaji pendatang tanpa izin digempur
Sebanyak 16 pendatang tanpa izin dan dua warga tempatan ditahan Jabatan Imigresen Malaysia dalam operasi di medan selera sebuah kompleks beli-belah di Taman Melati hari ini.
Usaha naik taraf pusat penjaja Bandar Sri Permaisuri selesakan pengunjung
Inisiatif kerajaan menaik taraf pusat penjaja di Bandar Sri Permaisuri telah memberikan keselesaan kepada pelanggan di medan selera itu.
Medan selera baharu tempatkan penjaja Padang Polo beroperasi hujung tahun ini
Tempat tumpuan jualan makanan itu nanti akan berkonsepkan medan selera dan kini telah dibangunkan sebanyak 50 peratus.
Naik taraf, perindah medan selera demi keselesaan rakyat - Pakar
Seruan itu bertepatan kerana memenuhi cita rasa budaya rakyat yang suka menjamu selera di medan selera, gerai serta warung bersama keluarga.
Tak kemas dulang, pinggan selepas makan? Denda hampir RM1,000 atau ke mahkamah!
Bermula 1 Jun, pelanggan yang melanggar peraturan di semua tempat makan awam akan diminta menyerahkan butiran diri masing-masing.
Pelanggan cemas gerai medan selera terbakar
Difahamkan peniaga cuba memadamkan api itu namun tidak berjaya dan terpaksa menghubungi pasukan bomba.
Pemain Piala Presiden Selangor FC meninggal dunia, ada sejarah penyakit asma
Pemain Piala Presiden Selangor FC Muhammad Husni Idrus yang meninggal dunia semalam dilaporkan mempunyai sejarah penyakit asma.
Tidak kemas meja di medan selera, kedai kopi selepas makan di Singapura boleh didenda bermula 1 Januari
Tidak boleh culas, pelanggan diingatkan supaya mengemas semula dulang, pinggan, sudu, garpu dan sampah sendiri selepas makan.