Jawapan berhubung siapa naib ketua Pergerakan Pemuda UMNO pusat akan ditentukan Rabu ini apabila sayap parti itu mengadakan pemilihan semula di tiga bahagian.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Tan Sri Tajol Rosli Ghazali berkata pemilihan semula secara serentak itu melibatkan bahagian Sabak Bernam, Bachok dan Gelang Patah.
Katanya, keputusan itu dibuat jawatankuasa berkenaan dengan persetujuan dua calon bagi jawatan berkenaan iaitu Jamawi Jaafar dan Khairul Azwan Harun, yang terikat dengan keputusan undi seri 73-73 dalam pemilihan jawatan itu Sabtu lepas.
"Dalam perjumpaan (dengan kedua-dua calon), ada tiga bahagian (undian) yang dipertikai kedua-dua pihak, tetapi kesemua telah bersetuju supaya diadakan pengundian semula di tiga bahagian itu untuk menentukan kemenangan," kata Tajol Rosli dalam sidang media hari ini.
Menurutnya, perwakilan di ketiga-tiga bahagian itu akan mengundi semula bagi keempat-empat calon naib ketua Pemuda iaitu Jamawi, Khairul Azwan, Lokman Noor Adam dan Mohamad Iruan Zulkefli.
Tajol Rosli berkata pengundian akan dijalankan menurut sistem 'electoral college' dan keputusan dijangka diketahui pada hari sama.
Dalam pada itu, Setiausaha Kerja UMNO Datuk Abd Rauf Yusoh berkata pemilihan semula itu dibuat untuk memastikan tiada sebarang keraguan timbul tentang keputusan yang akan diumumkan kelak.
Mengulas perkara itu, Jamawi berkata beliau menerima keputusan Jawatankuasa Pemilihan berhubung status jawatan naib ketua Pemuda UMNO yang "tergantung" hampir lima hari.
"Saya terima dengan hati terbuka untuk menentukan pemenang naib ketua Pemuda berdasarkan kepada tiga bahagian Pemuda yang akan bersidang semula pada Rabu.
"Saya akan terus memberi sepenuh kepercayaan kepada Jawatankuasa Pemilihan dan berikrar...akan terus menyumbang bakti dan jasa kepada Pemuda dan UMNO (walau apapun keputusan kelak)," katanya.
Khairul Azwan pula menyifatkan kesepakatan itu dicapai atas semangat kekeluargaan dan kepentingan parti.
Beliau juga berikrar untuk terus menyumbang kepada parti walau apapun keputusan yang diperoleh Rabu ini.
Sistem 'electoral college' menyaksikan bilangan undi terbanyak yang diperoleh seseorang calon dari sesebuah bahagian, dikira sebagai hanya satu undi.
Bernama
Fri Oct 18 2013
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 November 2024
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia
Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
AWANI Ringkas: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
1,200 peserta program Larian Rimba Kita
Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
Naib Ketua Pemuda UMNO Pusat akan ditentukan Rabu ini
Naib ketua Pergerakan Pemuda UMNO pusat akan ditentukan Rabu ini apabila sayap parti itu mengadakan pemilihan semula di tiga bahagian.