KOTA TINGGI:Naib Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kota Tinggi, dikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir semasa membuat kerja-kerja membaiki kerosakan di Jeti Tanjung Balau, Bandar Penawar dekat sini pada Khamis.
Dalam kejadian pada jam 5.05 petang, Mohd Zulfikrie Buang, 24 tahun dikatakan tergelincir dari perancah sebelum hilang selepas terjatuh.
Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fadli Ismail, berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) mengalami kesukaran ekoran hujan lebat selain keadaan laut berombak beserta angin kuat.
Sejurus menerima panggilan, seramai sembilan anggota dari BBP Penawar dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) serta sebuah utiliti Hilux dikejarkan ke tempat kejadian.
"Pihak bomba bertindak membuat pencarian di pinggir pantai di tiga kawasan iaitu Jeti Nelayan Tanjung Balai, Jeti Chalet Tanjung Balau dan Pantai Tanjung Balai.
"SAR turut dibantu agensi lain seperti polis serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Pegawai Kementerian Kesihatan Malaydia (KKM) turut hadir," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, operasi SAR masih lagi dilakukan sehingga kini melibatkan agensi-agensi yang berkenaan.
Sehingga pukul 12 tengah hari tadi, operasi mencari dan mencari mangsa masih belum menemukan mangsa.
Ernalisa Othman
Fri Dec 11 2020
Mohd Zulfikrie dikatakan tergelincir dari perancah sebelum hilang selepas terjatuh. - Foto ihsan orang awam
NASA lakar sejarah terbang paling hampir kepada matahari
Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah pada Selasa apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari.
Presiden AS Biden tandatangani 50 RUU malam Krismas
Antara undang-undang baharu itu ialah Akta Hentikan Penyalahgunaan Institusi Kanak-Kanak yang diperjuangkan oleh selebriti Paris Hilton.
Enam disenarai individu dikehendaki polis Hong Kong
Enam individu disenaraikan sebagai individu dikehendaki polis Hong Kong kerana disyaki melanggar undang-undang keselamatan negara itu.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu team LZJ
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
PGA tumpas aktiviti pemerdagangan orang di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang membabitkan enam pendatang tanpa izin menerusi Op Nyah II di Kampung Barol Pial di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
12 kontena misi bantuan MAPIM berjaya masuk ke Gaza
Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, beliau berkata, fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala pihaknya sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
25 pemandu bas ekspres, persiaran dikesan pandu seorang diri
Sebanyak 25 bas ekspres dan persiaran dikesan beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di tiga plaza tol di negeri itu, pada Selasa.
Masih terlalu awal klasifikasikan punca insiden
Siasatan mengenai nahas pesawat di Kazakhstan sedang dijalankan dan pada masa ini masih terlalu awal mengklasifikasikan kes tersebut.
Kesemua 28 mangsa terselamat dirawat di hospital berhampiran
Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada rabu mengesahkan kesemua 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak dalam nahas kapal terbang Embraer 190, sedang dirawat di hospital berhampiran.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Azerbaijan Airlines terhempas, Vladimir Putin ucap takziah
Menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, pihaknya sangat bersimpati dengan mereka yang terkesan serta mendoakan pemulihan segera kepada semua mangsa yang terselamat.
Mayat Naib Ketua Armada Bersatu Kota Tinggi ditemui
Mayat Mohd Zulfikrie ditemui di kawasan berbatu menghala ke Tanjung Lompat kira-kira pukul 3 petang tadi.
Naib Ketua Armada Kota Tinggi dikhuatiri lemas
Dalam kejadian pada jam 5.05 petang, Mohd Zulfikrie Buang, 24 tahun dikatakan tergelincir dari perancah semasa membuat kerja-kerja membaiki kerosakan jeti.