KLANG: Kerajaan Negeri Pahang menyerahkan sepenuhnya kepada waris mangsa untuk memutuskan sama ada untuk mengebumikan jenazah mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina di Shah Alam, Khamis lalu dalam satu liang lahad atau sebaliknya.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, ia adalah hak ahli keluarga masing-masing untuk memutuskan perkara itu.
“Ada antara ahli keluarga yang tinggal di Bentong ada yang tinggal di Janda Baik dan sebagainya.
“Jadi mungkin mereka nak kebumikan mengikut kesesuaian dan jarak kampung masing-masing,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini hari ini.
Sebelum ini, pihak penguat kuasa memaklumkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menguruskan setiap jenazah mangsa nahas pesawat itu.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail juga sebelum ini dilaporkan memberitahu, Kerajaan Negeri Pahang akan menanggung kesemua kos penghantaran jenazah ke kampung halaman masing-masing.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun adalah antara 10 mangsa yang terkorban dalam nahas pada Khamis lalu.
Setakat ini hanya jenazah penunggang p-hailing Muhamad Hafiz Muhamad Saleh sudah dituntut ahli keluarga kira-kira pukul 9.30 pagi.
Jenazah kemudian dikafan dan disembahyang di Masjid Jamek Ar Rahimiah,Klang di sini, sebelum dibawa ke kampung halaman di Sungai Petani, Kedah.
Umavathi Ramayah
Sat Aug 19 2023

Mohd Sharkar ketika ditemui pemberita di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini hari ini.- Foto Astro AWANI

Sentimen berhati-hati dorong ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit rendah kepada 4.4310/4440 berbanding dolar AS daripada 4.4310/4375 pada Khamis.

Tujuh premis termasuk kedai runcit, inap desa musnah dalam kebakaran di Kundasang
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Mangsa banjir di Beaufort tinggal 407 orang
Hanya empat PPS masih beroperasi iaitu Dewan PSP Dun Banir, Dewan Bisaya, Dewan Residensi Prima dan Dewan Kukut yang dibuka sejak 8 Mac.

Kanada fail aduan di WTO terhadap tarif keluli dan aluminium AS
Kanada telah minta rundingan penyelesaian pertikaian dengan AS berhubung pelaksanaan duti import ke atas produk keluli dan aluminium tertentu.

Kad Visa Touch ‘n Go eWallet guna pengesahan TapSecure bermula 17 Mac
Transaksi menggunakan kad visa boleh disahkan dengan hanya menekan satu butang sahaja dalam aplikasi Touch n Go eWallet pada peranti pintar.
AWANI Pagi: Pembudayaan "Zero Hunger" di kampus universiti
Diskusi 8:30 pagi Jumaat bersama Hasanul Basri Abdullah, Dekan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Hanifah Eydel-Romero Pensyarah, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)dan Nuranita Dewi Abdullah, Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membincangkan mengenai projek "Zero Hunger" yang semakin diterima dan menjadi budaya di dalam kehidupan kampus warga Center of Foundation Studies, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM.
![[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah [KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/71550535175_slippingcashbribe.jpg)
[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah
Perbelanjaan politik sama ada secara terangan atau berselindung adalah sesuatu yang tidak dinafikan di dalam perjalanan politik terutama di dalam pilihan raya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 13 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
"Pasaran Saham AS Menjunam: S&P 500 dalam Pembetulan Selepas Data Inflasi"
"Pasaran saham AS berakhir dengan penurunan mendadak pada hari Khamis, dengan S&P 500 mengesahkan ia berada dalam pembetulan selepas data inflasi yang sejuk dibayangi oleh kebimbangan bahawa perang tarif yang semakin memuncak oleh Amerika Syarikat terhadap rakan dagang terbesarnya boleh mencetuskan semula inflasi dan membawa ekonomi ke dalam kemelesetan. Saksikan analisis penuh tentang kejatuhan ini dan impaknya terhadap ekonomi global."
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 14 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.

Keluarga terima keputusan laporan akhir nahas Elmina
Keluarga mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, tahun lepas menerima keputusan laporan akhir tragedi itu yang dikeluarkan hari ini.

Nahas Elmina: Kotak perakam suara beri petunjuk kritikal
Analisis awal terhadap rakaman kotak perakam suara kokpit (CVR) yang dipulihkan telah memberikan petunjuk kritikal kepada pendedahan punca kemalangan.

Nahas Elmina: Tiada bulu burung pada enjin pesawat
Tiada sebarang penemuan objek asing atau bulu burung pada komponen enjin pesawat yang terhempas berhampiran Elmina.

Nahas Elmina: Dua hari kumpul badan, tisu biologi mangsa
Pasukan perubatan forensik mengambil masa dua hari untuk mengumpul anggota badan dan tisu biologi kesemua 10 mangsa yang terlibat dalam nahas di Elimina Ogos lalu.

Nahas Elmina: Laporan akhir selesai Ogos tahun depan - Kementerian Pengangkutan
Ia selaras dengan standard ICAO Annex 13 yang memperuntukkan tempoh 12 bulan dari kemalangan tersebut untuk melengkapkan dokumen berkenaan.

PRK Pelangai: Wakil BN harus dipilih semula, beri kesinambungan perkhidmatan - Zahid
Barisan Nasional (BN) harus dipilih semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang akan datang.

Nahas Elmina: Rakaman suara CVR berjaya dimuat turun - Loke
BSKU telah berjaya mendapatkan rakaman Kotak Perakam Suara Kokpit (CVR) berhubung nahas pesawat Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Persiaran Elmina 17 Ogos lalu.

Nahas Elmina: Lebih 10 individu dirakam percakapan - KP Selangor
Antara yang dipanggil ialah mereka yang mempunyai video rakaman kejadian, pihak syarikat penerbangan, dan wakil Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Nahas Elmina: Perakam CVR dijangka dianalisis di Florida Isnin depan
Perakam suara kokpit (CVR) pesawat Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Persiaran Elmina, minggu lalu dijangka dianalisis di makmal di Amerika Syarikat (AS), seawal Isnin ini.

Nahas Elmina: Setiausaha Politik PM ziarah waris mangsa untuk sampaikan sumbangan
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi hari ini berkesempatan menziarahi keluarga tiga mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam minggu lepas.