Puteri Nabilah Azaman, 19, tidak mengikut keluarganya yang terkorban dalam nahas tengah hari tadi kerana dia bakal menduduki peperiksaan kolejnya.
"Ketika bersarapan pagi di rumah, ayah beria-ria mengajak saya untuk turut serta ke Kuantan, tapi saya terpaksa menolak pelawaannya. Esok saya kena ambil kertas akhir untuk subjek Matematik.
"Tidak lama selepas itu, saya diberitahu mereka (keluarganya) terlibat dengan kemalangan," kata pelajar Kolej Vokasional Wakaf Tembusu ini.
Bapanya Azaman Ramli, 49, dan ibu tirinya Noor Akmal Mohd Zain, 48, serta empat adik beradiknya terkorban dalam kemalangan di Kilometer 258, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berdekatan Hentian Rawat dan Rehat Perasing di Jabor.
Kereta Toyota Camry yang dipandu bapanya dilapor terbabas dan merempuh belakang sebuah treler.
Anak sulung ini berkata bapanya yang bekerja sebagai Pengurus Pusat Jualan Proton di Padang Midin di sini mahu ke Kuantan untuk menemui seorang rakan lamanya bagi membincangkan mengenai pertukaran lokasi kerjanya ke Kota Baharu pada 1 Nov ini.
"Saya sangat sedih dengan pemergian mereka dalam sekelip mata dan hasrat ayah untuk berjumpa rakannya juga tidak kesampaian. Dua minggu lepas saya baru sahaja kematian ibu kandung saya," katanya.
Bernama
Thu Oct 15 2015

Puteri Nabilah Azaman menyiram air mawar ke atas pusara bapanya Azaman Ramli di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja Baram, Chendering, 3 pagi tadi. Bapanya Azaman Ramli dan ibu tirinya Noor Akmal Mohd Zain serta adik beradiknya. - Gambar BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Nahas LPT2: Puteri Nabilah nak periksa, tak jadi ikut keluarga
Puteri Nabilah Azaman, 19, tidak mengikut keluarganya yang terkorban dalam nahas tengah hari tadi kerana dia bakal menduduki peperiksaan kolejnya.

Enam sekeluarga maut di LPT2 selamat dikebumikan
Jenazah enam sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) pada selasa dikebumikan di Kuala Terengganu dan Besut awal pagi Rabu.