KUALA LUMPUR: Laporan interim berhubung nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM Lumut, Perak ketika menjalani Latihan Raptai sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90 akan disediakan secepat mungkin, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Namun, beliau memberitahu, pihaknya tidak menetapkan sebarang tempoh masa bagi penyediaan laporan itu.
Menurutnya, kejadian mendukacitakan itu berlaku ketika kedua-dua helikopter itu terlibat dalam sesi latihan raptai perbarisan kali ketiga pada pagi tadi.
"Pada masa sama Kementerian bersetuju ditubuhkan Lembaga Siasatan oleh TLDM bagi mengenal pasti punca kejadian.
"Soal laporan (siasatan nahas) itu kita akan tengok dulu... laporan interim kita akan cuba buat seberapa segera mungkin dan kemudian akan ada laporan penuh.
"Tapi, semua akan ambil masa. Saya tak nak cakap sekarang, nanti belum siap jadi persoalan kelak," katanya ketika ditemui pemberita di Kementerian Pertahanan, di sini, pada Selasa.
Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Pertahanan 2024 di Dewan Seroja Kem Kementah yang turut dihadiri bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, Kementerian Pertahanan akan menilai semula ketetapan mengenai penganjuran sambutan Ulang Tahun Perbarisan Hari TLDM pada Sabtu ini.
Sementara itu, katanya, beliau akan bergerak ke Pangkalan TLDM Lumut untuk melihat dan mendapatkan maklumat secara lebih dekat mengenai insiden tersebut.
"Saya sendiri dan panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Mohamad Abdul Rahman akan pergi ke Lumut, Perak bagi kita melihat mendapatkan maklumat dan laporan secara on the ground (nahas helikopter).
Pada masa sama, beliau berharap orang ramai supaya tidak menularkan video kejadian sebagai menjaga sensitiviti dan selain tidak mengganggu proses siasatan.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Umavathi Ramayah
Tue Apr 23 2024

Mohamed Khaled (tengah) ketika sidang media pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kementerian Pertahanan di Kem Kementah hari ini. -fotoBERNAMA

Skuad takraw Bihar 2025 buat simulasi awal Ramadan
Bekas tekong negara itu mahu pemain menggandakan usaha dalam membentuk kekuatan mental dan fizikal dalam baki sesi latihan.
FBMKLCI: Merosot 3.12 peratus, aliran keluar pelabur asing berterusan
FBMKLCI mencatat pulangan 13.02 peratus pada 2024, tetapi setakat 21 Februari 2025, indeks ini turun sebanyak negatif -3.12 peratus Kita juga melihat aliran keluar pelabur asing yang berterusan, dengan jumlah mencecah MYR10.9 bilion sejak Oktober 2024. Walaupun Ringgit semakin kukuh kepada 4.41 per USD dan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.1 peratus pada 2024 dengan inflasi kekal rendah, pasaran saham masih menunjukkan kelemahan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Februari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama GeeGee Ahmad & Farhan Hakimi
1. Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
2. KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
3. PM minta henti berganduh perkara remeh, fokus timba ilmu
1. Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
2. KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
3. PM minta henti berganduh perkara remeh, fokus timba ilmu

Pengurusan dana awam, kes buli antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Jamaludin ingin tahu langkah kerajaan bagi memastikan setiap peruntukan dana awam yang diumumkan dalam belanjawan tidak diseleweng.
Ringgit dijangka cecah paras sokongan 4.36 minggu ini
Ringgit diunjur bergerak ke arah paras sokongan pada 4.36 berbanding dolar Amerika minggu ini, dipacu oleh keyakinan terhadap pendekatan tarif kurang agresif oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.

Sybil Kathigasu bukan sekadar jururawat, memorial peringatan daif perlu baik pulih
Bangunan berusia kira-kira 100 tahun itu menyimpan khazanah dan maklumat tentang seorang jururawat yang juga wira Papan menentang pendudukan Jepun.

Dividen KWSP dijangka lebih 6 peratus
Penganalisis ekonomi berkata, ia berdasarkan prestasi ekonomi negara dan pelaburan KWSP sepanjang 2024 yang semakin positif.
23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam. #AWANInews
Beirut Dikejutkan dengan Kehadiran Pesawat Israel Ketika Pengebumian Dua Pemimpin Lubnan
Pesawat Israel dilihat terbang di Beirut pada Ahad ketika upacara pengebumian Hassan Nasrallah dan Hashem Safieddine yang terbunuh dalam serangan udara tentera rejim Zionis. Puluhan ribu rakyat di Lubnan dilihat berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir kepada dua pemimpin itu. #AWANInews

Pengajaran buat semua komuniti Liga-M
Kesalahan menurunkan pemain tidak berkelayakan pada aksi final pertama 15 Feb lalu menyaksikan The Cops dihukum.

Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat
Adly Zahari berkata, peluang kenaikan pangkat adalah terbuka kepada semua, tanpa mengira jantina.

ATM laksanakan pengurusan persepsi tangani tanggapan tidak tepat - Panglima ATM
ATM akan melaksanakan pelbagai langkah bagi mengurus persepsi orang ramai susulan tanggapan tidak tepat yang sering dilemparkan terhadap pasukan keselamatan itu.

Rayuan kerajaan berhubung pelarasan pencen ATM diputuskan pada 6 Mei
6 Mei ditetap sebagai tarikh keputusan berhubung rayuan mengenai keputusan yang memihak kepada pelarasan pencen pesara ATM yang bersara sebelum 1 Jan 2013.

Mohd Nizam dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera ke-23
Pelantikan Mohd Nizam adalah bagi menggantikan Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman yang bersara wajib.

Pelarasan pencen susulan SSPA: Veteran boleh hubungi JHEV jika ada persoalan
Veteran ATM yang mempunyai persoalan mengenai kiraan pencen susulan pelaksanaan SSPA boleh berhubung dengan JHEV ATM untuk penerangan.

MRO Aset, Kementerian Pertahanan kaji penggunaan pencetakan 3D
Kementerian Pertahanan sedang mengkaji penggunaan kaedah pencetakan 3D dalam penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) aset ketenteraan di seluruh negara.

JHEV lulus RM6.19 juta bina, baik pulih rumah veteran ATM setakat November
Ia termasuk 53 permohonan bina baharu dan 209 permohonan baik pulih rumah termasuk lima permohonan baharu dan lapan baik pulih di Johor.

TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"

Kes buli UPNM: Lima Pegawai Kadet dibuang, diarah bayar ganti rugi pada kerajaan - Menteri
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri 623 yang bersidang, pada Selasa.
![[KOLUMNIS] Memugar kesejahteraan dan kualiti hidup warga kem tentera [KOLUMNIS] Memugar kesejahteraan dan kualiti hidup warga kem tentera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732438705_pencariantanahruntuh.jpg)
[KOLUMNIS] Memugar kesejahteraan dan kualiti hidup warga kem tentera
Sejak sekian lama, cabaran mempertingkatkan kualiti hidup anggota tentera menjadi antara halangan dalam membina kekuatan dan kualiti pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).