SHAH ALAM: Syarikat penerbangan yang terlibat dengan nahas pesawat di Sabah pada 1976 seharusnya mempunyai tanggungjawab besar dalam insiden tersebut.
Anak kepada juruterbang pesawat berkenaan, Nizam Gandhi berkata, ayahnya, Gandhi J Nathan tidak seharusnya dipersalahkan sepenuhnya atas tragedi yang meragut Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tun Fuad Stephens dan 10 individu lain.
“Syarikat penerbangan memegang tanggungjawab lebih besar dalam memastikan muatan pesawat mengikut garis panduan.
“Juruterbang tidak sepenuhnya bertanggungjawab kerana syarikat yang perlu menyediakan kertas muatan sebelum berlepas,” katanya memetik The Star pada Khamis.
Pada Rabu, Kementerian Pengangkutan mendedahkan laporan nahas berlaku pada 6 Jun 1976, susulan persetujuan kerajaan menyahklasifikasi kerahsiaan laporan itu.
Laporan itu turut mengungkapkan bahawa juruterbang pesawat tidak mengikuti standard prosedur operasi yang sewajarnya selain syarikatnya tidak mematuhi langkah pengendaliannya dengan profesional.
Ia juga menambah bahawa Gandhi mempunyai sejarah penerbangan buruk.
Laporan itu disediakan bersama oleh Jabatan Penerbangan Awam, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Australia. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Apr 13 2023
Kementerian Pengangkutan mendedahkan laporan nahas berlaku pada 6 Jun 1976, susulan persetujuan kerajaan menyahklasifikasi kerahsiaan laporan itu. - Foto The Golden Son of The Kadazan
Jutaan rakyat Amerika tunai tanggungjawab
Jutaan rakyat Amerika Syarikat mula membuang undi mereka pada Selasa ketika pusat mengundi dibuka di seluruh negara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 November 2024.
10 Berita Pilihan - (5 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 6 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
ACLE: JDT benam juara Liga K1 Ulsan HD 3-0
JDT berjaya membenam juara Liga K1 Korea (Liga K1), Ulsan HD 3-0 pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25 Zon Timur di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.
Iran akan bertindak balas terhadap serangan Israel dengan 'cara terkawal dan diperhitungkan'
Iran pada Selasa berikrar akan bertindak balas terhadap serangan Israel pada Oktober dengan "cara yang terkawal dan diperhitungkan".
MINDEF sentiasa usaha tingkat kesejahteraan warga, anak-anak ATM
Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Lelaki dicari bantu siasatan samun bersenjata kedai runcit
Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes samun sebuah kedai runcit dengan menggunakan parang di Jalan Pokok Machang, di sini semalam.
Mahkamah tolak rayuan lelaki tuntut RM29,000 gaji tertunggak daripada syarikat pembersihan
Seorang lelaki gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk menuntut RM29,000 gaji tertunggak daripada sebuah syarikat perkhidmatan pembersihan yang dimiliki warga Bangladesh.
Tragedi Double Six: 'Jika beroperasi tanpa kelulusan, mengapa pesawat dibenar terbang?' - Bekas KM Sabah
"Sekiranya syarikat itu tidak sah, pihak berkuasa ketika itu masih memberi kelulusan pesawat terbabit untuk terbang membawa penumpang."
Nahas Double Six: 'Bapa saya tak harus dipersalah sepenuhnya'
Juruterbang pesawat berkenaan Gandhi J Nathan tidak seharusnya dipersalahkan atas tragedi yang meragut Ketua Menteri Sabah ketika itu.
Malaysia tiada bantahan Australia dedah laporan tragedi Double Six
Australia akan turut mendedahkan laporannya mengenai nahas pesawat Sabah Air terhempas yang mengorbankan Ketua Menteri Sabah Tun Fuad Stephens bersama beberapa anggota Kabinet negeri pada 1976.
Tragedi Double Six: 'Kerajaan perlu minta Australia keluarkan laporan penuh' - Bekas KM Sabah
Alasan Arkib Negara Australia "pelepasan maklumat dijangka boleh mengakibatkan kerosakan hubungan antarabangsa Komanwel."