PUTRAJAYA: Australia akan turut mendedahkan laporannya mengenai nahas pesawat Sabah Air terhempas yang mengorbankan Ketua Menteri Sabah Tun Fuad Stephens bersama beberapa anggota Kabinet negeri pada 1976 dan Malaysia tiada bantahan berhubung perkara itu.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pihak Australia bersedia mendedahkan laporan mereka.
"Tiada isu yang timbul jika mereka mendedahkan laporan itu," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-Henti (ISBSF) di sini hari ini.
Beliau berkata Malaysia telah berkomunikasi dengan kerajaan Australia melalui Suruhanjaya Tinggi negara itu di sini.
"Pihak Australia menghormati kerajaan kita kerana nahas itu berlaku di Malaysia dan mereka juga telah meminta pandangan serta persetujuan kita untuk mengeluarkan laporan berkenaan," katanya.
Dalam tragedi itu, juga dikenali sebagai 'Double Six,' sebuah pesawat ringan buatan Australia jenis Nomad 9M-ATZ kendalian Sabah Air yang membawa sekumpulan kenamaan dari Labuan terhempas di daerah Sembulan ketika menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di Sabah pada 6 Jun 1976.
Laporan akhir siasatan nahas itu telah diklasifikasikan sebagai dokumen terbuka dan boleh diakses di laman sesawang Kementerian Pengangkutan bermula semalam (12 April).
Sebelas nyawa telah terkorban dalam tragedi itu termasuk barisan pimpinan kanan Kerajaan Negeri Sabah iaitu Fuad, Datuk Peter Joinod Mojuntin (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah), Datuk Chong Thien Vun (Menteri Perhubungan dan Kerja Raya Sabah dan Datuk Salleh Sulong (Menteri Kewangan Sabah).
Turut terkorban Datuk Darius Binion (Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah), Datuk Wahid Peter Andau (Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah), Dr Syed Hussein Wafa (Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sabah) dan Ishak Atan (Setiausaha Sulit kepada Menteri Kewangan Malaysia).
Tragedi itu turut meragut nyawa Koperal Said Mohammad (Pengawal Peribadi kepada Ketua Menteri Sabah), Johari Fuad Stephens (anak Ketua Menteri Sabah) dan Gandhi J Nathan (juruterbang pesawat 9M-FTZ).
Media tempatan melaporkan bahawa anggota keluarga Fuad berkata langkah menyahklasifikasi laporan siasatan Malaysia berhubung nahas itu tidak lengkap jika pihak Australia tidak mengeluarkan laporannya.
Pada 5 April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan untuk mendedahkan laporan akhir tragedi Double Six itu dibuat selepas mengambil kira tuntutan keluarga waris selain pandangan rakyat Sabah yang inginkan maklumat terperinci berhubung kejadian itu.
Pada 8 Mac lepas, media melaporkan Mahkamah Tinggi di Sabah memerintahkan Putrajaya mengambil langkah perlu untuk menyahklasifikasi laporan berhubung insiden itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 13 2023
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pihak Australia bersedia mendedahkan laporan mereka. - Foto BERNAMA
Malaysia gesa PBB ambil tindakan segera tangani isu Palestin, Myanmar
Beliau turut menyatakan kebimbangan mendalam Malaysia terhadap konflik yang berterusan dan pencabulan hak asasi manusia di Palestin dan Myanmar.
PM Anwar buat panggilan video dengan Uya
Video yang dikongsikan di akaun TikTok @husnanawwarloksin memaparkan kanak-kanak itu meminta agar Perdana Menteri melawatnya di PPS.
Tiga kelab Liga Super alami isu tunggakan gaji didenda RM15,000
Denda itu berikutan MFL FFP masih belum menerima sebarang penyelesaian berhubung tunggakan gaji.
37 pusat penjagaan kesihatan di Lubnan henti operasi berikutan serangan Israel - WHO
Menurut WHO, penutupan ini telah meninggalkan jurang yang ketara dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan di seluruh negara.
Pelumba basikal Switzerland, Furrer, meninggal dunia selepas kemalangan di Kejuaraan Dunia
Muriel Furrer menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Zurich, tempat beliau menerima rawatan.
TikTok Shop catat pertumbuhan 2.2 kali pada separuh pertama 2024
Ini menggambarkan peralihan sikap pengguna dalam talian Malaysia, apabila pembeli mengenali jenama-jenama menerusi kandungan di TikTok Shop.
Malaysia komited perkukuh kerjasama global dalam tindakan iklim - Johari
Johari berkata empat bidang utama penting untuk memastikan kemampanan produk minyak sawit Malaysia.
Datuk Bandar NY didakwa terima rasuah
Penginapan di hotel mewah St Regis di Instanbul, dan syarikat penerbangan Turkish Airlines merupakan antara yang disebut dalam dakwaan rasuah ke atas Datuk Bandar New york, Eric Adams.
10 Berita Pilihan - (27 September 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Francis akui skandal seks memalukan gereja katolik
Pope Francis mengambil pendirian bahawa pihak gereja katholik perlu berasa malu dan memohon keampunan susulan skandal penganiayaan seksual.
Pemerintah Kota Vatican itu, ketika berucap di hadapan Raja dan Permaisuri Belgium di Brussels pada Jumaat, bertegas akan menangani skandal tersebut dengan tegas.
Pemerintah Kota Vatican itu, ketika berucap di hadapan Raja dan Permaisuri Belgium di Brussels pada Jumaat, bertegas akan menangani skandal tersebut dengan tegas.
Tragedi Double Six: 'Jika beroperasi tanpa kelulusan, mengapa pesawat dibenar terbang?' - Bekas KM Sabah
"Sekiranya syarikat itu tidak sah, pihak berkuasa ketika itu masih memberi kelulusan pesawat terbabit untuk terbang membawa penumpang."
Nahas Double Six: 'Bapa saya tak harus dipersalah sepenuhnya'
Juruterbang pesawat berkenaan Gandhi J Nathan tidak seharusnya dipersalahkan atas tragedi yang meragut Ketua Menteri Sabah ketika itu.
Malaysia tiada bantahan Australia dedah laporan tragedi Double Six
Australia akan turut mendedahkan laporannya mengenai nahas pesawat Sabah Air terhempas yang mengorbankan Ketua Menteri Sabah Tun Fuad Stephens bersama beberapa anggota Kabinet negeri pada 1976.
Tragedi Double Six: 'Kerajaan perlu minta Australia keluarkan laporan penuh' - Bekas KM Sabah
Alasan Arkib Negara Australia "pelepasan maklumat dijangka boleh mengakibatkan kerosakan hubungan antarabangsa Komanwel."