KUANTAN: Pelan Pengurusan Trafik (TMP) bagi Laluan Persekutuan (FT12) di Seksyen 102 Lebuhraya Kuantan-Segamat telah dilaksanakan dari kedua-dua arah bagi meningkatkan tahap keselamatan selain sebagai makluman dan amaran awal kepada pengguna.
Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataan memaklumkan TMP yang dipasang adalah mengikut prosedur dan spesifikasi iaitu penyediaan papan tanda sementara (lencongan, had laju dan had muatan), penyediaan garisan jalan sementara serta penghadang jalan.
"JKR juga telah menyediakan beberapa inisiatif tambahan seperti mengadakan speed bump bagi mengurangkan had laju kenderaan dan memasang lampu solar di sekitar laluan lencongan untuk meningkatkan pencahayaan serta tahap keselamatan terutamanya pada waktu malam," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu dikeluarkan sebagai maklum balas berkenaan kemalangan di laluan lencongan sementara tersebut melibatkan seorang lelaki meninggal dunia di lokasi kejadian selepas lori dipandunya terbabas dan terjunam masuk ke lubang jalan yang mendap berhampiran jambatan Bailey pada Rabu lepas.
Pada awal Januari lepas, laluan berkenaan telah ditutup kepada semua kenderaan berikutan mendapan struktur bebo arch culvert akibat banjir dan susulan itu, satu laluan lencongan dan jambatan sementara (jambatan Bailey) telah dibina bagi memastikan rangkaian perhubungan jalan raya tidak terputus.
Menurut kenyataan itu JKR menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan tersebut dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
JKR juga memaklumkan pihaknya sedang melaksanakan proses perolehan bagi kerjapenggantian jambatan kekal di lokasi itu, selain memohon semua pengguna jalan raya di laluan tersebut lebih berhati-hati serta mematuhi papan tanda dan had laju yang telah ditetapkan demi keselamatan bersama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 21 2024
![Nahas berhampiran jambatan Bailey: Pelan pengurusan trafik dilaksanakan - JKR Nahas berhampiran jambatan Bailey: Pelan pengurusan trafik dilaksanakan - JKR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61688876662_JKR.jpg)
JKR menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan melibatkan sebuah lori yang terjunam dalam lubang di jambatan Bailey, Jalan Kuantan-Segamat, pada Rabu.
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![JKR Pahang nafi Laluan Persekutuan FT12 Kuantan-Segamat dibuka JKR Pahang nafi Laluan Persekutuan FT12 Kuantan-Segamat dibuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705220944_palsu.jpg)
JKR Pahang nafi Laluan Persekutuan FT12 Kuantan-Segamat dibuka
JKR Pahang menafikan maklumat tular di aplikasi WhatsApp yang menyatakan Laluan Persekutuan FT12 , Kuantan - Segamat, KM72 dibuka dan boleh dilalui mengikut jadual kerja dikeluarkan jabatan itu.
![Jambatan Bailey Jalan Kuantan-Segamat dijangka siap minggu depan Jambatan Bailey Jalan Kuantan-Segamat dijangka siap minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704967927_JabatanKerjaRaya.jpg)
Jambatan Bailey Jalan Kuantan-Segamat dijangka siap minggu depan
Pembinaan kemudahan sepanjang 30 meter itu bergantung kepada faktor cuaca dan terpaksa ditangguhkan sekiranya berlaku hujan lebat dan banjir.
![Jalan Dabong-Jeli mula dibuka satu lorong - JKR Jalan Dabong-Jeli mula dibuka satu lorong - JKR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704869992_TBJalanDabongjp.jpg)
Jalan Dabong-Jeli mula dibuka satu lorong - JKR
Laluan di Seksyen 73.85, Jalan Dabong - Jeli (FT066) yang terputus akibat kegagalan pembetung, dibuka secara satu lorong untuk semua jenis kenderaan ringan sahaja (maksimum hingga 20 tan) semalam.
![Pembinaan jambatan ganti jambatan Bailey di Selancar mula tahun depan Pembinaan jambatan ganti jambatan Bailey di Selancar mula tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701755843_JKR.jpg)
Pembinaan jambatan ganti jambatan Bailey di Selancar mula tahun depan
Pembinaan jambatan Selancar bagi menggantikan jambatan Bailey di Felda Selancar dan Perwira Jaya di Rompin, akan dimulakan tahun depan.
![Tujuh jambatan Bailey tambahan akan dipasang di kawasan berisiko banjir besar - Ahmad Zahid Tujuh jambatan Bailey tambahan akan dipasang di kawasan berisiko banjir besar - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699102809_AhmadZahidHamidi.jpg)
Tujuh jambatan Bailey tambahan akan dipasang di kawasan berisiko banjir besar - Ahmad Zahid
Pembinaan jambatan itu merupakan antara kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana banjir selain penyediaan Pusat Pemindahan Kekal.
![Banjir Baling: Jambatan Bailey mula dibina Banjir Baling: Jambatan Bailey mula dibina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81657192597_JambatanbaileyBan.jpg)
Banjir Baling: Jambatan Bailey mula dibina
Sekurang-kurangnya tiga nyawa terkorban dan lebih 1,400 penduduk dipindahkan ke tiga pusat pemindahan dalam kejadian banjir kilat pada Isnin lalu.
![Pascabanjir: Jambatan Bailey Kampung Bemban, Jelebu siap dibina Pascabanjir: Jambatan Bailey Kampung Bemban, Jelebu siap dibina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81642671682_JelebuKampungBemban.jpg)
Pascabanjir: Jambatan Bailey Kampung Bemban, Jelebu siap dibina
Jambatan Compact Bailey Single Lane itu adalah bagi menggantikan jambatan lama yang roboh akibat banjir baru-baru ini.