SEREMBAN: Penduduk Kampung Bemban, Simpang Durian, Jelebu kini boleh menarik nafas lega apabila jambatan Bailey di Sungai Teriang yang menghubungkan kampung itu dengan kawasan berdekatan siap sepenuhnya semalam.
Panglima Divisyen Ketiga Infantri (3 Divisyen) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Mejar Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim berkata, jambatan Compact Bailey Single Lane itu adalah bagi menggantikan jambatan lama yang roboh akibat banjir baru-baru ini.
Beliau berkata jambatan itu, yang mula dibina Selasa lepas, berjaya disiapkan awal sehari berbanding jangkaan siap pada hari ini.
"Pembinaan jambatan sepanjang 18 meter dengan lebar 4.3 meter itu turut mendapat kerjasama daripada Markas Rejimen Askar Jurutera 3 Divisyen dan Jabatan Kerja Raya negeri selain penglibatan tiga pegawai dan 56 anggota Tentera Darat Malaysia (TDM).
"Ia juga sebahagian daripada Projek Jiwa Murni ATM selaras dengan teras Kementerian Pertahanan serta Tonggak Ke-5 Perintah Ulung Panglima Tentera Darat iaitu meningkatkan kerjasama ATM dan TDM dengan agensi awam dan rakyat," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Tengku Muhammad Fauzi juga berkata ATM sentiasa bersiap sedia membantu pihak berkuasa awam selain menjalin kerjasama dengan agensi berkaitan di seluruh negara sekali gus menyokong Operasi Ketenteraan Selain Peperangan (MOOTW).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 20 2022

Anggota Markas Rejimen Askar Jurutera 3 Divisyen terdiri dari Skuadron Ke-8 Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) dan Ke-9 RAJD yang terlibat dalam pembinaan jambatan bailey di Kampung Bemban, Simpang Durian, Jelebu yang siap pada Rabu. - Sinar Harian

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

JKR Pahang nafi Laluan Persekutuan FT12 Kuantan-Segamat dibuka
JKR Pahang menafikan maklumat tular di aplikasi WhatsApp yang menyatakan Laluan Persekutuan FT12 , Kuantan - Segamat, KM72 dibuka dan boleh dilalui mengikut jadual kerja dikeluarkan jabatan itu.

Jambatan Bailey Jalan Kuantan-Segamat dijangka siap minggu depan
Pembinaan kemudahan sepanjang 30 meter itu bergantung kepada faktor cuaca dan terpaksa ditangguhkan sekiranya berlaku hujan lebat dan banjir.

Jalan Dabong-Jeli mula dibuka satu lorong - JKR
Laluan di Seksyen 73.85, Jalan Dabong - Jeli (FT066) yang terputus akibat kegagalan pembetung, dibuka secara satu lorong untuk semua jenis kenderaan ringan sahaja (maksimum hingga 20 tan) semalam.

Pembinaan jambatan ganti jambatan Bailey di Selancar mula tahun depan
Pembinaan jambatan Selancar bagi menggantikan jambatan Bailey di Felda Selancar dan Perwira Jaya di Rompin, akan dimulakan tahun depan.

Tujuh jambatan Bailey tambahan akan dipasang di kawasan berisiko banjir besar - Ahmad Zahid
Pembinaan jambatan itu merupakan antara kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana banjir selain penyediaan Pusat Pemindahan Kekal.

Banjir Baling: Jambatan Bailey mula dibina
Sekurang-kurangnya tiga nyawa terkorban dan lebih 1,400 penduduk dipindahkan ke tiga pusat pemindahan dalam kejadian banjir kilat pada Isnin lalu.

Pascabanjir: Jambatan Bailey Kampung Bemban, Jelebu siap dibina
Jambatan Compact Bailey Single Lane itu adalah bagi menggantikan jambatan lama yang roboh akibat banjir baru-baru ini.