Usaha memulihara dan menyelamat Tasik Chini di Pahang yang diancam pembangunan di kawasan sekitar perlu giat dijalankan supaya tidak mengalami nasib sama seperti Tasik Mentiga yang sudah pupus, ujar aktivis alam sekitar.
Pengarah program My Chini 1.0, Nurizzah Ismail berkata Tasik Chini yang merupakan tasik semula jadi kini berdepan dengan ancaman terhadap ekosistem dan alam sekitarnya oleh pembangunan di kawasan itu.
"Tidak ramai yang tahu bahawa negara kita mempunyai tiga tasik semula jadi iaitu Tasik Bera, Tasik Chini dan Tasik Mentiga yang semuanya berada di Pahang, namun Tasik Mentiga kini telah pupus dan menjadi kawasan daratan.
"Menyedari wujud ancaman terhadap Tasik Chini agar tidak senasib dengan Tasik Mentiga, program MyChini 1.0 dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran generasi muda dalam usaha pemuliharaan tasik ini," katanya kepada Bernama.
Nurizzah berkata usaha itu turut mendapat sokongan daripada pelbagai organisasi bukan kerajaan serta dibantu oleh Pusat Penyelidikan Tasik Chini, Universiti Kebangsaan Malaysia yang sudah sekian lama menjalankan kajian di kawasan itu.
"Antara organisasi yang terlibat dengan program MyChini 1.0 ialah Alumni Kelab UMNO Luar Negara (AKULN), Najib Razak Club (NRC11), Kelas Kaseh, Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) dan Persatuan Alumni Majlis Perwakilan Pelajar UiTM (PIMPIN).
"Kita harap dengan program kesedaran yang dianjurkan dapat memanfaatkan generasi akan datang yang mungkin tidak berpeluang menikmati keindahan Tasik Chini jika usaha pemuliharaan tidak giat dijalankan dari sekarang," katanya.
Tasik Chini merupakan tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia yang mempunyai keluasan 202 hektar kawasan air dan 700 hektar kawasan paya dan hutan.
Ia terletak di daerah Pekan, Pahang kira-kira 70 kilometer dari Kuantan atau 250 kilometer dari Kuala Lumpur.
Tasik yang wujud melalui rangkaian 12 buah tasik disebut sebagai 'laut' oleh masyarakat Orang Asli suku Jakun tempatan, yang bercantum antara satu sama lain ini turut tersenarai di bawah Rizab Biospera Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Terdapat kira-kira 51 spesies tumbuhan tanah rendah, 15 spesies tumbuhan paya, 25 spesies tumbuhan air dan 87 spesies ikan air tawar mendiami kawasan tasik yang terkenal dengan bunga teratai yang tumbuh meliar di sekitar kawasan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 21 2017
![MyChini 1.0 pupuk kesedaran selamatkan Tasik Chini MyChini 1.0 pupuk kesedaran selamatkan Tasik Chini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/51487660610_TasikChini.jpg)
Tasik Chini adalah tasik semula jadi yang istimewa namun diancam kesan pembangunan. - Foto Wikipedia
![MCMC bakal lancar Kempen Kesedaran Keselamatan Dalam Talian - Teo MCMC bakal lancar Kempen Kesedaran Keselamatan Dalam Talian - Teo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719727105_TeoNieChing.jpg)
MCMC bakal lancar Kempen Kesedaran Keselamatan Dalam Talian - Teo
Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bakal melancarkan Kempen Kesedaran Keselamatan Dalam Talian yang komprehensif dalam masa terdekat.
![Nenggiri miliki potensi jadi destinasi ekopelancongan Nenggiri miliki potensi jadi destinasi ekopelancongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723703023_DunNenggiriekope.jpg)
Nenggiri miliki potensi jadi destinasi ekopelancongan
Pemandangan suasana pergunungan dalam kawasan Nenggiri yang dihiasi landskap menarik sering mengundang kunjungan pelawat untuk menikmati keindahannya, kata Malim Gunung Mohamad Saifful Rizal Jusoh.
![Pemenang emas Olimpik Indonesia Rizki Juniansyah ditawar kerja kerajaan Pemenang emas Olimpik Indonesia Rizki Juniansyah ditawar kerja kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723726414_TBRizkiJuniansyah.jpg)
Pemenang emas Olimpik Indonesia Rizki Juniansyah ditawar kerja kerajaan
Rizki Juniansyah, yang memenangi pingat emas dalam acara angkat berat 73kg lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024 telah menerima tawaran pekerjaan daripada Kementerian Belia dan Sukan Indonesia.
![Rusia kosongkan lebih banyak kawasan di Kursk berikutan pencerobohan Ukraine Rusia kosongkan lebih banyak kawasan di Kursk berikutan pencerobohan Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723726901_TBMissile.jpg)
Rusia kosongkan lebih banyak kawasan di Kursk berikutan pencerobohan Ukraine
Daerah itu mempunyai lebih 17,500 penduduk berdaftar sebelum Rusia melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine pada Februari 2022.
![Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Data CPI AS untuk Julai turun kepada 2.9 peratus pada asas tahunan berbanding tiga peratus pada Jun.
![Lesen Ali Baba: Pembantu penguat kuasa DBKL didenda RM13,000 Lesen Ali Baba: Pembantu penguat kuasa DBKL didenda RM13,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722937565_courtgavelmahkam.jpg)
Lesen Ali Baba: Pembantu penguat kuasa DBKL didenda RM13,000
Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu terhadap Syahrul Riza Md Yusof, 42, dan memerintahkannya dipenjara 21 bulan, jika gagal membayar denda.
![Bursa Malaysia pulih daripada penurunan awal, ditutup hampir mendatar Bursa Malaysia pulih daripada penurunan awal, ditutup hampir mendatar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721994407_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia pulih daripada penurunan awal, ditutup hampir mendatar
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.04 peratus atau 0.59 mata kepada 1,612.94 daripada 1,612.35 semasa ditutup pada Rabu.
Jemaah umrah terkandas di Lapangan Terbang Jeddah mahu penjelasan MAS
Puluhan penumpang Malaysia Airlines yang menuju ke Kuala Lumpur dari Jeddah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah pada Rabu.
![Pheu Thai calonkan anak perempuan Thaksin sebagai calon PM Pheu Thai calonkan anak perempuan Thaksin sebagai calon PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723722582_TBPaetongtarnShinaw.jpg)
Pheu Thai calonkan anak perempuan Thaksin sebagai calon PM
Paetongtarn yang berusia 37 tahun adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Penari MSS teruja sambut ketibaan kontinjen SUKMA 2024
Kehangatan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 mula dirasai di pintu masuk wilayah itu apabila suasana balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) bergema dengan alunan seribu rentak.
![Tiada risiko terhadap Adele selepas ancaman serangan kepada Taylor Swift - Polis Jerman Tiada risiko terhadap Adele selepas ancaman serangan kepada Taylor Swift - Polis Jerman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41637065121_adele.jpg)
Tiada risiko terhadap Adele selepas ancaman serangan kepada Taylor Swift - Polis Jerman
"Kami sentiasa mengkaji semula dan jika ada apa-apa yang konkrit muncul, kami pasti akan bertindak balas."
![Usaha kenal pasti tekanan dihadapi terumbu karang diperhebat Usaha kenal pasti tekanan dihadapi terumbu karang diperhebat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717820791_TerumbuKarang.jpg)
Usaha kenal pasti tekanan dihadapi terumbu karang diperhebat
DOF akan terus menjalankan pemantauan berterusan terhadap terumbu karang serta kualiti air bagi memelihara perairan lautan negara.
![AI tidak patut dilihat sebagai ancaman AI tidak patut dilihat sebagai ancaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716958871_kewartawananAI.jpg)
AI tidak patut dilihat sebagai ancaman
Banyak perkara yang kecerdasan buatan (AI) tidak mampu tandingi dari segi keupayaan lain yang ada pada manusia.
![Kawalan keselamatan di bangunan kerajaan, tempat tumpuan awam, kemudahan penting pada tahap tertinggi - PDRM Kawalan keselamatan di bangunan kerajaan, tempat tumpuan awam, kemudahan penting pada tahap tertinggi - PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716298921_DatukAzmiAbuKass.jpg)
Kawalan keselamatan di bangunan kerajaan, tempat tumpuan awam, kemudahan penting pada tahap tertinggi - PDRM
Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, pihak polis memandang serius insiden baru-baru ini yang menimbulkan kegusaran masyarakat awam.
![ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714773578_KarimKhan.jpg)
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC meminta sebarang tindakan untuk menakut-nakutkan atau mempengaruhi pegawainya dihentikan segera.
![Euro 2024: Jerman perketat kawalan sempadan Euro 2024: Jerman perketat kawalan sempadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711529326_jermaneufa.jpg)
Euro 2024: Jerman perketat kawalan sempadan
Menteri Dalam Negeri Jerman Nancy Faeser mengumumkan untuk melindungi UEFA Euro 2024 daripada sebarang ancaman keganasan yang berpotensi.
![Jasmine Loo belum buat laporan polis mengenai ancaman daripada Jho Low Jasmine Loo belum buat laporan polis mengenai ancaman daripada Jho Low](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700133261_jasmineloojholow.jpg)
Jasmine Loo belum buat laporan polis mengenai ancaman daripada Jho Low
"Saya tidak mahu membahayakan diri saya dengan melakukan sebarang gerakan bertentangan dengan arahan Jho Low, itulah sebab saya tidak ke mana-mana."
![Waspadalah terhadap ancaman COVID-19 walaupun ia bukan lagi darurat kesihatan global Waspadalah terhadap ancaman COVID-19 walaupun ia bukan lagi darurat kesihatan global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41648532530_COVID.jpg)
Waspadalah terhadap ancaman COVID-19 walaupun ia bukan lagi darurat kesihatan global
WHO berpandangan penduduk dunia masih perlu menguruskan COVID-19 sebagai ancaman berterusan terhadap kesihatan.
![Kerajaan perlu pastikan persekitaran yang selamat untuk pembikin filem, kata sekumpulan rakyat Malaysia Kerajaan perlu pastikan persekitaran yang selamat untuk pembikin filem, kata sekumpulan rakyat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678102108_TBmentegaterbang.jpg)
Kerajaan perlu pastikan persekitaran yang selamat untuk pembikin filem, kata sekumpulan rakyat Malaysia
Kumpulan itu berharap kerajaan dapat memastikan kandungan kreatif yang dianggap menyinggung dikendalikan secara bebas.
![AS akan bertindak terhadap ancaman China - Biden AS akan bertindak terhadap ancaman China - Biden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71672732141_JoeBiden.jpg)
AS akan bertindak terhadap ancaman China - Biden
Andai China mengancam kedaulatan kami, kami akan bertindak untuk melindungi negara kami. Dan kami akan buktikannya, kata Biden.