LUMUT: Kapal penyelamat kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), MV Mega Bakti sedang menfokuskan operasi mencari bukti tambahan milik kapal selam Angkatan Laut Tentera Indonesia (TNI) yang hilang sejak Rabu lepas di perairan utara Bali.
Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berkata MV Mega Bakti bersedia menggunakan semua keupayaan terdapat pada kapal berkenaan dalam operasi pencarian kapal selam itu termasuk penggunaan peralatan Intervention Remotely Operated Vehicles (IROV) di lokasi terlibat.
"Buat masa ini, MV Mega Bakti melaksanakan rondaan di sekitar kawasan posisi KRI Nanggala tenggelam bagi membantu usaha mencari bahan-bahan bukti tambahan yang terapung di permukaan.
"Penugasan MV Mega Bakti seterusnya adalah bergantung kepada pihak TNI," katanya dalam sidang media di pusat latihan Kapal Diraja (KD) Pelandok selepas merasmikan Perbarisan Hari TLDM ke-87 di Padang Kawad KD Pelandok di sini hari ini.
Istiadat perbarisan bermula 5 petang diketuai Komander Salleh Sauli dan dibantu Komander Ahmad Zaini Abdul Ghani serta Pegawai Waran I Mohd Fauzee Abu.
Perbarisan berkenaan membabitkan sembilan kontinjen yang dibahagikan kepada tiga divisyen terdiri daripada 28 pegawai dan 478 anggota lain-lain pangkat.
Operasi kapal MV Mega Bakti itu diketuai Komander TLDM Mohd Hairul Fahmy Yob bersama 54 kru terdiri daripada 10 pegawai dan staf perubatan Angkatan Tentera Malaysia dan 44 kru MV Mega Bakti.
KRI Nanggala 402 dilaporkan terputus hubungan pada 4.25 pagi Rabu ketika dalam misi latihan penembakan torpedo yang turut disertai 21 kapal TNI, lima pesawat tempur dan satu lagi kapal selam yang lain.
Kesemua 53 kru kapal selam Indonesia, KRI Nanggala 402 yang dilaporkan hilang dan tenggelam itu disahkan meninggal dunia.
Mohd Reza berkata beliau sentiasa berhubung dengan MV Mega Bakti yang tiba di lokasi pencarian pada 12 tengah hari Ahad lepas bagi mengetahui situasi terkini di lapangan.
"Kedalaman lokasi akhir KRI Nanggala iaitu pada kedalaman 839 meter adalah jauh melebihi kemampuan IROV MV Mega Bakti iaitu 650 meter sahaja. Namun begitu, pasukan Carilamat TLDM telah berusaha mengoperasikan IROV untuk mendapatkan bukti tambahan.
"Kita sentiasa berhubung (dengan MV Mega Bakti), saya tahu apa yang berlaku di lapangan dan koordinasi Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) di peringkat TLDM dikoordinasikan oleh Panglima Angkatan Kapal Selam Laksamana Pertama Mohd Razib Tahir," katanya yang turut mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga kru kapal selam berkenaan.
Dalam pada itu, mengulas mengenai Hari TLDM, Mohd Reza berkata tema 'TLDM Siaga Kedaulatan Terpelihara' bagi sambutan Hari TLDM Ke- 87 adalah selari dengan empat teras hala tuju kepimpinan TLDM yang membawa maksud fokus TLDM dalam menentukan tahap kesiagaan tertinggi bagi mencapai misi iaitu Melindungi Kedaulatan, Integriti Wilayah dan Kepentingan Maritim Negara.
"Kami berharap tema Hari TLDM pada tahun ini dapat dihayati sedalam-dalamnya setiap warga the Navy People dan seterusnya membakar semangat mereka untuk mencapai objektif yang telah disasarkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 27 2021

Buat masa ini, MV Mega Bakti melaksanakan rondaan di sekitar kawasan posisi KRI Nanggala tenggelam bagi membantu usaha mencari bahan-bahan bukti tambahan yang terapung di permukaan. - Gambar/ Facebook @TLDM
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Malaysia hantar dua kapal TLDM ke Bali, perkukuh kerjasama maritim bersama 39 negara
Malaysia mengerahkan dua kapal TLDM ke Latihan Tentera Laut Pelbagai Hala Komodo (MNEK) 2025 di Bali untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama pertahanan maritim di peringkat antarabangsa.

TLDM laksana 615 operasi, pastikan semua aset berada di KOM sepanjang 2024
TLDM melaksanakan 615 siri operasi melibatkan enam operasi secara berterusan dan tiga operasi berkala selain memastikan aset pasukan itu berada di KOM sepanjang 2024.

Bom UXO tinggalan Perang Dunia Kedua di Semporna dimusnahkan
Bom itu berjaya dimusnahkan oleh pasukan penyelam ranjau Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 3.10 petang Sabtu.

645 perajurit muda TLDM tamat Kursus Asas Tentera Laut
Sebanyak 645 perajurit muda TLDM berjaya menamatkan Kursus Asas Tentera Laut (KATL) di Pusat Latihan Perajurit Muda TLDM, Kapal Diraja (KD) Sultan Ismail, Tanjung Pengelih, di sini hari ini.

Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.

KD Tun Razak dalam keadaan baik, mampu beroperasi pada kedalaman maksimum
Kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Tun Razak dalam keadaan terbaik dan berupaya beroperasi dengan berkesan, kata Menteri Pertahanan.

Kerjasama tentera Malaysia-AS diperkukuh melalui Eksesais CARAT 2024
Eksesais CARAT adalah platform latihan ketenteraan yang bertujuan memperkukuh kerjasama maritim antara kedua-dua negara.

Kesilapan pandu arah, kapal usang punca KD Pendekar karam
Ia berdasarkan rekod laluan kapal tersebut yang tersasar dari laluan yang dirancang dan terlanggar Terumbu Punggai.

'171 aset ATM melebihi 30 tahun' - Mohamed Khaled
Jumlah aset ATM yang melebihi 30 tahun secara keseluruhannya adalah 171 merangkumi ketiga-tiga cabang perkhidmatan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Op Naga: 598 vesel nelayan asing ditahan
Sebanyak 598 tangkapan Vesel Nelayan Asing (VNA) dilaksanakan sepanjang lima tahun pelaksanaan OP NAGA bermula Mei 2019 hingga September 2024.