Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menjelaskan harga isian semula prabayar kekal dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke atas harga isian semula.
Ini bermakna isian semula RM10 akan dijual pada harga RM10.60.
Pengerusi SKMM Datuk Seri Dr Halim Shafie dalam satu kenyataan berkata kajian yang dijalankan bagi menilai sama ada pengguna cenderung kepada nilai isian semula yang lebih rendah dimana GST akan dikenakan.
Sebagai contoh, isian semula RM10 boleh berharga RM10.60 (termasuk harga GST) atau RM10 (dengan nilai RM9.43).
“Masih ada yang keliru jika harga kad prabayar akan kembali ke harga asal sebelum GST pada 1 Mei.
Namun, ia seperti mustahil untuk pihak pembekal untuk melaksanakan pertukaran dalam tempoh dua hari ini.
“Kedua, hasil kajian belum dikeluarkan lagi dan terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan pada peringkat ini,” katanya.
Dr. Halim turut berkata pihak ketiga yang menjual kad prabayar seperti institusi kewangan, penyedia pembayaran elektronik, pasaraya, stesen minyak dan semua ejen jualan lain berjumlah kira-kira 30,000 pihak akan mengalami kerumitan untuk menyusun semula sistem untuk kembali ke harga sebelum GST.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad berkata harga kad prabayar kekal kepada harga asal bermula 1 Mei.
Memetik laporan Sinar Harian, kesemua empat syarikat telekomunikasi telah diarah untuk mengekalkan harga asal berdasarkan kepada konsep 'tax inclusive' berkuatkuasa 1 Mei dalam satu surat pada 28 April.
"Apabila arahan diberikan, syarikat telekomunikasi perlu akur kepada arahan Ketua Pengarah Kastam. Tidak ada alasan sama ada kad prabayar itu stok baharu atau stok lama," katanya dalam sidang media di ibu pejabat Kastam Diraja Malaysia.
Ketika diminta untuk komen tentang kedua kenyataan yang bercanggah ini, seorang sumber dalaman dari Jabatan Kastam berkata penguatkuasaan GST dilakukan oleh jabatan itu sendiri.
“Kenyataan SKMM adalah kenyataan SKMM. Pihak Kastam yang melakukan penguatkuasaan GST. Jadi harga prabayar akan kembali ke harga asal atau ‘face value’,” katanya kepada Astro AWANI.
Astro Awani
Wed Apr 29 2015

SKMM berkata mustahil untuk pihak pembekal untuk melaksanakan pertukaran harga dalam tempoh dua hari ini kerana perlu pertukaran sistem.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Mustahil untuk kekal harga kad prabayar seperti sebelum GST pada 1 Mei - SKMM
SKMM berkata mustahil untuk pihak pembekal untuk melaksanakan pertukaran kad prabayar dalam tempoh dua hari ini kerana perlu pertukaran sistem.