Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali enggan mengulas mengenai pendirian rasmi PAS berhubung kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh agar parti politik berasaskan agama dan bangsa dibatalkan pendaftaran biarpun didesak berulang kali oleh wartawan.
Walaupun Dewan Pemuda dan Muslimat PAS menuntut agar Karpal memohon maaf, namun Mustafa sebaliknya menegaskan kedua-dua dewan tersebut mempunyai hak untuk menyatakan pendirian mereka.
"Tak apa, itu semua wakil PAS. Pemuda pun wakil PAS, Muslimat pun PAS, itu wakillah itu. Suaralah itu.
"Pandangan rasmi adalah daripada pandangan PAS Pusat. Itu pun, rasmi juga, daripada (Dewan) masing-masing," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat di sini hari ini.
Ditanya sama ada PAS mahu supaya Karpal memohon maaf, Mustafa menjelaskan isu masih berlangsung dan mahu melihat perkembangannya terlebih dahulu.
"Orang ini kata macam ini, orang ini jawab. Masa (ini) tengah jawab tak ada keputusan lagi," katanya.
Baru-baru ini Karpal mencadangkan parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran atau diubah suai agar boleh disertai oleh semua rakyat tanpa mengira batasan kaum dan agama.
Beliau berkata, cara tersebut merupakan jawapan kepada konsep perpaduan yang menjadi amalan selama ini.
Irwan Muhammad Zain
Tue Nov 19 2013

Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

PM terima kunjungan Hadi Awang, Ahmad Samsuri
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kunjungan daripada Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Yayasan Kepimpinan Perdana.

PAS akan siasat tindakan dua ADUN partinya sokong Wan Azizah
PAS akan menyiasat tindakan dua ahli dewan undangan (Adun) partinya yang menyatakan sokongan kepada Adun Kajang, Dr Wan Azizah hari ini.

UMNO tarik balik saman terhadap Mustafa Ali
Kes saman berkenaan selesai selepas UMNO menarik balik samannya terhadap ketiga-tiga defendan.

Mustafa Ali enggan ulas isu Karpal Singh
Datuk Mustafa Ali enggan ulas pendirian rasmi PAS berhubung kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh agar parti politik atau persatuan berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran atau diubah suai.
Lima usul akan dibahas pada Muktamar Pas
Usul ekonomi, politik, pendidikan, sosial dan PRU-13 akan dibentang dan dibahas oleh 1,200 perwakilan pada Muktamar Tahunan Pas ke-58.