Sebanyak lima usul akan dibentang dan dibahaskan para perwakilan pada Muktamar Tahunan Pas ke-58, kata Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub.
Beliau berkata antara usul yang akan dibentang dan dibahas oleh 1,200 perwakilan ialah melibatkan usul ekonomi, politik, pendidikan, sosial dan pilihan raya umum ke-13.
"Setakat ini, lima usul sahaja yang akan dibahaskan dan usul-usul ini datang daripada Jawatankuasa Pas Pusat, Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat serta PAS kawasan.
"Jadi kami kena lihat dahulu apakah hasil keputusan daripada muktamar Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat sama ada mereka mempunyai sebarang usul lain yang akan dibawa ke muktamar tahunan Pas," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Salahuddin berkata fokus paling penting muktamar kali ini adalah mengenai kesiapsiagaan Pas menghadapi pilihan raya umum ke-13.
"Saya percaya mana-mana parti pun akan membincangkan dengan serius mengenai persiapan pilihan raya, begitu juga dengan Pas. Inilah agenda utama muktamar kali ini yang akan menjadi muktamar terakhir sebelum pilihan raya," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali berkata selain membahaskan secara mendalam mengenai persiapan parti menghadapi pilihan raya, perwakilan juga akan membahaskan ucapan dasar Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Perwakilan perlu memahami dengan betul intipati ucapan Presiden dan berbahas dengan matang," katanya.
Muktamar tahunan Pas bertemakan "Negara Berkebajikan Teras Perpaduan' diadakan pada Jumaat hingga Ahad ini (18 Nov), di Pengkalan Chepa, Kelantan.
Muktamar tahunan Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat telah bermula hari ini hingga esok manakala muktamar tahunan Dewan Ulama akan bermula Jumaat ini.
Bernama
Wed Nov 14 2012
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.

PM terima kunjungan Hadi Awang, Ahmad Samsuri
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kunjungan daripada Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Yayasan Kepimpinan Perdana.

PAS akan siasat tindakan dua ADUN partinya sokong Wan Azizah
PAS akan menyiasat tindakan dua ahli dewan undangan (Adun) partinya yang menyatakan sokongan kepada Adun Kajang, Dr Wan Azizah hari ini.

UMNO tarik balik saman terhadap Mustafa Ali
Kes saman berkenaan selesai selepas UMNO menarik balik samannya terhadap ketiga-tiga defendan.

Mustafa Ali enggan ulas isu Karpal Singh
Datuk Mustafa Ali enggan ulas pendirian rasmi PAS berhubung kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh agar parti politik atau persatuan berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran atau diubah suai.
Lima usul akan dibahas pada Muktamar Pas
Usul ekonomi, politik, pendidikan, sosial dan PRU-13 akan dibentang dan dibahas oleh 1,200 perwakilan pada Muktamar Tahunan Pas ke-58.