DUNGUN: Musim tengkujuh di negeri ini menyaksikan harga ikan meningkat antara RM2 dan RM4 sekilogram, susulan peniaga terpaksa mendapatkan bekalan dari luar Terengganu.
Keadaan ini terjadi kerana nelayan tidak keluar ke laut, menyumbang kepada kenaikan harga, termasuk kos pengangkutan.
Bagaimanapun, peniaga akur peningkatan harga berkenaan adalah bersifat sementara dan dijangka pulih selepas tamat monsun timur laut.
"Orang tak boleh keluar ke laut, jadi kita terpaksa ambil ikan dari luar. Apabila ikan dari luar, kos pengangkutan dan sebagainya, akan naik sedikit," kata Nor Fariza Mamat, peniaga yang ditemui di sini.
"Memandangkan sekarang musim tengkujuh, harga ikan mahal sedikit. Kalau biasanya RM7 atau RM8, sekarang jadi RM10 atau RM12 sekilo, contohnya," kata seorang lagi peniaga, Jamaludin Husin.
Bagaimanapun, menurut seorang lagi peniaga, Mohd Fadli Jusoh, bekalan ikan ketika ini masih mencukupi walaupun terdapat sedikit peningkatan harga
"Buat masa ini, dalam masa seminggu dua ini, bekalan memang cukup. Ikan sejuk beku pun banyak," katanya.
Selain itu, bekalan ikan air tawar termasuk tilapia, baung, keli dan patin menjadi sumber protin alternatif kepada pengguna bagi menampung pemintaan sepanjang musim tengkujuh.
Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
Mon Dec 06 2021

Menurut peniaga, bekalan ikan masih mencukupi untuk pasaran Terengganu buat masa ini. - Foto Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Serangan seksual, Gerard Depardieu dibicarakan Isnin depan
Pelakon legenda Perancis, Gerard Depardieu akan dibicarakan pada Isnin depan atas dakwaan serangan seksual terhadap dua wanita di set penggambaran.
Dua maut dalam serangan dron Rusia di Zaporizhzhia
Serangan Rusia telah mengorbankan dua orang di bandar tenggara Ukraine, Zaporizhzhia manakala tiga lagi di bahagian utara dan timur negara itu pada lewat malam Jumaat.
Iftar Sekampung zahir semangat ukhwah masyarakat setempat
Lebih daripada sekadar berbuka puasa, program ini turut mencerminkan semangat kejiranan dan ukhuwah yang kukuh dalam kalangan masyarakat setempat.
Dua anggota bomba maut akibat kebakaran
Dua anggota bomba ditemui mati di Korea Selatan manakala dua lagi hilang dalam kejadian lebih 20 kebakaran hutan berlaku di seluruh negara pada Sabtu termasuk yang meragut nyawa di tenggara Semenanjung Korea.
Lelaki bersenjata samun kedai emas di Kota Damansara
Seorang lelaki bersenjatakan pistol bertindak berani mati apabila menyamun sebuah kedai emas di sebuah pasar raya Kota Damansara, petang Sabtu.
Kanak-kanak maut, enam cedera kereta bertembung di Bukit Katil
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut, manakala enam lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Penghulu Jaabar, Bukit Katil pada Jumaat.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

LKIM jamin bekalan, harga ikan terkawal pada Ramadan dan Aidilfitri
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan harga ikan di seluruh negara secara keseluruhannya masih terkawal dan bekalan juga mencukupi sepanjang Ramadan dan Aidilfitri nanti.

Musim tengkujuh: Tiada kenaikan harga ikan di Terengganu
Tiada kenaikan harga ikan di negeri ini walaupun berdepan musim tengkujuh, kata Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Azman Ibrahim.

Ikan naik harga: KPDN tunggu laporan sebelum bertindak
Salahuddin berkata, pihak kementerian akan meneliti masalah berkenaan sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

KPDN pantau harga ikan susulan cuaca panas - Salahuddin
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memantau harga ikan yang didakwa meningkat susulan kekurangan bekalan akibat cuaca panas melanda negara ketika ini.

Harga ikan dijangka pulih dua minggu lagi - Nekmat
Ketika ini nelayan tetap menangkap ikan namun hasil yang diperoleh berkurangan sehingga menyebabkan berlaku peningkatan harga.

Harga ikan naik? Pastikan anda pelihara, pulihara terumbu karang sebaiknya
Terumbu karang yang semakin berkurang menyebabkan jumlah ikan di sesuatu kawasan ikut sama berkurang.

Cuaca tidak menentu pengaruhi pendaratan serta harga ikan
Keseluruhan stok bekalan ikan masih stabil cuma perubahan cuaca di luar jangkaan memberi kesan kepada pengeluaran dan harga di pasaran.

Apakah punca kenaikan harga ikan di Malaysia?
Dua faktor utama ialah kekurangan bekalan disebabkan cuaca buruk dan jumlah pekerja yang semakin berkurang.

Bekalan ikan negara mencukupi - Jabatan Perikanan
Bekalan ikan bagi keperluan dalam negara adalah mencukupi, namun apa yang berlaku pada masa ini disebabkan peningkatan permintaan akibat pembelian panik susulan laporan mengenai krisis makanan.

Musim tengkujuh: Harga ikan naik di Terengganu
Kenaikan harga disebabkan oleh kekurangan bekalan kerana nelayan tidak keluar ke laut pada musim tengkujuh.