PORT DICKSON: Cuaca tidak menentu mempengaruhi pendaratan ikan di negeri ini menyebabkan berlakunya pengurangan bekalan sumber protein itu, kata Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS) Kasim Tawe.
Beliau berkata secara keseluruhan stok bekalan ikan masih stabil cuma perubahan cuaca di luar jangkaan memberi kesan kepada pengeluarannya dan menyebabkan kenaikan harga ikan di pasaran.
"Keadaan cuaca ketika ini menyebabkan nelayan kurang ke laut dan mungkin hari ini ikan kembung mengalami kenaikan harga disebabkan pendaratannya kurang. Perairan Port Dickson mempunyai lebih banyak ikan komersial seperti siakap serta jenahak dan ia masih mencukupi," katanya kepada pemberita selepas program Pengurusan Perikanan Melalui Pendekatan Ekosistem di sini hari ini.
Mengikut rekod, Kasim berkata anggaran pendaratan ikan dari awal tahun hingga akhir April lepas adalah sebanyak 203 tan metrik.
Katanya selain memperbanyakkan stok sumber ikan, pengurusan perikanan secara efektif dapat menjaga ekosistem pembiakannya bagi memastikan pendaratan ikan berterusan untuk keperluan rakyat di negeri ini.
Pada program hari ini 25 ekor ikan siakap seberat lima hingga enam kilogram dilepaskan semula ke perairan Port Dickson bagi memperkayakan sumber perikanan sedia ada.
"Ikan siakap itu berada di bawah peliharaan Pusat Ikan Hiasan Port Dickson sejak Februari tahun lepas. Ikan tersebut dijaga bermula dari saiz kecil sehingga membesar dengan baik menerusi penjagaan kualiti air yang baik serta pemberian makanan secukupnya sebelum dilepaskan," katanya.
Beliau berkata antara faktor perairan di Port Dickson mempunyai banyak ikan bernilai tinggi seperti siakap dan ikan merah kerana terdapat terumbu karang yang sesuai untuk pembiakan ikan tersebut.
Katanya selain itu, terdapat beberapa kawasan digazetkan sebagai kawasan larangan tangkapan ikan bagi memastikan ekosistem dan sumber perikanan di perairan tersebut dijaga dengan baik.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 08 2022

Secara keseluruhan stok bekalan ikan masih stabil cuma perubahan cuaca di luar jangkaan memberi kesan kepada pengeluarannya dan menyebabkan kenaikan harga ikan di pasaran. - Gambar hiasan/Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Serangan seksual, Gerard Depardieu dibicarakan Isnin depan
Pelakon legenda Perancis, Gerard Depardieu akan dibicarakan pada Isnin depan atas dakwaan serangan seksual terhadap dua wanita di set penggambaran.
Dua maut dalam serangan dron Rusia di Zaporizhzhia
Serangan Rusia telah mengorbankan dua orang di bandar tenggara Ukraine, Zaporizhzhia manakala tiga lagi di bahagian utara dan timur negara itu pada lewat malam Jumaat.
Iftar Sekampung zahir semangat ukhwah masyarakat setempat
Lebih daripada sekadar berbuka puasa, program ini turut mencerminkan semangat kejiranan dan ukhuwah yang kukuh dalam kalangan masyarakat setempat.
Dua anggota bomba maut akibat kebakaran
Dua anggota bomba ditemui mati di Korea Selatan manakala dua lagi hilang dalam kejadian lebih 20 kebakaran hutan berlaku di seluruh negara pada Sabtu termasuk yang meragut nyawa di tenggara Semenanjung Korea.
Lelaki bersenjata samun kedai emas di Kota Damansara
Seorang lelaki bersenjatakan pistol bertindak berani mati apabila menyamun sebuah kedai emas di sebuah pasar raya Kota Damansara, petang Sabtu.
Kanak-kanak maut, enam cedera kereta bertembung di Bukit Katil
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut, manakala enam lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Penghulu Jaabar, Bukit Katil pada Jumaat.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Sabah, Kelantan, Terengganu dijangka alami hujan berterusan mulai Sabtu - MetMalaysia
Di Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh selama tiga hari.

Ribut dihadapi Filipina berkurangan tetapi semakin kuat - PAGASA
Filipina kini menghadapi ribut yang semakin berkurangan tetapi bertambah kuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

VMS, papan iklan LED DBKL papar status cuaca mulai esok - Dr Zaliha
Langkah proaktif itu bagi memastikan rakyat dapat bersedia dan mengambil langkah awal kemungkinan berlaku bencana banjir kilat.

Amaran Hujan Berterusan tahap buruk di tiga negeri hingga 23 Nov
MetMalaysia mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan tahap buruk di Terengganu, Pahang dan Johor berkuat kuasa sehingga 23 Nov ini.

Hujan November paling lebat dalam 101 tahun landa Jeju
Hujan antara 150 mm hingga 347 mm telah membasahi Jeju dari Jumaat hingga awal pagi Sabtu, termasuk 333 mm di kawasan pergunungan utara.

Selatan China siap sedia hadapi Taufan Yagi
Taufan Yagi iaitu taufan ke-11 tahun ini, kini bergerak ke timur Laut China Selatan dan semakin menghampiri Pulau Hainan.

Hujan, ribut petir hingga Ahad di kebanyakan tempat
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan dan ribut petir di beberapa kawasan di seluruh negara berterusan hingga Ahad ini.

Nawabs ramal kemarau dua bulan lebih awal, bantu agensi sedia langkah mitigasi
Amaran awal membolehkan semua agensi berkaitan khususnya agensi teknikal merancang persediaan awal dan mengambil tindakan mitigasi bersesuaian.

413 mangsa banjir berada di tiga PPS di Sarawak
PPS Dewan Serbaguna Taman Malihah masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 186 orang.

Faktor cuaca punca demam denggi meningkat 407.7 peratus di Ipoh
MBI mencatatkan peningkatan dengan 330 kes dilaporkan sehingga 20 Januari lalu (Minggu Epid:3/2024).