KUALA TERENGGANU: Seorang murid tahun tiga sebuah sekolah rendah di daerah ini cedera akibat dicekik, diangkat dan dilepaskan ke tanah oleh bapa rakan sekelasnya, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa dikatakan bermain sebelum berlaku perselisihan faham dengan rakan itu di luar pagar sekolah.
Katanya, mangsa yang berusia sembilan tahun dikatakan telah menampar rakan sekelasnya, sebelum kanak-kanak itu mengadu kepada bapanya.
"Berikutan itu bapa rakannya bertindak mencekik dan mengangkat mangsa lalu menjatuhkannya ke tanah menyebabkan kepala mangsa mengalami luka kecil dipercayai terkena batu," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Beliau berkata, pihak sekolah kemudian menghubungi bapa mangsa yang kemudian datang mengambil anaknya dan seterusnya membuat laporan polis.
Katanya mangsa telah dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Nur Fazlizai Ali
Mon Apr 25 2022
Mangsa telah dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar. - Gambar/ Sinar Harian/ Ihsan pembaca
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
'Secret Love' kekal dipenjara 10 tahun minta budak 12 tahun video lucah
Panel hakim menolak rayuan akhir Hendra Mulana, 33, atau dikenali sebagai Secret Love berhubung empat kes meminta bahan pornografi daripada seorang murid perempuan berusia 12 tahun.
18 murid Jepun cedera bas bertembung trak
Sekurang-kurangnya 18 murid sekolah cedera apabila bas yang mereka naiki bertembung dengan sebuah trak di wilayah Nara pada Rabu, lapor Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan.
100 murid di Bahau disyaki keracunan makanan
Kira- kira 100 murid dari sebuah sekolah di Bahau, Jempol disyaki mengalami keracunan makanan selepas mengalami gejala cirit-birit dan muntah-muntah.
Isu tular: 'Murid dibenar pakai pakaian tradisi' - KPM
Pemakaian pakaian tradisi mengikut kaum ketika aktiviti kebudayaan dan kesenian yang melibatkan murid di institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah dibenarkan.
Murid perempuan dakwa dicabul ketika ke sekolah
Seorang murid perempuan yang dalam perjalanan ke sekolah dipercayai dicabul dalam kejadian di Jalan Haji Masjoyo, Jenjarom pada Rabu.
Punca pencemaran bau di Ulu Tiram belum dikenal pasti, JAS terus siasatan
JAS Johor masih menyiasat punca pencemaran bau di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiram, Kampung Sungai Tiram, susulan siasatan awal tidak menemui sebarang kesan pelupusan haram.
51 murid Jepun jatuh sakit terhidu gas di sekolah
Bau gas dilaporkan pada Isnin di sebuah sekolah rendah di wilayah Osaka Jepun, di mana berpuluh-puluh murid mengadu tidak sihat, lapor Xinhua, memetik pihak berkuasa tempatan.
OKU, murid sekolah rendah nikmati tambang percuma KTMB mulai 15 Feb
Bermula 15 Feb ini, murid berpakaian seragam sekolah berusia hingga 12 tahun dan Orang Kurang Upaya (OKU) akan menikmati perkhidmatan percuma tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
13 murid, seorang guru dikejar ke hospital terkena tumpahan merkuri
Seramai 13 murid bersama seorang guru wanita di sebuah sekolah rendah di Taman Berlian, di sini dikejarkan ke Hospital Kulim selepas terkena tumpahan merkuri.
Bas bawa 30 murid sekolah terbabas masuk semak
Sebuah bas yang membawa 10 guru dan 30 murid berusia antara tujuh hingga 12 tahun terbabas di Kilometer (KM) 44 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, awal pagi tadi.