PUTRAJAYA: Seorang lelaki berkelulusan pendidikan awal kanak-kanak kekal dihukum penjara 10 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Rayuan di sini, berhubung empat kes meminta bahan pornografi daripada seorang murid perempuan berusia 12 tahun melalui aplikasi ‘WhatsApp’, lima tahun lalu.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Hadhariah Syed Ismail memutuskan demikian selepas menolak rayuan akhir Hendra Mulana, 33, selaku perayu.
Menerusi keputusan penghakiman bertarikh 1 Julai yang diperolehi oleh media, menerusi sistem mahkamah pada Rabu, Hadhariah berkata, dakwaan Hendra bahawa dia dan kanak-kanak itu merupakan pasangan kekasih dan berhasrat berkahwin, adalah tidak boleh dipercayai.
Menurutnya, ini kerana tiada tindakan proaktif diambil oleh perayu, untuk bertemu keluarga kanak-kanak tersebut.
“Dia tidak berniat untuk berkahwin kerana menyedari bahawa mangsa merupakan seorang kanak-kanak dan sekadar mahu mengambil kesempatan terhadapnya.
“Dia juga tidak mengambil sebarang usaha untuk bertemu mangsa bagi memastikan umur sebenar,” katanya yang bersidang bersama Datuk Azmi Ariffin dan Datuk SM Komathy Suppiah.
Hadhariah berkata, mahkamah juga bersetuju dengan dapatan Mahkamah Sesyen dan disahkan oleh Mahkamah Tinggi Taiping, Perak bahawa, berdasarkan gambar profil WhatsApp, sesiapapun boleh menyedari mangsa adalah seorang kanak-kanak.
Sebelum ini, Hendra mengaku menjalin hubungan `cinta’ terlarang secara maya dengan mangsa yang dikenalinya melalui laman sosial `Bigo', pada 2019, namun mereka tidak pernah bersemuka sepanjang perkenalan itu.
Hendra yang dirujuk oleh mangsa sebagai `Secret Love' kerap memujuk kanak-kanak itu berbual secara intim sehingga ke tahap bertukar-tukar gambar dan video lucah melalui ‘WhatsApp’.
Mengikut pertuduhan pindaan pertama hingga keempat, dia didakwa meminta pornografi daripada mangsa, yang merupakan seorang kanak-kanak, bawah umur 18 tahun (semasa kejadian) melalui media ‘WhatsApp’ di Jalan Kuala Kangsar, Changkat Jering, Perak antara jam 12.01 tengah malam, 14 Oktober dan 12.01 tengah malam, 17 Oktober 2019 lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 8(b) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan sebatan tidak kurang tiga kali.
Pada 16 Februari 2023, Mahkamah Sesyen menjatuhi tertuduh hukuman penjara selama 13 tahun dan tiga sebatan bagi setiap pertuduhan.
Dia dikehendaki untuk menjalani hukuman penjara bermula tarikh sabitan namun pemenjaraan bagi semua pertuduhan berjalan serentak.
Lelaki itu juga dikehendaki menjalani kaunseling di penjara dan tiga tahun pengawasan selepas selesai hukuman penjara.
Pada 20 Februari 2023 perayu memfailkan Notis Rayuan terhadap sabitan dan hukumannya ke Mahkamah Tinggi.
Pada 2 November tahun sama, Mahkamah Tinggi mengurangkan hukuman daripada 13 tahun kepada 10 tahun, bagi setiap pertuduhan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 10 2024

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Hadhariah Syed Ismail memutuskan demikian selepas menolak rayuan akhir Hendra Mulana, 33, selaku perayu. - Gambar hiasan
Ismail Sabri masih perlukan pemantauan rapi doktor
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih memerlukan pemantauan rapi pihak hospital.
SPRM tahan dua bergelar Datuk, antara 4 pegawai Ismail Sabri
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.

Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Loke berkata pihaknya tidak berasa terganggu dengan dakwaan tersebut dan menjalankan tugas yang diamanahkan seperti biasa.
AWANI Borneo [23/2/2025] – Petros-Petronas | Pembangunan | Ramalan MetMalaysia
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

'Secret Love' kekal dipenjara 10 tahun minta budak 12 tahun video lucah
Panel hakim menolak rayuan akhir Hendra Mulana, 33, atau dikenali sebagai Secret Love berhubung empat kes meminta bahan pornografi daripada seorang murid perempuan berusia 12 tahun.