Rombakan itu susulan pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuah Mohd Firdaus Ahmad sebagai Exco baharu yang telah mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah siang tadi.
Mukhriz berkata pelantikan Mohd Firdaus itu berikutan Exco sebelum ini Datuk Amiruddin Hamzah yang menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Syarikat Milik Kerajaan Negeri, Industri dan Pelaburan dan Agama telah dilantik menjadi Timbalan Menteri Kewangan..
"Saya sendiri selaku Menteri Besar terus memegang Pengerusi Jawatankuasa Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Perancang Ekonomi Negeri, Hal Ehwal Hasil Bumi, Majlis Tindakan Negeri dan Kewangan yang sebelum ini dipegang oleh Amiruddin Hamzah telah saya ambil alih," katanya di sini hari ini.
- Berikut adalah senarai exco bersama portfolio baharu: Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir: Pengerusi Jawatankuasa Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Perancang Ekonomi Negeri, Hal Ehwal Hasil Bumi, Majlis Tindakan Negeri dan Kewangan
- Datuk Dr Ismail Salleh: Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC)
- Tan Kok Yew: Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan
- Zamri Yusuf: Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga
- Azman Nasrudin: Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani, Pengangkutan dan Industri Utama
- Mohd Asmirul Anuar Aris: Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya dan Pembangunan Keusahawanan
- Ooi Tze Min: Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam, Sains dan Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar
- Dr Salmee Said: Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Sumber Manusia
- R. Summugam: Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat India, Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
- Halimaton Shaadiah Saad: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pembasmian Kemiskinan dan Kebajikan
- Mohd Firdaus Ahmad: Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)