PUTRAJAYA : Kenderaan yang membawa bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di luar ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, sekitar pukul 11.15 pagi.
Ketibaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang juga Presiden Bersatu itu diiringi ratusan penyokong beliau serta beberapa Ahli Parlimen dan pemimpin PN.
Antara pemimpin PN yang turut hadir memberi sokongan kepada Muhyiddin ialah Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Naib Presiden Bersatu yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Radzi Jidin serta Ahli Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Azmin Ali.
Tidak ketinggalan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad.
Alunan selawat oleh penyokong-penyokong dan pemimpin-pemimpin PN berkumandang semasa kenderaan yang membawa Muhyiddin masuk ke ibu pejabat SPRM sekitar pukul 11.22 pagi.
Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh itu hadir untuk memberi keterangan kepada SPRM dipercayai melibatkan projek Jana Wibawa.
Pada Khamis, Presiden Bersatu itu mengesahkan beliau telah dipanggil oleh SPRM untuk memberi keterangan.
Sebelum ketibaan Muhyiddin di ibu pejabat SPRM, penyokong-penyokong beliau mengedarkan baju tertera perkataan 'PN Best' dan gambar bekas Perdana Menteri itu.
Baju berwarna putih itu diedarkan kepada mereka yang berkumpul di hadapan ibu pejabat SPRM dan dipakai sebagai tanda solidariti kepada Muhyiddin.
Sejak beberapa minggu lalu, tumpuan terarah pada isu penyalahgunaan dana Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).
Beberapa pemimpin parti Bersatu telah dihadapkan ke mahkamah termasuk Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang berdepan dua peruduhan meminta dan menerima rasuah sebanyak RM6.9 juta pada 2002.
Turut diheret ke pengadilan ialah Timbalan Ketua Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad.
Tuduhan-tuduhan ke atas mereka berkaitan skim Jana Wibawa iaitu inisiatif untuk mempercepat penyampaian projek bagi merangsang pemulihan ekonomi selepas COVID-19.
Ridauddin Daud
Thu Mar 09 2023
Kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya, disambut oleh penyokong-penyokong beliau dan Perikatan Nasional. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Fitnah: Muhyiddin diperintah bayar Guan Eng RM1.35 juta
Pesuruhjaya Kehakiman membenarkan saman Lim terhadap Muhyiddin setelah mendapati bekas menteri kewangan itu berjaya membuktikan kesnya.
BRICS: Kementerian Luar sentiasa pelihara kepentingan negara
Kementerian Luar akan memastikan kepentingan negara sentiasa terjaga dan terpelihara dalam semua organisasi antarabangsa disertainya termasuk BRICS.
Peguam Muhyiddin mohon pindah kes ke Mahkamah Tinggi
Kes itu membabitkan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri baru-baru ini.
Parlimen: Kenaikan gaji minimum harus disokong dengan dasar jelas, kawalan harga - Muhyiddin
Kenaikan gaji minimum mesti disokong dengan dasar dan tindakan kawalan harga yang jelas.
Muhyiddin gagal dapat pasport bercuti ke Uzbekistan, sambut ulang tahun perkahwinan
Muhyiddin gagal mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara untuk bercuti dan menyambut ulang tahun perkahwinan di Uzbekistan.
'Beri kami masa, Bersatu akan bangkit' - Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal berkata beliau optimis bahawa kepimpinan sedia ada akan mampu menangani cabaran tersebut.
MoU peruntukan: Pembangkang kekal tolak, tidak kemuka cadangan baharu - Muhyiddin
PN tidak akan mengemukakan sebarang cadangan baharu berkaitan draf MoU mengenai peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang.
Dua anak Mahathir sudah isytihar harta kepada SPRM - Azam Baki
SPRM mengesahkan telah menerima pengisytiharan harta daripada dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kenyataan Muhyiddin gambarkan Guan Eng salah guna kuasa dalam kes cukai Yayasan Albukhary - Peguam
Kenyataan Muhyiddin dikatakan berunsur fitnah dan mencemarkan reputasi Lim Guan Eng apabila menggambarkannya telah menyalahgunakan kuasa.
Salah guna kuasa: Mahkamah Rayuan tolak permohonan Muhyiddin semak keputusan
Keputusan itu dibuat panel lima hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Azizah Nawawi.