Lawatan terhadap mangsa banjir dibuat di dua lokasi iaitu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kolej Vokasional Kota Tinggi dan Sekolah Kebangsaan Laksamana di Kota Tinggi.
Sejurus tiba sekitar jam 12 tengah hari di PPS Kolej Vokasional Kota Tinggi, Muhyiddin dibawa mendengar taklimat mengenai perkembangan semasa bencana banjir di negeri itu.
Muhyiddin meluangkan masa 15 minit di PPS terbabit dengan beramah mesra dan bertanya khabar mangsa terjejas banjir.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh kemudiannya meyampaikan bantuan dan kotak makanan di dua PPS berkenaan.
Setelah selesai, beliau bersama rombongan bergerak ke lokasi PPS kedua untuk meramah mesra serta menyampaikan sumbangan.