KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai pemimpin mendapat sokongan tertinggi dengan 51 peratus diikuti Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan sokongan popular sebanyak 34 peratus.
Firma penyelidik, O2 Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan tinjauan mereka juga mendapati Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendapat 30 peratus, diikuti Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (26 peratus); Presiden Amanah, Mohamad Sabu (22 peratus) manakala Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menduduki kedudukan terbawah (11 peratus).
Dalam pada itu, tinjauan turut mendapati, sokongan popular terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula terus merosot daripada 40 peratus pada suku kedua tahun lalu kepada 33 peratus pada suku pertama tahun ini.
Kajian berkenaan juga mendedahkan, populariti bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meningkat kepada 27 peratus berbanding 21 peratus pada suku ketiga tahun lalu.
Kajian dijalankan di antara 26 Mac sehingga 9 April itu untuk mengenal pasti tahap sokongan pengundi dan kecenderungan terhadap perkembangan politik semasa.
Seramai 1,582 responden terdiri daripada 54 peratus Melayu Semenanjung, Cina (28 peratus), Bumiputera Sabah dan Sarawak (11 peratus) dan India (7 peratus).
Responden dipilih dalam lingkungan usia 18 tahun ke atas, berdasarkan kaedah persampelan rawak yang mewakili kumpulan umur, jantina, etnik dan kawasan DUN.
Dalam pada itu, tinjauan pada suku pertama tahun ini juga mendapati kumpulan konservatif mendapat sokongan 53 peratus suara popular berbanding 47 peratus yang diperoleh oleh blok liberal.
Bagaimanapun, dalam persaingan pelbagai sudut, perpecahan blok konservatif akan lebih ketara berkemungkinan terjadi.
Sementara itu, dalam kalangan pengundi blok konservatif, 58 peratus akan memilih Perikatan Nasional (PN) dan selebihnya BN (42 peratus).
Sebagai perbandingan, undi blok liberal akan menumpukan perhatian kepada Pakatan Harapan (77 peratus) berbanding MUDA yang hanya memperoleh 23 peratus pengundi blok liberal.
Perpecahan antara parti di kedua-dua bahagian akan memberi manfaat kepada Pakatan
Harapan memperoleh undi popular sebagai gabungan pada 36 peratus, sementara PN (31 peratus) dan diikuti BN (22 peratus) serta MUDA (11 peratus).
Hasil kajian juga menunjukkan bahawa pengundi BN dan Pas mempunyai kecenderungan berbeza terhadap jenis politik kerjasama yang berkonsep 'Perpaduan Ummah'.
Tinjauan juga menunjukkan, 59 peratus pengundi BN condong ke arah Muafakat Nasional (MN), diikuti oleh PN sebanyak 41 peratus.
Sementara itu, pengundi Pas lebih menerima PN, di mana 67 peratus menyatakan sokongan mereka berbanding MN (33 peratus).
Tinjauan yang dilakukan juga mendapati pengundi BN dan Pas lebih cenderung mengadakan
kerjasama politik antara BN dan PN sekiranya timbul isu pemerintahan atau parti yang tidak boleh menguasai majoriti.
Hasil kajian menunjukkan bahawa 66 peratus pengundi BN dan 53 peratus pengundi Pas bersetuju dengan idea kerajaan perpaduan PN-BN.
Sementara hanya 21 peratus pengundi BN menerima penjajaran politik baru antara BN dan PH untuk membentuk kerajaan.
Astro Awani
Wed May 19 2021

Kajian Firma penyelidik, O2 Malaysia mendapati Muhyiddin kekal sebagai pemimpin mendapat sokongan tertinggi dengan 51 peratus. - fotoBERNAMA

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

‘Pemimpin 33 bulan dahulu hanya tahu kritik, masalah tak selesai’ - PM
Kerajaan MADANI tidak akan meminggirkan mana-mana kaum dalam soal kesejahteraan hidup, terutamanya golongan miskin dan kurang berkemampuan.

Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar
Kerajaan sentiasa mengenal pasti ikhtiar baharu untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik dan berdaya saing, kata Perdana Menteri.

PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan
Kerajaan mengarahkan siasatan polis terhadap mahasiswa yang terbabit dalam Himpunan Rakyat Bebas Rasuah pada 25 Januari lalu dihentikan serta-merta.

Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Anwar menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.

Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar
Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.

PM Anwar perkukuhkan kerjasama ekonomi Malaysia di Davos
Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja rasmi ke Davos, di sini dengan mengadakan beberapa mesyuarat perniagaan bersama syarikat multinasional.

PM setuju draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan - Jemilah
Perdana Menteri Anwar telah memberi persetujuan kepada draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan sebagai langkah konkrit menangani isu-isu alam sekitar global.

Malaysia perlu adaptif, berdaya tahan dalam ketidaktentuan global - PM
Malaysia perlu bersifat adaptif, berdaya tahan, berprinsip, dan mempunyai pandangan yang jelas untuk memposisikan negara di tengah-tengah arus ketidaktentuan global.

PM Perancis Francois Bayrou terselamat undi tidak percaya
Ahli Parlimen Perancis pada Khamis mengundi menolak usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Perancis Francois Bayrou, lapor Xinhua.

Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia berharap perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza dapat diteruskan dalam usaha mengelakkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa rakyat Palestin.