KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa kerajaan agar mengemukakan suatu pelan komprehensif dalam mengatasi masalah bekalan beras tempatan.
Menerusi satu kenyataan di laman sosial Facebooknya, bekas Perdana Menteri itu berkata tindakan segera perlu diambil bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan isu kekurangan beras yang kian berlarutan.
"Isu kekurangan beras putih tempatan nampaknya masih belum selesai walaupun telah berlarutan agak lama.
"Rakyat masih merungut tentang kesukaran untuk membeli beras tempatan di kedai-kedai runcit dan pasar raya.
"Oleh kerana beras tempatan sukar diperoleh di pasaran, ramai yang beratur panjang untuk membeli beras di lokasi-lokasi jualan yang diusahakan oleh FAMA.
'Keadaan ini tidak pernah berlaku di negara kita sebelum ini. Perkembangan ini amat membimbangkan kita memandangkan beras adalah makanan ruji rakyat," katanya.
Tambah Muhyiddin, Malaysia memerlukan 2.68 juta tan beras setahun di mana 1.11 juta tan adalah beras import.
Bagaimanapun, ujarnya, tindakan negara pengeluar beras mengenakan sekatan eksport beras menyebabkan Malaysia kini berdepan krisis bekalan beras.
Lebih memburukkan keadaan apabila pengeluaran beras tempatan semakin merosot daripada 1.68 juta tan kepada 1.57 juta tan pada tahun 2022.
"Kerajaan mesti memandang serius masalah ini. Ia mungkin permulaan kepada suatu krisis yang lebih besar pada masa hadapan.
"Kita tahu bahawa perubahan iklim dunia telah menyebabkan kemarau dan banjir di banyak negara yang menjejaskan pengeluaran bahan makanan termasuk beras.
"Dalam keadaan negara kita masih bergantung kepada import bahan makanan yang tinggi, kekurangan pengeluaran bahan makanan di negara-negara yang terjejas dengan perubahan iklim akan menjejaskan bekalan makanan di negara kita.
"Untuk itu, saya menggesa kerajaan supaya mengemukakan suatu pelan tindakan komprehensif untuk mengatasi masalah bekalan beras tempatan pada masa ini dan memastikan rakyat Malaysia sentiasa mempunyai makanan di atas meja," katanya lagi.
Tegas Muhyiddin, tindakan secara ad-hoc yang dilaksanakan kerajaan ketika ini tidak memadai untuk menjamin bekalan makanan rakyat cukup.
Sebaliknya kerajaan, ujarnya, perlu menambah simpanan stok beras negara dengan meningkatkan pengeluaran bahan makanan dalam negara.
"Ini termasuk tindakan penguatkuasaan yang lebih ketat dan menyeluruh untuk memastikan tidak ada pihak yang memanipulasi rantaian bekalan beras tempatan, menambah stockpile beras negara dan meningkatkan pengeluaran bahan makanan dalam negara.
"Tindakan secara ad-hoc seperti yang diambil pada masa ini tidak memadai untuk menjamin bekalan makanan sentiasa mencukupi dan boleh dibeli pada harga yang berpatutan oleh rakyat," katanya.
Fareez Azman
Thu Sep 28 2023
MUHYIDDIN: Kerajaan mesti memandang serius masalah ini. Ia mungkin permulaan kepada suatu krisis yang lebih besar pada masa hadapan. -Gambar fail/Bernama
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Fitnah: Muhyiddin diperintah bayar Guan Eng RM1.35 juta
Pesuruhjaya Kehakiman membenarkan saman Lim terhadap Muhyiddin setelah mendapati bekas menteri kewangan itu berjaya membuktikan kesnya.
BRICS: Kementerian Luar sentiasa pelihara kepentingan negara
Kementerian Luar akan memastikan kepentingan negara sentiasa terjaga dan terpelihara dalam semua organisasi antarabangsa disertainya termasuk BRICS.
Peguam Muhyiddin mohon pindah kes ke Mahkamah Tinggi
Kes itu membabitkan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri baru-baru ini.
Parlimen: Kenaikan gaji minimum harus disokong dengan dasar jelas, kawalan harga - Muhyiddin
Kenaikan gaji minimum mesti disokong dengan dasar dan tindakan kawalan harga yang jelas.
Muhyiddin gagal dapat pasport bercuti ke Uzbekistan, sambut ulang tahun perkahwinan
Muhyiddin gagal mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara untuk bercuti dan menyambut ulang tahun perkahwinan di Uzbekistan.
'Beri kami masa, Bersatu akan bangkit' - Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal berkata beliau optimis bahawa kepimpinan sedia ada akan mampu menangani cabaran tersebut.
MoU peruntukan: Pembangkang kekal tolak, tidak kemuka cadangan baharu - Muhyiddin
PN tidak akan mengemukakan sebarang cadangan baharu berkaitan draf MoU mengenai peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang.
Dua anak Mahathir sudah isytihar harta kepada SPRM - Azam Baki
SPRM mengesahkan telah menerima pengisytiharan harta daripada dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kenyataan Muhyiddin gambarkan Guan Eng salah guna kuasa dalam kes cukai Yayasan Albukhary - Peguam
Kenyataan Muhyiddin dikatakan berunsur fitnah dan mencemarkan reputasi Lim Guan Eng apabila menggambarkannya telah menyalahgunakan kuasa.
Salah guna kuasa: Mahkamah Rayuan tolak permohonan Muhyiddin semak keputusan
Keputusan itu dibuat panel lima hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Azizah Nawawi.