Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata beliau akan mengumumkan keputusan sama ada untuk bertanding atau tidak kerusi Majlis Tertinggi (MT) pada masa yang sesuai.
"Saya ada tiga pilihan namun kena fikir tanggungjawab besar sebagai Menteri Besar untuk memajukan Kedah dan juga pengerusi Perhubungan Umno Kedah.
"Keputusan ini berat kerana perlu menawarkan diri dan bukan lagi berdasarkan pencalonan," kata Mukhriz kepada pemberita yang meminta beliau menyatakan hasratnya mengenai perkara itu.
Menteri Besar itu ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat minggu Exco di Wisma Darul Aman di sini, malam tadi.
Mukhriz menjelaskan spekulasi dalam blog bahawa beliau berhasrat bertanding kerusi MT pada pemilihan kali ini bukan datang dari mulutnya atau rakan-rakannya.
Bernama
Wed Sep 04 2013
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
PRK DUN Mahkota: Pejuang tak letak calon - Mukhriz Mahathir
Parti Pejuang tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (Mahkota, kata Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
PRK Kemaman: Pejuang sahkan tidak bertanding - Mukhriz
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hari ini mengesahkan tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Terengganu pada 2 Dis ini.
Pejuang tidak bertanding dalam PRN di enam negeri - Mukhriz
Mukhriz berkata parti itu sebaliknya akan menggunakan kesempatan yang ada untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
PRN: Pejuang masih harap dapat kerjasama dengan PN - Mukhriz
Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata parti itu tidak mahu dilihat sebagai pengacau yang memecah-belahkan undi Melayu dalam PRN.
PRN: Calon MB Kedah hanya boleh dicadangkan Setiausaha Agung Pas, PN- Sanusi
Sanusi berkata bahawa keputusan untuk menentukan calon bagi jawatan Menteri Besartidak boleh dilakukan oleh pemimpin-pemimpin parti berkenaan di peringkat negeri termasuk dirinya.
"Dalam keadaan semua calon hilang deposit, pemimpin mereka masih bodoh sombong"- Zahid
Ahmad Zahid menyatakan bahawa kepimpinan sebuah parti politik di negara ini masih tidak serik dan bersikap bodoh sombong meskipun kesemua calon parti berkenaan telah hilang deposit dalam PRU15.
PRN: "Di mana ada UMNO, di situ tiada Pejuang"- Mukhriz
UMNO yang terpalit dengan amalan kleptokrasi tidak selari dengan prinsip perjuangan parti Pejuang, kata Mukhriz.
'Mukhriz minta kerusi' - Sanusi sahkan Presiden Pejuang jumpa kepimpinan tertinggi Pas
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan pertemuan antara kepimpinan tertinggi Pas dengan Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir baru-baru ini.
'Tak patut salahkan saya letak jawatan PM' - Tun M
Tun Dr Mahathir menjelaskan beliau tidak sepatutnya dipersalahkan susulan tindakannya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2020 sehingga membawa kepada kemelut politik negara.
Pejuang umum berundur daripada GTA
Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan parti itu secara rasmi menarik diri daripada Gerakan Tanah Air (GTA).