Mahkamah Koroner hari ini diberitahu Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim berkemungkinan besar ditarik keluar dari van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ketika insiden rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, pada tahun lalu.
Bekas Pakar Perunding Kanan Forensik dan Patologi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Prof Dr Shahrom Abd Wahid, berkata mangsa juga mungkin dihentak ke pintu van berkenaan sekuat hati dengan daya lebih 3,000 Newton, atau lebih dari tiga orang, sehingga menyebabkan patah pada tulang rusuk.
Saksi ke-29 itu berkata, ia berdasarkan video lakonan semula kejadian dan kesan corak kecederaan pada mangsa yang ditayangkan pada prosiding hari ini.
"Mangsa mati akibat kecederaan parah paru-paru kiri dan kanan akibat hentakan-hentakan trauma tumpul. Hentakan-hentakan trauma tumpul bukan akibat perbuatan diri sendiri, tetapi akibat perbuatan dua atau lebih orang lain," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Syazlin Mansor yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada prosiding hari ke-23 inkues kematian anggota bomba itu.
Terdahulu, Dr Shahrom, 62 tahun, berkata mangsa mungkin diseret keluar dari van dinaikinya berdasarkan luka sagat melintang pada bahagian belakang badan selain butang satu, dua dan empat yang didapati tercabut daripada baju celoreng anggota bomba itu.
"Kecederaan juga menunjukkan tidak mungkin mangsa keluar sendiri dari van berkenaan," katanya.
Dr Shahrom sebelum ini pernah memberi keterangan sebagai saksi pada inkues kematian Penolong Pengarah Kastam Diraja Malaysia Selangor Ahmad Sarbaini Mohamed yang terjatuh dari bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Kuala Lumpur pada 2011.
Beliau turut berpendapat, daun pintu EMRS telah diterajang dengan kuat sehingga menyebabkan luka sagat dan patah tulang tulang rusuk di dada kanan pada bahagian atas dan lebam paru-paru kanan.
"Daun pintu EMRS sekali lagi diterajang menyebabkan dua lebam pada bahagian hadapan atas lengan kanan mangsa," katanya, sambil menambah tidak mungkin mangsa terhimpit antara jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan van EMRS kerana ia akan menyebabkan kesan kecederaan yang berlainan.
"Jika terhimpit, berkemungkinan besar mangsa akan mati di situ juga.
"Saya membuat rumusan berhubung apa yang berlaku pada Muhammad Adib berdasarkan dokumen, material dan video diperoleh daripada peguam Syazlin,” tambah Dr Shahrom.
Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun lalu dan menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis lalu di Institut Jantung Negara.
Inkues di hadapan Koroner Rofiah Mohamad bersambung esok.
Astro Awani
Tue Apr 09 2019
Dr Shahrom sebelum ini pernah memberi keterangan sebagai saksi pada inkues kematian Penolong Pengarah Kastam Diraja Malaysia Selangor Ahmad Sarbaini Mohamed yang terjatuh dari bangunan SPRM Kuala Lumpur pada 2011. - Astro AWANI
[LAPOR LANGSUNG] Letupan baharu menggegarkan Beirut
Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
Empat sekeluarga nyaris maut, pacuan empat roda rempuh rumah
Dua mangsa iaitu wanita berusia 49 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia enam tahun mengalami kecederaan masing-masing pada muka dan tangan.
Hadapi banjir: Bomba Kelantan mohon helikopter
Langkah itu wajar memandangkan Kelantan antara negeri yang lazimnya mengalami banjir lebih teruk berbanding negeri lain.
Bomba Portugal bertungkus-lumus padam kebakaran hutan
Anggota bomba daerah Nelas, Portugal bertungkus-lumus memadam kebakaran hutan ketika api semakin menghampiri kawasan kediaman.
Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang di Jitra
BBP Jitra terima panggilan kecemasan pada pukul 5.38 petang sebelum tiba di lokasi kira-kira 25 minit kemudian.
44 rumah musnah terbakar di Penangah
Pada awalnya, kebakaran hanya melibatkan tiga rumah namun api telah merebak dan menyebabkan lebih 40 rumah turut musnah.
Bomba selamatkan 60 mangsa terperangkap kejadian kepala air di Tangkak
BBP Tangkak menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian yang melibatkan kesemua pekerja kilang itu pada 12.51 tengah hari.
Bomba selamatkan 38 mangsa terperangkap kejadian kepala air di Batang Kali
Kejadian melibatkan 38 mangsa terdiri daripada 10 lelaki dan 17 wanita, lapan kanak-kanak lelaki serta tiga kanak-kanak perempuan.
100 anggota bomba tangani kebakaran bumbung di Somerset House London
Kira-kira 100 anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran di Somerset House yang bersejarah London.
Gas ammonia bocor, tiga lelaki berdepan detik cemas
Ketiga-tiga mereka membawa muatan 10 tong gas ammonia dari Tangga Batu, Melaka ke Kuala Sawah.
Cuaca panas: Trend kes lemas meningkat
Berdasarkan statistik, insiden lemas paling tinggi direkodkan di kawasan sungai, pantai dan tasik dan air terjun.