Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengucapkan terima kasih kepada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah atas perkongsian ilmu memasak bubur lambuk.
Katanya menerusi Twitter, beliau mengiringi Tunku Azizah yang mencemar duli menziarahi Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah, Cheras bagi menyampaikan sumbangan.
"Menjunjung kasih Tuanku atas kesudian menurunkan ilmu dan tips memasak Bubur Lambuk kepada patik," katanya yang turut berkongsikan foto sekitar majlis berkenaan.
Kunjungan Raja Permaisuri Agong bersama anakanda Tengku Puteri Jihan Azizah 'Atiyatullah diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merangkap Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat.
Pada majlis itu, Raja Permaisuri Agong berbesar hati berkongsi air tangannya memasak bubur lambuk menggunakan resepi istimewa baginda sebagai juadah berbuka puasa untuk rumah perlindungan itu.
Baginda kemudian berangkat melawat kediaman rumah perlindungan itu yang menempatkan 117 kanak-kanak berbilang kaum yang kurang bernasib baik, berusia bawah 12 tahun.
Raja Permaisuri Agong turut berkenan menyampaikan bantuan kepada 100 penerima daripada rumah kebajikan itu, sumbangan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan serta Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB).
Astro Awani
Mon May 20 2019
Dr Zulkifli ketika mendapat tip daripada Tunku Azizah - Foto Twitter / @drzul_albakri
Yahya Sinwar sah dibunuh Israel - Hamas
Hamas mengesahkan Ketua Biro Politiknya, Yahya Sinwar terbunuh dalam serangan Israel.
Mohd Yusoff dilantik Ketua Polis Kelantan yang baharu
Polis Diraja Malaysia umum pertukaran empat pegawai kanan berkuat kuasa 18 Nov ini.
Bilangan warga asing di Jepun cecah rekod 3.5 juta setakat Jun
Bilangan warga asing yang menetap di Jepun mencapai rekod tertinggi lebih 3.5 juta pada separuh pertama 2024, menurut data kerajaan.
Industri perbankan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah ekonomi mampan, inklusif
Institusi kewangan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah mencapai ekonomi inklusif yang mampan di samping mengekalkan tanggungjawab fiskal dan keadilan sosial.
Pembinaan WCE beri manfaat kepada Melaka - Ketua Menteri
Laluan berkenaan bakal menjadi alternatif untuk pengguna ke Melaka selain Lebuhraya Utara-Selatan.
Belanjawan 2025: Komitmen berterusan kerajaan terhadap tanggungjawab fiskal, pertumbuhan seimbang - Khazanah
Khazanah dan syarikat-syarikat portfolionya kekal selaras dengan visi Belanjawan 2025 dan sedia menyokong agenda yang berpandangan jauh.
Belanjawan 2025: Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk pacu inovasi AI
Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk memacu inovasi kecerdasan buatan (AI).
Peruntukan RM65 juta dapat pastikan pekebun kecil peroleh MSPO - Johari
Peruntukan sebanyak RM65 juta menerusi Belanjawan 2025 diharapkan dapat memberi suntikan kepada lebih ramai pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Belanjawan 2025: Naik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal & program penjagaan kesihatan
Kementerian kesihatan menerima peruntukan sehingga RM45.3 bilion dengan fokus menaik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal, dan program penjagaan kesihatan.
Belanjawan 2025: Perolehan kapal baharu APMM mampu tingkat keupayaan jaga perairan negara
Pengumuman peruntukan pembelian tiga kapal baharu bagi APMM dalam Belanjawan 2025 dilihat tepat pada masanya.
Anak muda kongsi rezeki masak bubur lambuk guna kayu api
Sekumpulan anak muda dari Pertubuhan Warga Cakna membanting tenaga dengan bergotong-royong menyiapkan bubur lambuk untuk diagihkan sebagai juadah berbuka di sekitar Jitra.
Bubur kanji, air halia Masjid Pulau Timbul tarikan sepanjang Ramadan
Ia dianggap mempunyai tarikan tersendiri kerana dimasak menggunakan kawah dan periuk tembaga yang dikatakan dibawa pedagang India.
Bubur lambuk ayam belanda menu istimewa Kampung Parit Sikom
Penduduk Kampung Parit Sikom Pontian menggunakan ayam belanda sebagai bahan utama dalam pembuatan bubur lambuk.
Hampir 10,000 sertai Majlis Iftar MADANI bersama PM sempena Nuzul al-Quran
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berbuka puasa bersama hampir 10,000 orang bersempena cuti Nuzul al-Quran di Dataran Putra di sini.
KPN agih lebih 600,000 pek bubur lambuk serentak di seluruh negara
Lebih 600,000 pek bubur lambuk disalurkan serentak di seluruh negara melalui Program Gerak Rahmah: Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan dan Sungkei Perdana 2024 anjuran Kementerian Perpadaduan Negara.
Bubur lambuk 'salted egg' mama, infak sempena Ramadan
Bubur lambuk juga tidak ketinggalan melalui pelbagai perubahan dan versi telur masin antara kelainan yang jarang kedengaran.
Masjid Jamek Kampung Baru sedia 4,000 bubur lambuk sehari
Peningkatan harga barangan tidak menghalang pihak pengurusan Masjid Jamek Kampung Baru di sini daripada meneruskan tradisi menyediakan bubur lambuk sepanjang Ramadan.
Program Gerak Rahmah edar 300,000 bekas bubur lambuk
Program itu melibatkan penyertaan lebih 3,000 kawasan rukun tetangga (KRT) atau 40 peratus daripada keseluruhan KRT di seluruh negara.
Tradisi memasak bubur lambuk kambing diteruskan
Tradisi memasak bubur lambuk kambing diteruskan
Program Harapan Ramadan: CIMB agih 200 kotak makanan kepada keluarga kurang berkemampuan
Ia bertujuan membawa impak yang bermakna kepada masyarakat sekeliling dan memberi keceriaan kepada penerima pada Ramadan serta Syawal yang bakal menjelang tiba.