SHAH ALAM: Wajib bagi umat Islam untuk menjaga penggunaan kalimah Allah dengan cara terbaik, sebagaimana keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang diwartakan pada 18 Feb 2010.
Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan Undang-Undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata, mesyuarat itu juga jelas menegaskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam, dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.
Beliau berkata Jabatan Mufti Negeri Selangor mendokong titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 23 Mac, lalu yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible (terjemahan Bahasa Melayu) atau percetakan apa-apa buku dan penulisan bagi agama Kristian di Selangor.
Mohd Tamyes berkata, kalimah Allah merupakan kalimah suci umat Islam dan hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa, yang memiliki segala sifat kesempurnaan seperti mana yang ditegaskan oleh Allah SWT di dalam surah al-Ikhlas ayat 1-4.
"Ini amat bercanggah dengan kepercayaan agama lain yang ingin menggunakan kalimah Allah tetapi mendakwa Allah itu salah satu dari tiga tuhan, seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 73," katanya dalam kenyataan hari ini.
Oleh itu beliau berkata, umat Islam sewajarnya menyokong setiap usaha untuk melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dalam konteks yang salah, dengan tujuan untuk membanteras kekeliruan dalam masyarakat.
"Saya dengan penuh kesedaran menyeru umat Islam di Selangor khasnya, agar terus istiqamah mempertahankan kesucian Islam dan keluhuran kalimah Allah daripada disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu, terutama sekali dalam perkara yang boleh mengancam akidah umat Islam.
"Umat Islam dan bukan Islam hendaklah menghormati keputusan fatwa yang telah diwartakan ini. Setiap fatwa yang diwartakan adalah mengikat seluruh orang Islam di negeri berkenaan, dan hendaklah diiktiraf oleh Mahkamah di negeri tersebut," kata Mohd Tamyes.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 26 2021

Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

BNM lantik semula tiga ahli Majlis Penasihat Syariah
Bank Negara Malaysia lantik semula Dr Anhar Opir, Dr Marjan Muhammad dan Dr Ahmad Basri Ibrahim sebagai ahli Majlis Penasihat Syariah.

Sultan Selangor perkenan fatwa berkaitan fahaman, ajaran, pegangan dan amalan GISB
Ini kerana, pemimpin, pengikut atau ahli GISB diyakini masih mengamalkan Aurad Muhammadiah, atau Zikir Agung, dibawa Kumpulan Darul Arqam.

Mufti Selangor sokong Sultan Selangor melarang penggunaan kalimah Allah dalam Bible
Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat.

Gojek tak Islamik, tak sopan - Mufti Selangor
Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, secara terus terang apabila lelaki dan perempuan yang bukan muhrim membonceng motosikal boleh mengundang kepada fitnah.

Mufti Selangor ingatkan umat Islam hindari fitnah
Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid mengingatkan umat Islam di negeri ini supaya menghindari fitnah, kerana perkara itu akan mewujudkan rasa tidak puas hati sekaligus menyebabkan pepecahan dal

Pilih masa sesuai anjur tazkirah di bulan Ramadan - Mufti Wilayah
Masjid-masjid dan surau di seluruh negara dinasihatkan supaya memilih masa yang bersesuaian jika mahu menganjurkan majlis tazkirah.

Mufti Selangor putuskan hukum pelaburan ASNB harus
Keputusan itu dibuat menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke-3 yang bersidang pada 27 April lalu, menurut satu kenyataan yang dimuat naik jabatan itu di laman webnya semalam.