Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berhasrat untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng bagi memberi penjelasan tentang isu penggunaan kalimah Allah kepada orang bukan
beragama Islam di negeri ini.
Beliau berharap pertemuan dengan Ketua Menteri dapat membangkitkan tentang keperluan mengelak menyentuh isu-isu sensitif terutama melibatkan agama.
Majlis Fatwa negeri telah mewartakan perkataan Allah serta 40 lagi perkataan berkaitan Islam lain yang tidak boleh diguna pakai untuk orang bukan Islam di negeri ini, katanya hari ini.
Lim, seperti dilaporkan beberapa portal berita semalam, memberi kebenaran kepada orang bukan Islam di Pulau Pinang menggunakan kalimah Allah.
Ketua Menteri dilaporkan berkata larangan penggunaan kalimah Allah yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 tidak terpakai kepada bukan Islam kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam.
Wan Salim berkata perkara itu telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan orang Islam dan kerajaan negeri bukan hanya perlu bertanggungjawab kepada orang bukan Islam tetapi juga orang Islam.
"Apabila ia sudah digazetkan oleh Majlis Fatwa, perkara itu bukan sahaja terpakai kepada orang Islam, tetapi juga untuk orang bukan Islam sebab ia di bawah perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
"Jadi setiap rakyat di Pulau Pinang, tidak kira sama ada dia orang Islam atau bukan Islam, perlu taat kepada titah Yang di-Pertuan Agong," katanya.
Beliau berharap mana-mana pihak termasuk kerajaan negeri selepas ini mengelak daripada membangkitkan isu itu kerana melibatkan kemaslahatan awam dan boleh menjejaskan keharmonian perpaduan.
Sementara itu, Pergerakan Pemuda UMNO Bukit Mertajam hari ini membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, di Bandar Perda di sini berhubung kenyataan Lim itu kerana mendakwa ia merupakan satu campur tangan ketua menteri dalam hal ehwal agama Islam.
"Kami betul-betul kecewa dengan kenyataan Lim itu dan mohon polis jalankan siasatan terperinci kerana khuatir kenyataan ketua menteri itu boleh menjejaskan keharmonian kaum di Pulau Pinang," kata Ketuanya Zaimi Mohd Tahar kepada pemberita selepas membuat laporan itu.
Bernama
Sat Dec 13 2014
Lim, seperti dilaporkan beberapa portal berita semalam, memberi kebenaran kepada orang bukan Islam di Pulau Pinang menggunakan kalimah Allah. - Gambar fail
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia #QuranHour 2022 ajak masyarakat hayati erti kemerdekaan - WUIF
Pelakon filem Mat Kilau pula Datuk Adi Putra diberikan penghormatan untuk membacakan ikrar untuk memerdekakan diri dari keburukan di jiwa.
Kembali kepada Tuhan, hadir sesuatu yang berharga dalam kehidupan - Aliff Aziz
Aliff Aziz bercakap tentang kerinduan membuat persembahan, kerinduan pada keluarga dan peluang menebus semula masa lalu.
'Ayah pesan sempurnakan kerja di sana kerana Allah' - Ebit Lew mohon doakan bapa terlantar sakit
Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi di media sosialnya tentang berita terbaharu bapanya.
'Teruskan dan jangan berundur, kita mampu kembalikan kehidupan normal' - PM
Muhyiddin menzahirkan rasa kagum atas semangat yang ditunjukkan oleh semua lapisan masyarakat dalam mengekang wabak penularan COVID-19.
Ebit Liew masuk Gaza hari ini, serah dua treler ubat dan keperluan asas kepada rakyat Palestin
Ebit Lew mengakui air matanya tidak dapat dibendung lagi usia mengaminkan doa sejurus bantuan disampaikan.
Ustaz Ebit Lew bawa misi kemanusiaan bantu rakyat Palestin
Ebit Lew dan delegasinya akan menjalani bantuan misi kemanusiaan di Mesir pada 25 - 30 Mei 2021.
Pengawal peribadi dipukul: Kerajaan perlu wujudkan jawatankuasa khas elak hina agama
Kerajaan perlu mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi mengukuhkan perpaduan sesama rakyat pelbagai bangsa dan agama di negara ini.
Ramadan: Jadikan tahun ini sebagai 'reset' beribadah
Jadikan Ramadan tahun ini sebagai peluang menetapkan semula atau 'reset' kehidupan untuk beribadah kepada Allah SWT.
Menjelang Ramadan: Apa maksud fidyah? Siapa wajib membayarnya?
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu.
Munaqasyah kedua isu kalimah Allah dua minggu lagi
Perbincangan kedua berhubung penggunaan kalimah Allah akan diadakan dalam tempoh kira-kira dua minggu lagi.