JOHOR BAHRU: Seorang mualaf dihadapkan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini pada Khamis atas dua pertuduhan merogol dua mangsa pada tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 32 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa merogol mangsa berusia 17 tahun di sebuah hotel di Taman Pertama, Kulai jam antara jam 7 pagi hingga 4 petang pada 7 April 2019.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan Isnin ini bagi sebutan semula kes dan lantikan peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farah Aqillah Ahmad Fuad dan Siti Norliza Abdullah.
Artikel ini diterbitkan di portal berita Sinar Harian pada Khamis, 15 April 2021
.