CHUKAI: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) diseru memainkan peranan penting dalam mewujudkan hubungan baik antara majikan dan pekerja kerana ia akan meningkatkan kemampuan ekonomi negara ke tahap lebih baik.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia perlu memandangkan peranan pekerja dan MTUC sangat penting dalam membantu memulihkan ekonomi dan melakar masa depan negara yang lebih cemerlang.
"Saya juga harap kesatuan sekerja dapat bersama dengan kerajaan dalam membantu meningkatkan kebajikan para pekerja," katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Pampasan Pekerja Perwaja Kemaman di Dewan Pejabat UMNO Bahagian Kemaman, di sini hari ini.
Beliau berkata pihak majikan juga perlu terus memberi kerjasama baik dengan memastikan suasana keharmonian di tempat kerja dicapai bersama golongan pekerja.
"Biasanya dari segi persepsi, kesatuan sekerja sentiasa dianggap menentang majikan... bila disebut 'union', anggapan orang biasanya kesatuan tak setuju dengan majikan dan union biasanya (dianggap) tak bersama kerajaan.
"Namun saya yakin dengan kepimpinan baharu (kesatuan), MTUC akan bekerjasama (dengan kerajaan) dalam membantu meningkatkan kebajikan para pekerja," katanya.
Ismail Sabri turut menyeru golongan pekerja supaya terus meletakkan kepercayaan kepada kerajaan untuk terus membantu mereka menikmati kehidupan yang lebih baik.
Sementara itu perdana menteri menegaskan bahawa pelaksanaan gaji minima akan tetap diteruskan bermula 1 Mei ini walaupun mendapat pelbagai pandangan dan bantahan.
Katanya perincian mengenai pelaksanaan gaji minima itu akan dibuat oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan tidak lama lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 24 2022
Perdana Menteri menyampaikan ucapan pada majlis penyampaian pampasan gaji bekas pekerja Perwaja Steel Sdn Bhd di Pejabat UMNO Bahagian Kemaman hari ini. - Foto BERNAMA
Tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram - CAP
CAP menggesa Lembaga Racun Makhluk Perosak segera mengambil tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram di negara ini dan menguatkuasakan dengan tegas Akta Racun Perosak 1974.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari bukti hari ini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan unit skuba (Unit Forensik) serta Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pagi esok.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Dewan Rakyat: Langkah meknoktahkan kemisikan tegar di Sabah antara tumpuan hari ini
Langkah-langkah untuk meknoktahkan kemiskinan tegar di Sabah terutamanya di lapan daerah yang dikategorikan termiskin di Malaysia antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kagame, menang 99.5 peratus pilihan raya Rwanda
Paul Kagame meneruskan khidmatnya buat penggal keempat berturut-turut sebagai Presiden Rwanda, selepas memenangi 99.15 peratus undi dalam pilihan raya negara itu.
Polis kerah lebih 300 anggota kawal perlawanan Piala FA
Seramai 351 anggota polis ditugaskan bagi mengawal perlawanan separuh akhir Piala FA antara Terengganu FC (TFC) dengan Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Jumaat ini.
Perisik Korea Utara berpaling tadah
Seorang diplomat Korea Utara berprofil tinggi yang ditempatkan di Cuba dikenali sebagai Ri II Kyu, 52 tahun, berpaling tadah ke Korea Selatan.
Dua warga AS antara yang ditemui maut di bilik hotel di Thailand
Jabatan Negara Amerika Syarikat ambil maklum mengenai laporan mengenai dua warganegaranya yang ditemui mati di sebuah hotel di Thailand.
EU tolak label UNRWA sebagai organisasi pengganas
Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell mengulangi penolakan blok itu melabel Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) sebagai organisasi pengganas.
Mengimbau sedekad tragedi MH17
Pesawat MH17 Malaysia Airlines ditembak jatuh di timur Ukraine sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam, mengorbankan kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal di dalamnya.
Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu, kini memasuki tahun ke-10 kejadiannya.
Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu, kini memasuki tahun ke-10 kejadiannya.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap, pastikan kewangan negara lebih mampan
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
HRD Corp: MTUC yakin Skim Gerak Insan Gemilang telus, bersih
MTUC yakin Skim Gerak Insan Gemilang yang dikendalikan HRD Corp telus dan bebas daripada unsur-unsur salah guna kuasa.
Ratifikasi Konvensyen C155 tingkat keselamatan, kesihatan pekerja
Tindakan kerajaan meratifikasi Konvensyen C155 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) akan meningkatkan keselamatan dan kesihatan pekerja.
Masih ada majikan culas laksana perintah gaji minimum - MTUC
MTUC sentiasa menggesa kerajaan supaya lebih agresif dalam mengenal pasti majikan yang masih berdegil.
MTUC dakwa 900 pekerja MYAirline 'digantung tidak bertali'
MTUC mendakwa tindakan MYAirline mengeluarkan notis pemberhentian sementara operasi secara tiba-tiba sebagai tidak profesional.
PRN: MTUC cadang cuti khas Sabtu ini
MTUC mencadangkan Sabtu ini iaitu hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dijadikan sebagai cuti khas.
Gaji progresif harap dilaksana, bukan sekadar mainan politik - MTUC
Cadangan untuk memperkenalkan gaji progresif diharap mampu untuk direalisasikan dan bukan hanya sekadar mainan politik.
Gaji minimum RM1,500 seluruh sektor beri kelegaan kepada pekerja - MUTC
Lebihan gaji RM300 akan memberi kelegaan dan memberi kualiti hidup yang baik kepada pekerja.
Penetapan gaji minimum perlu berdasarkan pelbagai aspek - Kesatuan pekerja
Penetapan gaji minimum perlu dibuat berdasarkan pelbagai aspek termasuk sektor pekerjaan, kelayakan akademik, pengalaman dan kemahiran pekerja bagi memberi keadilan kepada semua pihak.
Kerajaan perlu segera ratifikasikan konvensyen ILO berkaitan hak pekerja berpesatuan - MTUC
Ia bagi memastikan pekerja dapat gaji yang bermaruah, kerja yang baik dan faedah yang layak menerusi rundingan dan perjanjian bersama.
Hari Pekerja: Teliti langkah penambahbaikan, beri impak menyeluruh - MTUC
Masih ramai pekerja yang tidak tahu hak mereka, justeru sambutan Hari Pekerja beri platform bangkit isu berkaitan.