Projek Transit Aliran Massa Jajaran Ketiga (MRT3) kini berada pada peringkat awal perbincangan bersama beberapa pihak berkepentingan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata pihaknya berpandangan projek infra rakyat bertaraf dunia seumpama itu perlu disegerakan walaupun projek MRT2 akan siap sepenuhnya pada 2024 dan akan disusuli dengan MRT3 pada 2027.
"Melihat kepada faedah yang diperoleh daripada projek sebelum ini (perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), KTM Komuter, KL Monorail serta jajaran MRT1 dan MRT2), pihak kami merasakan ada baiknya kita laksanakan projek MRT3 sebelum tempoh masa ditetapkan.
"Ini kerana tempoh masa projek mengambil masa lima tahun. Dan sekarang 2017, kami sudah boleh mula merancang bermula sekarang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Pengangkutan Bandar Mampan 2017 di sini pada Selasa.
Fasa pertama MRT membabitkan laluan Sungai Buloh-Semantan sepanjang 21km, mula beroperasi pada 16 Dis tahun lalu.
Operasi fasa kedua MRT laluan Semantan-Kajang yang dilancarkan pada 17 Julai lepas melengkapkan jajaran Sungai Buloh-Kajang (SBK) sepanjang 51km merentasi 31 stesen, termasuk tujuh stesen bawah tanah.
Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang berintegrasi dengan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), Monorail dan KTM Komuter.
Laluan MRT3 akan melalui kawasan yang berkapasiti tinggi sekitar Greater KL dan akan menghubungkan lebih banyak stesen sedia ada bagi melengkapkan jaringan pengangkutan awam di ibu negara.
Menurut Liow, pihaknya sebelum ini telah berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkara itu dan Najib turut senada dengan cadangan untuk menyegerakan projek MRT3 sebelum tiba tempoh masa ditetapkan.
"Apapun kami perlu mengambil kira pendapat pihak lain antaranya Unit Perancangan Ekonomi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat dan Jabatan Perdana Menteri."
Terdahulu dalam ucapan pembukaan sidang kemuncak itu, Liow berkata pengangkutan bandar yang mampan adalah agenda nasional untuk komuniti yang lebih baik serta aspek penting dalam pembangunan negara.
"Dengan perancangan rangkaian pengangkutan yang kukuh dan teliti, kita boleh mewujudkan lebih banyak bandar berorientasikan koridor, dengan lebih banyak rangkaian transit massa, mengurangkan jarak pengangkutan dan lebih dekat dengan stesen pengangkutan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 05 2017

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berucap pada majlis 'Sustainable Urban Transport Summit 2017' di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE pada Selasa. - Foto Bernama
AWANI Tonight: Political financing: Understanding challenges behind the bill
As the government gathers input on the Political Financing Bill, Dr. Tricia Yeoh of the University of Nottingham Malaysia highlights key issues and challenges hindering the bill's passage.
AWANI Tonight: Mourners bid farewell to victims at Al-Ahli hospital
Mourners gathered at Al-Ahli Arab Baptist Hospital to bid farewell to Palestinian victims of Israeli strikes on Gaza City, amidst widespread destruction and debris.
AWANI Tonight: M'sia ready to accept 15 Palestinian prisoners
Malaysia is prepared to accept 15 Palestinians released from Israeli prisons and resettle them here, says Foreign Minister Datuk Seri Mohamad Hasan.

Liga Super: Jumlah penyertaan pasukan hanya diketahui hujung bulan depan - MFL
Dengan hanya berbaki 44 hari lagi, ia akan menjadi tempoh yang sangat kritikal, terutama buat kelab yang sedang bergelut dengan isu kewangan.

Dua kanak-kanak hilang, dikhuatiri lemas di Batang Mukah
Mangsa Dexper Kiu Kuang Wei, 10, dan adik perempuannya Susie Kiu, 7, dikatakan tiba-tiba tenggelam dan hilang dibawa arus.

Pesawat MH720 dari Jakarta selamat mendarat di KLIA selepas isytihar kecemasan
Datuk Kapten Norazman Mahmud mengesahkan kejadian itu, dengan menyatakan terdapat kecemasan dalam penerbangan.
#AWANITonight | 18 March 2025
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
-Malaysia ready to accept 15 Palestinian prisoners
-Gaza: Mourners bid farewell to victims at Al-Ahli Hospital
-Malaysia ready to accept 15 Palestinian prisoners
-Gaza: Mourners bid farewell to victims at Al-Ahli Hospital

Bazar Kraf Aidilfitri tampilkan batik tempatan, songket dan kraf tangan
Pelbagai karya pengusaha batik tempatan, tenunan songket dan hasil kraf tangan seperti beg anyaman, dokoh dan manik buatan tangan ditawarkan pada Bazar Kraf Aidilfitri di Kompleks Kraf Conlay di sini.

Polis serbu stor dan makmal haram, rampas dadah dianggar RM40 juta
Polis merampas pelbagai dadah seberat 274.14 kilogram dianggar bernilai RM38.9 juta dalam serbuan di stor dan makmal pemprosesan haram di empat lokasi berasingan di sini Khamis lepas.

Palestin desak campur tangan segera antarabangsa henti genosid Israel di Gaza
Tentera Israel menyerang Semenanjung Gaza awal pagi Selasa, membunuh lebih 320 orang dan mencederakan ratusan yang lain.

PRU15: 'Perubahan situasi hari ini menakjubkan, membuka mata saya' - Tiong Lai
Tiong Lai antara lain menjelaskan persepsi terhadap 'partinya' kini bertukar 180 darjah dalam tempoh sehari selepas PRU15.

PRU15: Rara berjaya tawan Bentong
Young Syefura Othman dari Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan kerusi Parlimen Bentong meskipun bersaing sengit dengan pencabarnya daripada Barisan Nasional (BN), Tan Sri Liong Tiow Lai.

PRU15: 'Sakit hati tengok Bentong ke belakang, rakyat tidak akan tertipu kali kedua' - Tiong Lai
Liow Tiong Lai yakin mampu membawa pembangunan di kawasan itu sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.

PRU15: Young Syefura sah bertanding kerusi Parlimen Bentong
Beliau dijangka berdepan saingan sengit daripada bekas Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dikatakan mahu merebut semula kerusi terbabit.

PRU15: Parlimen Bentong bakal jadi kerusi panas?
Parlimen Bentong menjadi kerusi selamat buat MCA selama 13 PRU sebelum dirampas DAP pada tahun 2018.

PRU15: MCA sokong penuh pencalonan Liow rampas kembali Parlimen Bentong
MCA menyokong penuh pencalonan bekas Ahli Parlimen Bentong Tan Sri Liow Tiong Lai untuk merampas kembali kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Acryl Sani, Nor Shamsiah, Azam Baki, Hadi Awang dianugerah gelaran Tan Sri
Seramai 19 individu menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran Tan Sri.

BN belum terima permohonan rasmi MCA keluar parti
Barisan Nasional menghormati keputusan dibuat parti-parti teras dan apa pun keputusan mesti dibuat secara rasmi untuk tindakan selanjutnya.

Tiong Lai tidak mampu menahan deraian air mata
Dalam ucapan terakhirnya sebagai presiden, Tiong Lai zahirkan penghargaan kepada mereka yang membantu mengembangkan karier politiknya.

Wee Ka Siong presiden baharu MCA
Satu-satunya wakil rakyat MCA di Dewan Rakyat itu, memperoleh 447 undi dan mengatasi saingan terdekatnya Ketua MCA Bahagian Kluang, Gan Ping Sieu yang memperoleh 182 undi.