SALAK TINGGI: Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya masih belum berjaya mengurangkan kesesakan jalan raya di kawasan berhampiran laluan tersebut.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, keadaan kesesakan terutama pada bulan Ramadan dan ketika waktu puncak dilihat masih lagi kritikal.
Menurutnya, ia termasuklah di Lebuhraya Putrajaya - Kuala Lumpur (Maju Expressway), Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Kuala Lumpur - Sungai Besi.
"Jadi saya tidak hendak katakan bahawa laluan MRT itu sudah berjaya kurangkan kesesakan. Belum lagi kerana masih peringkat awal.
"Tetapi kita lihat bahawa trend jumlah penumpang itu akan terus meningkat
"Semasa dua minggu pertama kita beri perkhidmatan percuma, jumlah penumpang mencecah 100,000 setiap hari.
"Bila kita mula kutip tambang pada 1 April lalu, jumlah penumpang lebih kurang 80,000. Itu perkara biasa, kalau percuma memang ramai orang akan guna," katanya.
Tambah beliau, berdasarkan angka 80,000 penumpang sehari itu, ia masih rendah berbanding sasaran lebih 200,000 penumpang dalam sehari.
"Jadi 80,000 penumpang masih hanya 40 peratus. Kita boleh naik lagi kepada lebih 200,000 kapasiti untuk jajaran Putrajaya ini.
"Jadi kita harapkan bahawa ambil sedikit masa untuk tingkatkan jumlah penumpang.
"Memang dalam semua perkhidmatan rel, ini adalah perkara biasa. Kita akan ambil masa," ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Program Tenaga Diperbaharui Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) di Depoh ERL, di sini, pada Khamis.
MRT Laluan Putrajaya dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Serdang pada 16 Mac lalu.
Dibina dengan kos RM30.53 bilion, MRT Laluan Putrajaya mempunyai 36 stesen, merangkumi 27 stesen bertingkat dan sembilan stesen bawah tanah, dengan 10 stesen adalah stesen pertukaran atau sambungan, yang memudahkan penumpang dari Laluan Putrajaya untuk ke laluan rel sedia ada.
Sebanyak 17 stesen dilengkapi kemudahan tempat letak kereta yang menyediakan sejumlah 5,878 petak parkir.
Ridauddin Daud
Thu Apr 06 2023

Anthony Loke selepas melancarkan Program Tenaga Diperbaharui Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) di Depoh ERL. - Astro AWANI

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Hari Kebangsaan: MRT laluan Putrajaya dipenuhi wajah-wajah ceria
Perkhidmatan MRT beroperasi selama 24 jam pada 30 dan 31 Ogos bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan.

Lorong bas Jalan Klang Lama: Pengguna jalan raya diharap beri maklum balas membina - Exco
Pengguna jalan raya di laluan projek percubaan lorong bas di Jalan Klang Lama, di sini diharap dapat bekerjasama dan memberi maklum balas membina sepanjang tempoh percubaan perkhidmatan itu.

Rapid Rail lakar sejarah, rekod sejuta pengguna dalam sehari
Jumlah itu adalah yang paling tertinggi pernah dicapai sejak penubuhannya.

Koc wanita MRT laluan Putrajaya mula Isnin ini - Rapid Rail
Koc wanita bagi Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini.

Deloitte Malaysia, MRT Corp tandatangani perjanjian hak penamaan stesen MRT
Deloitte Malaysia telah melancarkan stesen MRT Deloitte TTDI pada Selasa, menandakan integrasinya ke dalam rangkaian 29 stesen di sepanjang laluan MRT Kajang.

Kadar kes gangguan seksual wanita di pengangkutan awam berjaya diturunkan
Kejayaan berkenaan berikutan pengenalan koc wanita selama tiga bulan di MRT Laluan Kajang bermula September lalu.

Penganggur tunjuk kemaluan di MRT didenda RM2,000
Tindakan seorang penganggur menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita di Transit Aliran Massa (MRT), mengundang padah apabila dia didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Jumaat.

Rapid KL nafi berlaku letupan libatkan tren MRT
Rapid KL menafikan berlakunya letupan atau kebakaran melibatkan sebuah tren Transit Aliran Massa (MRT), laluan Kajang petang tadi seperti yang tular menerusi media sosial.

Dua perkhidmatan percubaan bas perantara bagi laluan T545 dan T569 bermula Isnin
Kedua-duanya akan beroperasi setiap hari dari 6 pagi hingga 11.30 malam dengan kekerapan setiap 15 minit dan tambang RM1.

Gangguan seksual: Percubaan operasi koc wanita MRT laluan Kajang hujung bulan ini
Percubaan operasi bagi koc wanita untuk perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang akan dimulakan pada hujung bulan ini.