KUALA LUMPUR: Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan (PH) boleh terbatal dengan sendirinya jika pembangkang tidak dilibatkan dalam setiap perkara yang sudah dipersetujui.
Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, PH juga sedia mengambil pendirian berkecuali seperti dipersetujui kedua-dua pihak dalam usaha menjayakan MoU berkenaan.
Ini kata beliau, termasuk sekiranya ada usul undi percaya dibentang di Dewan Rakyat dan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan.
"Saya ingin tegaskan di sini, apa yang berlaku (MoU) adalah persetujuan oleh PH bahawa sekiranya ada undi percaya kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob), pihak pembangkang akan ambil sikap berkecuali.
"Kita bersedia untuk berkecuali dan syarat-syarat yang termeterai dalam MoU mestilah dilaksanakan. Kalau tidak dilaksana, maka ia akan terbatal dengan sendiri," katanya pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Rabu.
Mengulas lanjut, Guan Eng berkata apa yang dilakukan oleh blok pembangkang adalah demi kepentingan rakyat.
"Kami ikhlas, kami jujur, kami mahukan tumpuan diberikan untuk lawan COVID-19 dan menyelamatkan ekonomi Malaysia kerana nyawa dan mata pencarian rakyat lebih penting daripada segalanya," ujarnya.
Guan Eng turut mendakwa, masalah ketidakstabilan politik yang berlaku dalam negara berpunca daripada Langkah Sheraton dan tindakan lompat parti.
"Kita boleh lihat apabila bekas Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) kehilangan majoriti sokongan Ahli Parlimen adalah berpunca daripada faktor itu, sehingga Perdana Menteri dari Pagoh menjadi Perdana Menteri yang paling singkat dalam sejarah Malaysia.
"YB Bera (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) tahu sekiranya beliau tidak membuat langkah yang sewajarnya, maka beliau akan menjadi mangsa terkoban dalam permainan dalaman dan sabotaj dalam kerajaannya sendiri. Itu sebabnya tawaran dibuat kepada parti pembangkang," ujar Guan Eng.
* Ikuti semua kandungan ini di laman mikro Sisi TV Parlimen serta di semua platform media sosial Astro AWANI sepanjang sidang Parlimen ini berlangsung.
Hasimi Muhamad
Wed Sep 15 2021
Lim Guan Eng berkata, Pakatan Harapan sedia mengambil pendirian berkecuali seperti dipersetujui kedua-dua pihak dalam usaha menjayakan MoU berkenaan. - Gambar fail
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Gantz desak Netanyahu dedah perjanjian dengan Lubnan
Pemimpin pembangkang Israel Benny Gantz, mendesak Netanyahu mendedahkan butiran perjanjian gencatan senjata yang dilaporkan hampir dimeterai antara Israel dan Lubnan.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Perlu pinda akta sebelum MLFF dilaksanakan - Ahmad Maslan
Kerajaan perlu meminda akta tertentu sebelum sistem pembayaran tol aliran pantas pelbagai lorong atau Multi Lane Fast Flow (MLFF) dilaksanakan.
Undang-undang maklumat palsu, ketidakcekapan sistem RFID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Ahli Parlimen Permatang Pauh mahu Menteri Kerja Raya menyatakan usaha bagi menyelesaikan ketidakcekapan sistem RFID di lebuh raya.
Sembilan kementerian selesai gulung Belanjawan 2025 peringkat jawatankuasa, PM Anwar hadir MQT
Sidang minggu ini juga menyaksikan kehadiran Anwar pada sesi MQT bagi menjawab beberapa isu selepas beliau pulang daripada lawatan luar negara.
Pemain industri gig minta kerajaan tangguhkan pembentangan RUU Pekerja Gig
Pemain industri gig meminta kerajaan menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig pada bulan Disember depan.
Sebahagian besar kos lawatan kerja ke lima negara ditanggung GLC, swasta - PM
Anwar yang juga Menteri Kewangan menambah, syarikat-syarikat berkenaan diundang dalam lawatan kerja itu dan mempunyai kepentingan perniagaan serta pelaburan.
Isu dibangkitkan persidangan tiga negara antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu utama yang dibangkitkan pada persidangan berkaitan di Peru, Brazil dan Riyadh antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
RM44.2 juta Akaun Sejahtera dicarum bagi program i-Lindung hingga September 2024
Sejumlah RM44.2 juta telah dikeluarkan oleh pencarum melalui Akaun Sejahtera KKWSP sejak program i-Lindung diperkenalkan pada Julai 2022.
JPN dalam fasa akhir muktamad perolehan kad pengenalan generasi baharu
KDN kini dalam fasa akhir memuktamadkan perolehan kad pengenalan struktur baharu bagi menggantikan kad pengenalan sedia ada.