KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyasarkan penjanaan pendapatan pelancongan antarabangsa antara RM47 hingga RM77 bilion pada 2025.
Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata sasaran itu adalah menerusi kemasukan seramai 16 hingga 22 juta pelancong antarabangsa.
"Pembukaan semula sempadan negara bermula 1 April lalu merupakan berita gembira buat seluruh rantaian sektor pelancongan dan kebudayaan negara untuk menjana semula pendapatan.
"Justeru MOTAC juga menyasarkan kemasukan kira-kira dua juta pelancong dari luar negara ke Malaysia pada tahun ini dengan pendapatan sebanyak RM8.6 bilion. Bagaimanapun ini adalah unjuran awal yang sudah tentunya akan dipengaruhi oleh keadaan semasa," katanya.
Dalam pada itu, Nancy berkata kolaborasi pelbagai sektor termasuk pengangkutan, perhotelan, pusat rekreasi dan sebagainya dapat memastikan ekosistem pelancongan dan kebudayaan berjalan lancar, sekali gus membantu mempercepat pemulihan ekonomi negara.
"MOTAC amat mengalu-alukan kerjasama sebegini, malah MOTAC turut menyediakan Geran Padanan Pelancongan, Seni dan Budaya (GPPSB) bertujuan membantu penggiat industri pelbagai sektor dan latar belakang dalam penganjuran program atau acara pelancongan, seni dan budaya yang berimpak tinggi pada tahun 2022," katanya.
Mengenai kempen 'Kid's Safe Travel', Nancy berkata kempen tersebut mampu menyuburkan semula budaya 'mencegah lebih baik daripada merawat' yang amat diperlukan pada masa ini, agar aktiviti pelancongan Keluarga Malaysia dapat dijalankan dengan selamat dan terkawal.
"Kombinasi adaptasi digital ini seiring dengan Pelan Strategik dan Pemasaran baharu Tourism Malaysia bagi tahun 2022 hingga 2026 yang menekankan inovasi, adaptasi digital, kesihatan dan keselamatan yang sehaluan dengan fasa transit endemik ini," katanya.
Nancy dalam sidang medianya pula menggalakkan ibu bapa membawa anak-anak mendapatkan vaksinasi COVID-19 bagi meningkatkan kadar vaksinasi dalam kalangan kanak-kanak, bagi membolehkan mereka menikmati kebebasan dalam pergerakan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 10 2022

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri pada sidang media selepas perasmian kempen Kids Safe Travel di Kuala Lumpur Gold and Country Club, Bukit Kiara hari ini. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

ATF 2025: ASEAN tambah tiga sedia perkukuh kerjasama pelancongan, tingkatkan pertumbuhan
Mesyuarat antara lain membincangkan pelaporan program dan aktiviti di bawah ASEAN Plus Three (APT) Tourism Cooperation Work Plan 2021-2025.

MOTAC akan ulas isu daftar masuk hotel lewat, keluar awal - Fahmi
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan memberi maklum balas isu daftar masuk hotel dan inap desa yang semakin lewat sekitar jam empat petang seperti tular baru-baru ini.

MOTAC sasar 3.2 juta pelancong Muslim ke Malaysia tahun ini
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyasarkan 3.2 juta ketibaan pelancong muslim di negara sepanjang tahun ini, berbanding 2.1 juta pada tahun lepas.

MOTAC ambil serius aduan pelancong berkaitan isu kebersihan Semporna - Tiong
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengambil serius setiap aduan pelancong mengenai tahap kebersihan di daerah ini yang boleh menjejaskan imej pelancongan negara.

Roslan dilantik KSU MOTAC berkuat kuasa hari ini
Timbalan Ketua Setiausaha (Khidmat Pengurusan) Kementerian Luar Datuk Roslan Abdul Rahman dilantik Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Lesen syarikat Emraz Travel and Tours digantung enam bulan
Lesen syarikat Emraz Travel & Tours Sdn. Bhd. akan digantung selama enam bulan berkuat kuasa mulai 10 Julai ini sehingga 9 Januari 2024.

MOTAC, IPTA bekerjasama perkukuh kajian warisan negara
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan memperkukuh kajian berhubung khazanah warisan negara menerusi kerjasama dengan institut pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini.

Wanita didakwa tipu, tawar pakej umrah dan haji tanpa lesen
Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu dan menawarkan pakej umrah serta haji tanpa lesen yang sah.

MOTAC sasar hingga 6 juta pelancong China melawat Malaysia tahun ini - King Sing
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menjangkakan enam juta pelancong dari negara China akan melawat Malaysia pada tahun 2023.

MOTAC gantung lesen Apsan Travel and Tour Sdn Bhd
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen syarikat Apsan Travel and Tour Sdn Bhd berkuat kuasa 9 Dis lepas hingga tarikh tamat lesen syarikat itu pada 10 April 2023.