SEMPORNA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengambil serius setiap aduan pelancong mengenai tahap kebersihan di daerah ini yang boleh menjejaskan imej pelancongan negara.
Menterinya Datuk Seri Tiong King Sing berkata teguran telah dibuat agar tindakan menangani isu berkenaan dilakukan segera, namun keadaan tersebut masih berulang sehingga kini.
Beliau berkata antara isu yang menjadi kegusaran pelancong ke Semporna ialah dakwaan mengenai persekitaran yang sangat kotor dengan terdapat sampah sarap mengeluarkan bau kurang menyenangkan.
"Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa isu dibangkitkan seperti keracunan makanan, perkhidmatan hospitaliti yang ditawarkan juga tidak setara pada harganya (tuala, sarung bantal, cadar kotor), gangguan serangga dan lain-lain.
"Jika isu tersebut tidak dapat diselesaikan, saya akan mengarahkan MOTAC untuk mengeluarkan notis merah, hal ini merupakan langkah terakhir yang tidak dapat dielakkan sekiranya perkara ini gagal diselesaikan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tiong berkata pihaknya menerima aduan berkaitan keracunan makanan baru-baru ini sehingga pesakit mengalami cirit-birit serta terpaksa dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan terapi intravena (IV) dan perkara ini boleh mengancam kesihatan orang awam termasuk pelancong.
Beliau berkata isu berkenaan turut dipanjangkan kepada Pejabat MOTAC di Sabah serta Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) untuk tindakan sewajarnya dilakukan segera.
"Saya memohon agar MOTAC Sabah, KePKAS serta pihak berkenaan terlibat untuk mengemukakan cadangan dan pelan tindakan bagi menyelesaikan dan memperbaiki segala kelemahan yang ada kepada saya dengan kadar segera dalam memberikan keselesaan kepada para pelancong," katanya lagi.
Katanya pihaknya tidak mahu pelancong melalui pengalaman dan situasi sukar ketika melancong ke Semporna dan KePKAS juga perlu memberi perhatian selain meneliti semua kawasan pelancongan sama ada bandar dan tepi pantai serta bekerjasama dengan pihak berkaitan untuk pembersihan dan penambahbaikan.
"Semua pihak termasuk pengusaha resort, restoran, hotel, rumah inap dan pihak berkuasa tempatan perlu mengambil tindakan segera dengan menaik taraf dan menambah baik segala aspek yang berkait rapat dengan pelancongan," katanya.
Sementara itu, Tiong berkata isu berkenaan turut dibangkitkan dalam dalam mesyuarat pasca-Kabinet dan satu pasukan yang diketuai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan akan melawat Sabah pada masa terdekat untuk pemeriksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 17 2023

Menterinya Datuk Seri Tiong King Sing berkata teguran telah dibuat agar tindakan menangani isu berkenaan dilakukan segera, namun keadaan tersebut masih berulang sehingga kini. - Gambar fail/BERNAMA

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Lesen syarikat umrah Hejira Travel and Tours digantung - MOTAC
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen Syarikat Umrah Hejira Travel and Tours Holding Sdn Bhd.

Kes tipu umrah: Pegawai kementerian sudah berkunjung ke pejabat Hejira - Timbalan Menteri MOTAC
Kertas siasatan kes penipuan umrah melibatkan syarikat Hejira Travel & Tours Sdn Bhd telah lengkap.

Tipu umrah: Polis terima 141 laporan libatkan kerugian lebih RM3 juta
Syarikat berkenaan berdaftar dan memperoleh lesen daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk menjalankan aktiviti umrah bermula 2023 hingga Mac 2027.

Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Anwar menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.

TH saran bakal haji furada, mujamalah guna khidmat PJH berlesen
Bakal jemaah haji yang memperoleh visa furada atau visa mujamalah disaran menggunakan perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang telah dilesenkan Tabung Haji (TH).

MOTAC batal lesen Al Quds Umrah & Tours
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membatalkan lesen Syarikat Al Quds Umrah & Tours Sdn Bhd berkuat kuasa 24 Januari lalu.

MOTAC promosi budaya sarapan Malaysia melalui program dianjurkan
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan terus memartabatkan budaya sarapan dan makanan warisan negara melalui program dianjurkan.

Tipu umrah: MOTAC teliti wajibkan syarikat pengendali punyai jaminan bank RM250,000
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang meneliti secara menyeluruh pelaksanaan mewajibkan syarikat pengendali umrah mempunyai jaminan bank sekurang-kurangnya RM250,000.

Tipu umrah: Polis terima 31 laporan termasuk daripada MOTAC
Polis menerima 31 laporan berkaitan kes penipuan umrah membabitkan kerugian RM2.1 juta setakat hari ini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Gagal terbangkan jemaah umrah, pasangan pemilik syarikat pelancongan ditahan
Pasangan suami isteri yang merupakan pemilik sebuah syarikat pelancongan ditahan di Kuala Lumpur 7 malam tadi susulan dakwaan gagal menerbangkan jemaah umrah semalam.