PUTRAJAYA: Data Pengarah Tourism Malaysia di luar negara akan dijadikan panduan dalam mengenal pasti tahap kesediaan negara bagi pembukaan sektor pelancongan antarabangsa, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.
"Ini dapat membantu kita untuk merangka kempen promosi dan pemasaran bagi membolehkan pelancong luar negara menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan apabila sempadan negara dibuka nanti," katanya dalam kenyataan hari ini.
Nancy semalam mengadakan pertemuan secara maya bersama 33 Pengarah Tourism Malaysia dengan sesi perbincangan itu menjurus kepada potensi pembukaan semula aktiviti pelancongan antarabangsa apabila pintu sempadan negara kembali dibuka.
Beliau berkata, data daripada Pengarah Tourism Malaysia itu juga akan membantu Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam merangka mekanisme yang bersesuaian berkaitan urusan kemasukan, faktor kesihatan dan keselamatan, imigresen serta sistem penjejakan data.
"Perkara ini seterusnya akan dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk dipertimbangkan sebelum keputusan membuka semula sempadan negara dibuat," katanya.
Nancy berkata, sesi perbincangannya itu turut membincangkan perkara-perkara berkaitan peraturan kesihatan serta amalan terbaik yang dilaksanakan oleh negara luar.
Antara isu dikemukakan adalah berkaitan tempoh kuarantin semasa ketibaan, pengiktirafan vaksinasi dan prosedur operasi standard (SOP) yang jelas untuk pelancong luar negara, katanya.
Menurut Nancy, industri pelancongan negara terjejas teruk dalam tempoh pandemik dengan anggaran kerugian sebanyak RM135 bilion tahun lepas dan jumlah itu dijangka meningkat kepada RM165 bilion tahun ini.
Sehubungan itu, beliau mahu Tourism Malaysia meningkatkan promosi mengenai keunikan Malaysia di persada dunia seiring dengan tumpuan MOTAC terhadap cadangan pembukaan gelembung pelancongan antarabangsa.
"Bagi mencapai sasaran kemasukan 16 juta pelancong antarabangsa dan pendapatan sekurang-kurangnya RM45 bilion pada 2025, kita perlu bersama-sama berganding bahu dan bekerja sebagai satu pasukan demi mencapai matlamat memulihkan kembali industri ini seiring dengan slogan MOTAC, Coming Back Stronger," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 06 2021
Antara isu dikemukakan adalah berkaitan tempoh kuarantin semasa ketibaan, pengiktirafan vaksinasi dan prosedur operasi standard (SOP) yang jelas untuk pelancong luar negara. - Gambar fail
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
PM berseloroh ambil gaji tahun depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menyatakan beliau akan mengambil gaji bermula tahun hadapan.
11 mangsa ditempatkan di PPS Segamat
Johor menjadi negeri seterusnya dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut.
Amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 November.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit
Penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis Blok A di Gua Musang, Kelantan bergotong-royong membina rumah bangsal di atas bukit sebagai tempat pemindahan sementara ketika musim tengkujuh.
Sektor pengangkutan pemacu utama peluang kerja, pertumbuhan ASEAN - TPM Fadillah
Sektor pengangkutan muncul sebagai pemacu utama penciptaan peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi di rantau ASEAN, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Langkawi bakal diserikan dengan Festival Mahsuri Disember ini
Festival Mahsuri bertujuan menjadikan Langkawi sebagai destinasi utama untuk pengalaman budaya bertaraf dunia.
Premis tentukan daftar masuk dan keluar hotel, pilihan di tangan pengguna - Saarani
Pengunjung boleh memilih premis yang menawarkan waktu daftar masuk dan keluar yang dirasakan lebih berbaloi.
MOTAC akan bincang langkah keselamatan bas persiaran bersama MOT - Tiong
Tiong berkata, beberapa kemalangan jalan raya melibatkan bas persiaran memberi kesan negatif kepada sektor pelancongan.
Festival Makanan Malaysia 2024 tawar hidangan pelbagai rasa, diplomasi budaya ke Brunei
Festival Makanan bertujuan untuk mempromosikan masakan Malaysia kepada masyarakat Brunei dan mengukuhkan diplomasi budaya.
Pelaburan, eksport kukuh pacu pertumbuhan KDNK suku ketiga Malaysia kepada 5.3 peratus
Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.3 peratus pada suku ketiga 2024, didorong oleh aktiviti pelaburan yang kukuh dan peningkatan eksport yang berterusan.
GM Klang sasar enam juta pengunjung sempena Tahun Melawat Selangor 2025
Pelbagai kempen termasuk menerusi media sosial telah dirangka dan akan dilaksanakan mulai bulan ini bagi menarik lebih banyak pelancong.
ITC perkasa konsep pelancongan mesra Muslim, didampingi pemain industri antarabangsa
Ia seiring dengan keterbukaan pelancong terhadap konsep mesra Muslim termasuk dari negara bukan Islam seperti Korea, China, Jepun dan Eropah.
Sabah tarik kehadiran 2.1 juta pelancong dari Januari hingga Ogos
Sabah berjaya menarik kehadiran 2.1 juta pelancong dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Ukraine anggap Malaysia pintu masuk ASEAN bagi kerjasama UAV
Ukraine menganggap Malaysia sebagai pintu masuk bagi memperluas kerjasama dalam segmen pesawat kawalan jauh (UAV) dan dron di rantau ASEAN, kata Timbalan Menteri Ekonomi Ukraine Taras Kachka.