SEPANG: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan melancarkan Pakej Ramadan kepada pelancong Muslim dari luar negara bagi mengetengahkan keunikan sambutan Ramadan di Malaysia.
Timbalan Menteri berkenaan Khairul Firdaus Akbar Khan berkata tawaran pakej yang akan dilancarkan pada 15 Jan ini bertujuan mempromosikan pelbagai aktiviti kerohanian dan keistimewaan sambutan bulan mulia itu oleh rakyat Malaysia.
"Di Malaysia ini apabila kita menyambut Ramadan, pelbagai aktiviti kerohanian dan tradisi kita menyambut Ramadan itu perlu dipromosikan kepada seluruh dunia kerana kedatangan Ramadan itu seakan-akan suatu perayaan yang cukup besar.
"Sebab itu kita ingin beritahu kepada masyarakat di luar sana betapa indah dan uniknya, apabila mereka menyambut bulan Ramadan di negara kita," katanya ketika menyambut ketibaan 35 imam dari 14 wilayah di China, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), di sini, hari ini.
Ketibaan mereka adalah bagi mengikuti Imam Familiarization Trip: Terokai Malaysia Mesra Muslim selama tujuh hari, anjuran Pusat Pelancongan Islam (ITC) dan Persatuan Penggalakan Pelancongan Inbound Cina Malaysia (MICA).
Sebagai duta pelancongan mesra Muslim, kehadiran mereka bertujuan untuk menggamit 30 juta penduduk Islam dari Negera Tembok Besar itu ke Malaysia.
Dalam sesi lawatan yang akan berakhir pada 16 Jan ini, mereka akan dibawa mengunjungi tujuh masjid ikonik dalam negara, beberapa lokasi pelancongan terkenal termasuk dusun durian di Bentong, Pahang.
"Apabila kita berjaya menjemput mereka untuk melawat tarikan pelancongan yang berkaitan seni dan budaya tempatan, ini merupakan petanda baik bagi merealisasikan misi kita agar Malaysia dapat diangkat sebagai destinasi utama pelancong beragama Islam," katanya.
Jelas beliau, demi memastikan agenda itu tercapai, pihaknya menerusi Tourism Malaysia akan menonjolkan kepelbagaian produk unik yang membawa ciri-ciri dan budaya tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 10 2024

Tawaran pakej yang akan dilancarkan bertujuan mempromosi pelbagai aktiviti kerohanian dan keistimewaan sambutan bulan mulia itu oleh rakyat Malaysia. - Gambar hiasan/Bernama

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

MOTAC bakal lancar pakej Ramadan untuk pelancong Muslim luar negara
Tawaran pakej yang akan dilancarkan bertujuan mempromosi pelbagai aktiviti kerohanian dan keistimewaan sambutan bulan mulia itu oleh rakyat Malaysia.