Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menjalankan kajian terhadap cadangan Kerajaan Malaysia dan Singapura untuk mengenakan kadar tol lebih menarik di Lebuhraya Linkedua (LinKedua) terutama pada waktu bukan puncak bagi menggalakkan lebih ramai menggunakan laluan alternatif itu.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata cadangan itu dikemukakan dan dipersetujui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatnya, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong pada sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Kelapan yang berlangsung di Istana, di sini pada Selasa.
Liow berkata cadangan itu merupakan salah satu pendekatan jangka pendek yang ingin diambil oleh kedua-dua kerajaan bagi mengatasi kesesakan di Tambak Johor sementara menunggu projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang dijangka siap pada tahun 2024.
"Kita nak lihat (mungkin) pada waktu bukan puncak, kita boleh kurangkan tol (sekali gus) galakkan orang menggunakan LinKedua dengan harga tol yang lebih rendah kerana pada waktu puncak memang sesak, kadang-kadang dua tiga jam sesak," kata beliau ketika ditemui pemberita di luar sesi minum lewat petang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama masyarakat Malaysia di sebuah hotel di sini pada Selasa.
Liow mengulas kenyataan Najib mengenai kedua-dua negara mempertimbangkan untuk mengkaji semula tol di Laluan Kedua untuk menarik lebih ramai orang menggunakannya sebagai laluan bagi mengurangkan kesesakan di Tambak Johor.
Ketika ditanya mengenai tempoh masa kajian itu, beliau berkata kajian itu mungkin mengambil masa dalam masa enam bulan.
Buat masa ini, Liow masih belum dapat menganggarkan kadar bayaran tol yang akan dikenakan namun menjanjikan ia adalah satu kadar tol yang menarik.
Selain itu, Liow berkata kedua-dua negara juga bersetuju menambah kekerapan perjalanan perkhidmatan kereta api oleh Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) daripada 26 kepada 31 perjalanan sehari dari Johor Bahru ke Woodlands untuk tahun ini, dalam masa dua tiga bulan akan datang.
"Malah, kita cuba untuk meningkatkan jumlahnya menjadi 36 perjalanan sehari tahun hadapan bagi mengurangkan kesesakan di Tambak Johor," katanya.
Buat masa ini, dianggarkan lebih 300,000 pengguna menggunakan Tambak Johor setiap hari.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 16 2018

Buat masa ini, dianggarkan lebih 300,000 pengguna menggunakan Tambak Johor setiap hari. - Gambar fail
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Lebih 400,000 pengunjung meriahkan Pesta Perarakan Chingay Johor Bahru
Pesta perarakan yang dihiasi lebih 85 kenderaan berhias itu mengelilingi bandar raya di sini sejauh kira-kira 7.8 kilometer.

Dua beranak maut: Pengawal keselamatan terkilan tak jenguk kereta mangsa
Seorang pengawal keselamatan meluahkan rasa terkilan tidak menjenguk kereta BMW di mana dua beranak ditemukan maut pada Khamis.

Tender projek LRT Johor Bahru belum dibuka - Loke
Tender untuk projek transit aliran ringan (LRT) Johor Baharu masih belum dibuka lagi.

Polis tahan dua lelaki tempatan dalam insiden kejar-mengejar di Johor
Polis Johor menahan dua lelaki tempatan dalam insiden kejar-mengejar dari jalan Harmonium hingga ke susur keluar pekan Ulu Tiram malam tadi.

Puspakom jalankan siasatan dalaman isu video tular petugas ditampar
Puspakom telah menjalankan siasatan dalaman bagi mengetahui punca kejadian seorang pelanggan menampar petugas pemeriksa kenderaan.

Pasangan 'kekasih gelap' berdepan tali gantung
Pasangan kekasih gelap berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi enam pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, bulan lalu.

Lelaki maut dengan empat kesan tembakan
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, satu pasukan khas dari Jabatan Siasatan Jenayah telah ditubuhkan untuk siasatan secara menyeluruh.

Taktik bungkus dadah guna plastik menyerupai wang kertas tumpas
Polis berjaya menumpaskan sebuah sindiket pengedaran dadah yang menggunakan pembungkus plastik menyerupai wang kertas untuk mengelirukan pihak berkuasa.

Mangsa banjir di Johor kekal 36 orang petang ini
Kesemua mangsa masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Batu Badak di Segamat.

Pembantu stor mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual
Seorang pembantu stor mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun.