BATU PAHAT: Kementerian Pengangkutan (MOT) bercadang melanjutkan tempoh pengecualian pembaharuan cukai jalan kenderaan persendirian selama dua bulan lagi.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata bagaimanapun, pemandu perlu memastikan kenderaan mereka memiliki perlindungan insurans yang sah sebagai persediaan menghadapi kerosakan kenderaan atau kemalangan jalan raya.
"Saya telah berbincang dengan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melakukan persiapan dan meminta melanjutkan lagi tempoh pembaharuan cukai jalan memandangkan masih ada lagi negeri yang mencatatkan kes COVID-19 yang tinggi seperti Kuala Lumpur dan Selangor.
"Pada masa sama, kementerian sedang memikirkan satu cara yang berkesan untuk menyelesaikan secara berfasa kes-kes cukai jalan yang tidak berbayar sekali gus meredakan keadaan (kesesakan di kaunter JPJ) apabila buka nanti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Gotong-Royong Belia bersama Pemimpin Parlimen Ayer Hitam di Parit Raja di sini hari ini.
Pada 29 Jan lepas, Bernama melaporkan MOT mengumumkan pengecualian pembaharuan cukai jalan bermula 1 Feb hingga 31 Mac susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengehadkan operasi di kaunter JPJ.
Wee juga berkata tindakan tegas perlu diambil terhadap mana-mana pegawai dan anggota JPJ yang terlibat dengan rasuah sekali gus membersihkan nama agensi itu.
"Kami tidak akan berkompromi. Kami bukan melindungi sesiapa, biar siasatan dijalankan oleh pihak yang bertanggungjawab dan mereka yang akan menentukan kesahihan sesuatu aduan.
"Kalau benar berlaku, maka kami biarkan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) ambil tindakan," katanya.
Semalam, Timbalan Pengarah JPJ Perlis direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah dan melindungi pemandu lori yang melakukan kesalahan.
Terdahulu, pada majlis itu, Wee yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam menyerahkan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan kepada seorang ibu tunggal lima anak, Zaleha Selamat, 39.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 21 2021
GAMBAR FAIL: Anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melayan orang ramai yang berurusan di kaunter perkhidmatan JPJ negeri di Taman Daya, Johor Bahru. - BERNAMA
Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan
Mahkamah Taiwan memutuskan bahawa seorang lelaki tempatan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh seorang pelajar Malaysia, perlu membayar pampasan.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
MOT terima 243 permohonan program peralihan lesen kelas B
Kementerian Pengangkutan (MOT) telah menerima sebanyak 243 permohonan bagi pendaftaran Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 kepada kelas B (motosikal berkuasa tinggi).
Kos selenggara lapangan terbang di seluruh negara naik 34 peratus - MOT
MOT berkata MAHB telah membelanjakan sebanyak RM546 juta pada 2023 untuk membiayai kos penyelenggaraan bagi memastikan semua lapangan terbang kendaliannya berkeadaan baik.
Aerotrain KLIA dijangka beroperasi semula pada suku pertama 2025
Langkah itu selaras dengan pelan penggantian Aerotrain di Terminal 1, KLIA yang dijadual siap sepenuhnya pada 31 Jan, 2025.
Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT
Keputusan berkenaan juga berasaskan aspek daya maju komersial laluan terbabit.
Fasa kedua projek naik taraf LTSIP dijangka selepas pada Jan 2025 - MOT
Apabila siap sepenuhnya, terminal baharu LTSIP akan dapat menampung kapasiti sehingga empat juta penumpang setahun.
MOTAC, MOT teliti keperluan subsidi diteruskan kepada pengangkutan pelancongan – Fahmi
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Kementerian Pengangkutan akan meneliti keperluan memasukkan kenderaan pengangkutan pelancongan di bawah program SKDS 2.0.
MOT perlu pastikan kontena Israel tidak berlabuh dalam negara - TPM Ahmad Zahid
Kementerian Pengangkutan perlu memastikan tiada mana-mana kontena syarikat perkapalan berpangkalan di Israel berlabuh di pelabuhan negara ini.
MOT pelawa orang ramai beri cadangan RC, VEP di sempadan Malaysia-Thailand
MOT akan menganjurkan satu sesi taklimat kepada pihak-pihak yang berminat untuk membangun sistem dan mengoperasikan pengurusan sistem RCVEP di 8 pintu masuk sempadan Malaysia dengan Thailand.
Program Rakyat: Pengunjung digalak guna pengangkutan awam, elak kesesakan
Pengunjung yang ingin menghadiri Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong, dekat sini digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam yang disediakan Kementerian Pengangkutan.
Kerajaan Persekutuan ambil alih projek LRT Pulau Pinang
Projek pembangunan LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang akan diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan tetapi dengan meletakkan syarat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.