SALAK TINGGI: Kerajaan akan mengumumkan penambahan penerbangan termasuk ke Sabah dan Sarawak sempena Hari Raya Aidilfitri.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, harga tetap untuk penerbangan seperti diumumkan sebelum ini turut dilaksanakan, bersama penambahan penerbangan itu.
Tambah beliau, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) juga telah membentangkan penambahan tersebut dalam Mesyuarat Kabinet pada Rabu.
"Mavcom telah pun melaporkan kepada kementerian dalam mesyuarat 'post cabinet' semalam, banyak penerbangan tambahan telah diluluskan.
"Malaysia Airlines juga akan menggunakan pesawat 'wide body' (pesawat lebih besar) untuk penerbangan balik ke Sabah dan Sarawak.
"Maka, kapasiti penerbangan akan bertambah, kapasiti tempat duduk akan bertambah.
"Apabila kapasiti bertambah, sudah tentu harga purata itu akan menurun. Jadi, itu pendekatan yang kita guna pakai," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Program Tenaga Diperbaharui Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) di sini pada Khamis.
Program itu merupakan Inisiatif Kelestarian dijalankan oleh ERL untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar selaras dengan Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030.
Fasa pertama projek itu melibatkan pemasangan panel solar di atas bumbung Bandar Tasik Selatan dan Stesen Salak Tinggi, serta di Depoh ERL di Salak Tinggi.
Dalam pada itu, Anthony Loke berkata Kementerian Pengangkutan (MOT) menyokong penuh inisiatif memperluas program tenaga diperbaharui di semua operator pengangkutan awam dan pelabuhan di seluruh negara.
Menurutnya, inisiatif itu adalah baik untuk kemampanan dan ia akan diperluaskan ke stesen-stesen pengangkutan awam di seluruh negara.
"Inisiatif ini sesuai dilaksanakan bagi sektor pengangkutan rel kerana banyak bumbung di atas stesen boleh digunakan untuk pasang panel solar.
"Dasar ini akan diperluaskan kepada operator seperti Prasarana, Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dan ada perancangan juga untuk dipasang pada stesen MRT dan LRT untuk di sekitar Lembah Kelang," ujarnya.
Ridauddin Daud
Thu Apr 06 2023

Anthony Loke selepas melancarkan Program Tenaga Diperbaharui Express Rail Link Sdn Bhd (ERL). - Astro AWANI

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

MYAirline tambah 2 penerbangan Kuala Lumpur-Kota Bharu sempena PRN Kelantan
Penambahan tersebut bertujuan mengurangkan kesesakan dan memudahkan perjalanan penumpang.

MOT akan umum penambahan penerbangan sempena Aidilfitri
Harga tetap untuk penerbangan seperti diumumkan sebelum ini turut dilaksanakan, bersama penambahan penerbangan itu.

Batik Air tambah 18 penerbangan harian sempena PRU15
Batik Air yang sebelum ini dikenali sebagai Malindo Air meningkatkan penerbangan tambahan bagi destinasi domestik sempena PRU15.

AirAsia setuju tambah penerbangan dua hala Kuching-Sibu
Syarikat Penerbangan AirAsia Berhad bersetuju untuk meningkatkan jumlah penerbangan bagi laluan dua hala Kuching dan Sibu.