KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang giat membangunkan mekanisme pengumpulan dana khusus bagi penubuhan Malaysia Science Endowment (MSE), dengan sasaran dana RM2 bilion.

Menterinya, Chang Lih Kang berkata, mana-mana syarikat korporat atau individu yang mempunyai kekayaan yang menyumbang kepada dana tersebut akan diiktiraf atas komitmen mereka melaksanakan tanggungjawab korporat sosial.

Selain itu beliau berkata, penyumbang juga mempunyai peluang untuk bersama-sama dengan pihak kerajaan dalam membentuk trajektori yang berorientasikan sains, teknologi, inovasi, dan ekonomi.

“Melalui kolaborasi dengan pakar dan pemegang taruh, kerajaan akan memastikan tadbir urus yang telus serta penggunaan sumber dengan efektif, yang dikukuhkan lagi dengan strategi pelaburan yang berhemah,” katanya lagi.

Lih Kang berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Geran Dr Ranjeet Bhagwan Singh di sini, pada Selasa.

Penubuhan MSE telah diluluskan Parlimen pada 4 Ogos, 2022, dengan Akademi Sains Malaysia sebagai entiti pelaksana di bawah seliaan MOSTI.

Dalam majlis tersebut, Pensyarah Kanan Fakulti Farmasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Fazren Azmi telah dinamakan sebagai penerima geran bagi tahun 2023.



Dr Fazren telah menerima geran berjumlah RM50,000 bagi meneruskan kajian beliau bertajuk – “Bioengineered-Microalgae Oil Droplet as a Production Platform of Advances Immunogenic Protein Particles for Intranasal COVID-19 Nanovaccine Formulation”.

Dr Fazren telah menerima geran berjumlah RM50,000 bagi meneruskan kajian beliau bertajuk – “Bioengineered-Microalgae Oil Droplet as a Production Platform of Advances Immunogenic Protein Particles for Intranasal COVID-19 Nanovaccine Formulation”.

Sejak penubuhannya pada 1997, Tabung Amanah Kesihatan Dr Ranjeet Bhagwan Singh telah membiayai 27 projek kajian dan 11 bengkel teknikal. Ia merupakan inisiatif mendiang Dr Ranjeet Bhagwan Singh, yang telah diiktiraf sebagai seorang dermawan yang bidang perubatan dan sains kesihatan.