PUTRAJAYA:Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini melancarkan Malaysia Grand Challenge (MGC) sebagai usaha menggalakkan aktiviti Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan dan Inovasi (R&D&C&I) negara.
Menterinya Khairy Jamaluddin berkata, sebanyak RM220 juta diperuntukkan untuk lima skim Dana Pembiayaan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di bawah Program Dana Pemacu Teknologi Strategik (PEMACU).
Ia masing-masing membabitkan Dana Penyelidikan Strategik (SRF); Dana Pembangunan Teknologi 1 (TeD1); Dana Pembangunan Teknologi 2 (Ted2); Dana Bridging (BGF); dan Dana Applied Innovation (AIF).
“Dana pembiayaan penyelidikan dan pembangunan ini akan memantapkan ekosistem R&D&C&I dalam negara bagi mencapai sasaran 3.5 peratus Perbelanjaan Dalam Negara Kasar bagi Penyelidikan dan Pembangunan (GERD) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030.
“Dana ini juga akan menyelesaikan isu-isu utama negara meliputi kesihatan, alam sekitar, makanan, akses kepada teknologi dan keselamatan,” katanya ketika melancarkan MGC di bangunan MOSTI, di sini, hari ini.
Ujar Khairy, dana tersebut akan diperluaskan kepada para pemohon dari kalangan syarikat pemula (startups) serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS), melalui agensi-agensi di bawah kementerian.
Menerusi dana tersebut, SRF menawarkan sehingga RM15 juta kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat-syarikat multinasional untuk tempoh 36 bulan bagi produk yang mempunyai tahap kesediaan teknologi (TRL) 3 hingga 9.
Sementara, TeD 1 menawarkan sejumlah RM1 juta dalam tempoh 24 bulan untuk TRL 2 hingga 4.
Manakala, TeD 2 pula sebanyak RM3 juta dalam tempoh 36 bulan bagi trl 4 hingga 7; BGF sebanyak RM4 juta dalam tempoh 36 bulan untuk TRL 7 hingga 9; sementara AIF sebanyak RM500,000 dalam tempoh 12 hingga 18 bulan untuk TRL 2 hingga 4.
Ia disalurkan menerusi agensi kementerian antaranya Cradle Fund Sdn Bhd, Malaysia Technology Development Corporation dan Malaysia Venture Capital Management Berhad.
Turut terlibat dalam pembiayaan dana itu ialah Malaysia Debt Venture, Kumpulan Modal Perdana, NanoMalaysia Bhd serta Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC).
Hasimi Muhamad
Fri Jan 08 2021
![MOSTI lancar Malaysia Grand Challenge, fokus atasi cabaran utama negara MOSTI lancar Malaysia Grand Challenge, fokus atasi cabaran utama negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71610082456_KhairyJamaluddin.jpg)
Khairy berkata, dana tersebut akan diperluaskan kepada pemohon dari kalangan syarikat pemula serta PKS melalui agensi-agensi di bawah kementerian. - Astro AWANI
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699450877_wang.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6695/6735 berbanding dolar US daripada 4.6725/6745 semalam.
![Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini? Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718169354_TBKimPanGon.jpg)
Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Kim Pan-gon dipercayai akan mengadakan sidang akhbar hari ini untuk mengumumkan peletakan jawatannya.
AWANI Ringkas: Syor ambil guru Bahasa Inggeris dari Singapura jadi tumpuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721098519_suspekbunuhNurFar.jpg)
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
KPM teliti cadangan sukarelawan Guru Bahasa Inggeris dari Singapura
Sukarelawan berbentuk hubungan diplomasi yang dibiayai kerajaan Singapura bagi bantu tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid di kawasan miskin bandar dan luar bandar, kata Menteri Pendidikan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Niaga AWANI: [Pasca IPO] Apa hala tuju Johor Plantations Group?
Johor Plantations Group (JPG) memperoleh RM735 juta daripada penyenaraiannya di pasaran utama Bursa Malaysia sejak 9 Julai lalu. Bagaimanakah pelan JPG untuk terus berdaya saing pada masa hadapan?
Impact of cloud complexity on cybersecurity risk and AI's role in this mix
Organizations who are adopting multi-cloud or hybrid cloud environments are having to navigate new complexities that emerge as they expand on cloud. As these cloud environments lead to the expansion of attack surfaces, a global survey conducted by Gigamon found that 93% of IT and security leaders predict cloud security attacks will increase this year.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Julai 2024
Jumlah dagangan meningkat kepada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion daripada 4.58 bilion unit bernilai RM3.72 bilion pada Jumaat.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 16 Julai 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi MYR berbanding SGD.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Julai 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun ringgit merosot, kontrak niaga hadapan Dana Fed menunjukkan bahawa penurunan kadar faedah mungkin akan berlaku pada September depan.
![Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61635915618_economylaptop.jpg)
Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan
Menurut MOF, defisit fiskal pada 2024 diunjur untuk terus berkurang kepada 4.3 peratus KDNK iaitu RM85.4 bilion.
![Thailand sasar rangsang ekonomi dengan peraturan visa pelancong baharu Thailand sasar rangsang ekonomi dengan peraturan visa pelancong baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718177720_thailand.jpg)
Thailand sasar rangsang ekonomi dengan peraturan visa pelancong baharu
Pengecualian visa 60 hari Thailand untuk 93 negara, termasuk Malaysia, bertujuan untuk melonjakkan pelancongan, memudahkan perjalanan dan merangsang ekonomi negara.
![Ringgit ditutup rendah menjelang Mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat Ringgit ditutup rendah menjelang Mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup rendah menjelang Mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US hari ini disebabkan peserta pasaran terus menumpukan kepada prospek penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.
![Industri penjagaan kesihatan Malaysia dijangka sumbang AS$4.19 bilion kepada ekonomi - MATRADE Industri penjagaan kesihatan Malaysia dijangka sumbang AS$4.19 bilion kepada ekonomi - MATRADE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711546941_ReezalMericanNaina.jpg)
Industri penjagaan kesihatan Malaysia dijangka sumbang AS$4.19 bilion kepada ekonomi - MATRADE
Pertumbuhan industri penjagaan kesihatan Malaysia yang mengagumkan telah mengukuhkan kedudukan negara sebagai pemain utama dalam pasaran global.
![Negeri Sembilan fokus sektor pertanian untuk tingkat KDNK Negeri Sembilan fokus sektor pertanian untuk tingkat KDNK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716458170_TBAminuddinHarun.jpg)
Negeri Sembilan fokus sektor pertanian untuk tingkat KDNK
Kerajaan Negeri Sembilan mengambil langkah proaktif dengan memberikan penumpuan kepada sektor pertanian sebagai usaha meningkatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).
![5G: Kerjasama MCMC-MIDA bakal manfaat sektor vertikal, PKS tempatan 5G: Kerjasama MCMC-MIDA bakal manfaat sektor vertikal, PKS tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720100363_pertukaranMemorandu.jpg)
5G: Kerjasama MCMC-MIDA bakal manfaat sektor vertikal, PKS tempatan
MOU itu akan menggerakkan program serta inisiatif dengan memanfaatkan rangkaian 5G dalam sektor vertikal serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
![Sasaran 3,000 kilang pintar dipacu 5G menjelang 2030 bakal sumbang RM36.8 bilion kepada KDNK - Tengku Zafrul Sasaran 3,000 kilang pintar dipacu 5G menjelang 2030 bakal sumbang RM36.8 bilion kepada KDNK - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718953339_TBZAFRUL.jpg)
Sasaran 3,000 kilang pintar dipacu 5G menjelang 2030 bakal sumbang RM36.8 bilion kepada KDNK - Tengku Zafrul
Sasaran kewujudan 3,000 kilang pintar dipacu teknologi 5G menjelang 2030 dijangka menyumbang RM36.8 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.
![Selangor catat purata KDNK 7.43 peratus, langkaui sasaran RS-1 Selangor catat purata KDNK 7.43 peratus, langkaui sasaran RS-1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720085748_TBAmirudinShari.jpg)
Selangor catat purata KDNK 7.43 peratus, langkaui sasaran RS-1
Selangor mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 7.43 peratus bagi tempoh 2021 hingga 2023.
![Terengganu catat KDNK RM38.2 bilion pada 2023 - Ketua Perangkawan Terengganu catat KDNK RM38.2 bilion pada 2023 - Ketua Perangkawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718005586_UzirMahidin.jpg)
Terengganu catat KDNK RM38.2 bilion pada 2023 - Ketua Perangkawan
Terengganu mencatatkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak RM 38.2 bilion pada tahun lepas.
![Peningkatan sumbangan KDNK Selangor bukti keyakinan komuniti perniagaan terhadap kepimpinan kerajaan - Amirudin Peningkatan sumbangan KDNK Selangor bukti keyakinan komuniti perniagaan terhadap kepimpinan kerajaan - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716284352_AmirudinShari.jpg)
Peningkatan sumbangan KDNK Selangor bukti keyakinan komuniti perniagaan terhadap kepimpinan kerajaan - Amirudin
Kejayaan Selangor dalam menerajui sumbangan KDNK negara sebanyak 25.9 peratus, bukti keyakinan komuniti perniagaan serta rakyat terhadap pentadbiran negeri yang selari dengan kerajaan Persekutuan.