KUALA LUMPUR: Kemampuan kerajaan untuk memberi bantuan kepada rakyat bukan isu utama ketika ini.
Sebaliknya, bagaimana dan apa bentuk bantuan yang disalurkan kepada rakyat menjadi persoalan besar.
Ketua Pakar Ekonomi, Bank Islam Malaysia Berhad, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata usaha memelihara ekonomi perlu berterusan terutama dalam membantu individu dan perniagaan yang terjejas akibat impak COVID-19.
"Bukan masalah ruang (nilai ambang) itu sendiri kerana ruang itu memang ada.
"Cuma apa bentuk bantuan yang akan diumumkan dan keberkesanannya. Kemudiannya, berapa cepat bantuan itu sampai ke golongan yang disasarkan.
"Itu merupakan intipati yang perlu ditekankan kerana dari sudut keupayaan atau 'threshold' memang ada, dan dalam kadar yang selesa.
"Keutamaan sekarang adalah dari segi ekonomi, kita nak pastikan ekonomi terutama bagi mereka yang terjejas, golongan PKS itu dipelihara supaya kesan itu dapat diminimumkan sebaik mungkin," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Mengulas berkenaan pelaksanaan moratorium kepada individu dan perniagaan terutama PKS, Mohd Afzanizam berkata, ia masih perlu dilaksanakan.
Bagaimanapun, moratorium itu perlu secara bersasar terutama bagi mereka yang terkesan dan amat memerlukannya.
"Dalam masyarakat kita ini, tak semua terkesan secara 100 peratus kerana kesannya bercampur-campur.
"Bagi mereka yang masih mempunyai pekerjaan terutamanya di sektpor awam, sektor syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau (GLIC) dan sebagainya, gaji mereka masih macam biasa.
"Kalau kita nak bagi moratorium secara automatik atau moratorium secara pukal ini, saya kira itu satu pembaziran," jelasnya.
Harits Asyraf Hasnan
Mon May 24 2021

Usaha memelihara ekonomi perlu berterusan terutama dalam membantu individu dan perniagaan yang terjejas akibat impak COVID-19. - Foto Bernama

322 rakyat Palestin terbunuh atau hilang dalam tempoh 5 jam selepas serangan Israel
Tentera Israel mendakwa mereka menyasarkan serangan ke atas Hamas, manakala Hamas menuduh Israel memungkiri perjanjian gencatan senjata.

Anggota JPJ dipenjara setahun, denda RM80,000 rasuah rakan penguat kuasa
Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dihukum penjara setahun dan denda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas lapan pertuduhan memberi rasuah, enam tahun lepas.

Kuih bongkol, juadah utama berbuka puasa di Sarawak
Kuih bongkol dibungkus dengan daun pisang sebelum dikukus untuk memberikan aroma semula jadi yang menambat selera.

Polis bongkar makmal dadah, rampas RM14.46 juta
Polis turut berjaya membongkar sebuah kilang yang dijadikan tempat penyimpanan pelbagai bahan dan peralatan memproses dadah di sebuah kawasan perindustrian.

Korea Utara kecam serangan baharu AS di Yaman
Korea Utara mengecam serangan terbaharu Amerika Syarikat ke atas Yaman serta menyifatkan tindakan itu melanggar undang-undang antarabangsa dan kedaulatan sesebuah negara.
Anggota JPJ lindungi syarikat lori dipenjara setahun, denda RM80,000
Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan membri rasuah kepada anggota lain bagi melindungi kesalahan pengusaha lori, enam tahun lalu.

Amaran hujan berterusan di Sarawak, Pahang, Johor dan Sabah
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca, dan talian hotline 1-300-22-1638.
[TERKINI] Polis akan rujuk kertas siasatan insiden tampar kepada pendakwa raya sebelum Jumaat ini
Polis akan merujuk kertas siasatan berhubung insiden seorang warga emas menampar pemuda bukan Islam ketika sedang makan di sebuah kedai serbaneka di sebuah pusat membeli belah kepada Timbalan Pendakwa Raya sebelum Jumaat ini.
[TERKINI] Penuntut universiti direman enam hari tikam bekas kekasih
Seorang remaja lelaki direman enam hari bagi membantu siasatan kes mencederakan seorang penuntut perempuan sebuah universiti.

Google lancar SpeciesNet – Model AI untuk kenal pasti spesies haiwan liar
Sebanyak 65 juta gambar haiwan liar sumber terbuka digunakan Google untuk melatih SpeciesNet.

Bank Dunia gesa Malaysia teruskan bantuan pendapatan untuk enam bulan lagi
Kerajaan perlu meneruskan langkah-langkah bantuan pendapatan sedia ada yang melibatkan golongan sasar seperti kumpulan miskin dan rentan bagi tempoh sekurang-kurangnya enam bulan lagi.

PEMULIH redakan kegelisahan isi rumah dan PKS - Pakar ekonomi
Kerajaan mendengar rintihan dan desakan pelbagai pihak terutamanya dalam memberikan bantuan moratorium menyeluruh kepada rakyat Malaysia walaupun kedudukan suntikan fiskal negara terhad.

Moratorium perlu bersasar, jika tidak ia pembaziran - Pakar Ekonomi
Usaha memelihara ekonomi perlu berterusan terutama dalam membantu individu dan perniagaan yang terjejas akibat impak COVID-19.