KUALA LUMPUR: Sebanyak 24,283 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) siap siaga menghadapi musim Monsun Timur Laut dijangka berlaku pada November ini hingga Mac 2024.
Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Datuk Ahmad Irzam Osman berkata kesiapsiagaan anggota melibatkan latihan pengukuhan pengendalian bot, latihan pasukan penyelamat di air dan kemahiran Swift Water Rescue.
''Selain itu, pemeriksaan aset seperti bot penyelamat dan peralatan marin turut dilakukan bagi memastikan aset berada dalam keadaan baik.
"Cuti bagi anggota juga akan dibekukan mengikut keperluan dan waktu bekerja giliran pegawai dan anggota akan ditukar daripada 12 jam kepada 24 jam bergantung kepada keadaan semasa bagi memastikan keanggotaan operasi di lapangan mencukupi," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Ahmad Izram berkata JBPM sebelum ini telah mengenal pasti 4,795 lokasi berisiko banjir di seluruh negara dengan Sarawak mencatatkan bilangan kawasan tertinggi iaitu 1,034 lokasi diikuti Kelantan (595), Pahang (554), Sabah (520), Johor (432), Selangor (307).
Selain itu, sebanyak 281 lokasi dikenal pasti di Pulau Pinang, Perak (265), Terengganu (262), Kedah (228), Melaka (124), Negeri Sembilan (92), Kuala Lumpur (35) dan Wilayah Persekutuan Labuan (18).
Sementara itu, Pengarah JBPM Pahang, Datuk Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata hanya 20 peratus daripada 900 anggota di negeri itu dibenarkan untuk mengambil cuti bergantung kepada situasi semasa bagi menghadapi fasa Monsun Timur Laut.
"Pada dasarnya aset di Pahang mencukupi dan jika berlaku banjir besar contohnya pada 2020 dan 2021, kita akan menggunakan aset dari negeri lain yang tidak terjejas dengan banjir," katanya.
Selain itu, Penolong Pengarah Operasi JBPM Kelantan Mohd Wildan Azhari berkata 1,250 anggota berada dalam keadaan siap siaga dan tindakan membekukan cuti akan dilaksanakan sekiranya berlaku situasi banjir luar biasa pada musim tengkujuh kali ini.
''Setakat ini aset di Kelantan mencukupi dan berada dalam keadaan baik bagi membantu misi menyelamat...kita ada 11 lori lima tan, 60 bot pelbagai jenis seperti fiber dan aluminium dan 40 kenderaan pacuan empat roda," katanya.
Mohd Wildan turut menasihati orang ramai untuk sentiasa peka dan bersiap sedia menghadapi fasa peralihan monsun dengan mengetahui lokasi pusat pemindahan sementara (PPS) sekiranya berlaku kecemasan dan dokumen penting berada dalam keadaan selamat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 04 2023
![Monsun Timur Laut: Lebih 20,000 anggota bomba bersiap sedia Monsun Timur Laut: Lebih 20,000 anggota bomba bersiap sedia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696397405_BANJIR.jpg)
JBPM mengenal pasti 4,795 lokasi berisiko banjir di seluruh negara dengan Sarawak mencatatkan bilangan kawasan tertinggi iaitu 1,034 lokasi diikuti Kelantan (595) dan Pahang (554). - Gambar fail
Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM
Adik kepada kanak-kanak autistik Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin masih dalam jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.
Genap 10 tahun lalu, dunia masih menunggu keadilan untuk MH17
Tarikh 17 Julai, 2024, menandakan genap 10 tahun sejak tragedi melibatkan pesawat Malaysia Airlines MH17, yang telah mengorbankan 298 nyawa, dengan 42 daripadanya adalah rakyat Malaysia.
KPDN Kelantan rampas 744 kg gula pasir kasar
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas sebanyak 744 kilogram (kg) gula pasir kasar di dalam dua buah kereta ketika cuba diseludup ke Thailand, semalam.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 17 Julai 2024.
Tumpuan Khamis – 18 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Operasi penerbangan Thai AirAsia X berpindah ke Lapangan Terbang Don Mueang mulai 1 Okt 2024 Operasi penerbangan Thai AirAsia X berpindah ke Lapangan Terbang Don Mueang mulai 1 Okt 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721232628_TBAIRASIA.jpg)
Operasi penerbangan Thai AirAsia X berpindah ke Lapangan Terbang Don Mueang mulai 1 Okt 2024
Pengoperasian semula syarikat penerbangan itu ke Lapangan Terbang Don Mueang disifatkan sebagai 'homecoming' (sirih pulang ke gagang).
![Mahkamah Rayuan kekal keputusan lucut hak aset milik bekas Exco Johor dan lapan lagi Mahkamah Rayuan kekal keputusan lucut hak aset milik bekas Exco Johor dan lapan lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659856762_AbdulLatifBandi.jpg)
Mahkamah Rayuan kekal keputusan lucut hak aset milik bekas Exco Johor dan lapan lagi
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan pendakwaan melucut hak aset bernilai lebih RM3.2 juta milik bekas exco Johor Datuk Abdul Latif Bandi dan lapan lagi.
10 Berita Pilihan - (17 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Mekanisme penyasaran subsidi RON95 guna data PADU sepenuhnya - Kementerian Ekonomi Mekanisme penyasaran subsidi RON95 guna data PADU sepenuhnya - Kementerian Ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708753549_PADU.jpg)
Mekanisme penyasaran subsidi RON95 guna data PADU sepenuhnya - Kementerian Ekonomi
Menurut kementerian itu, sistem PADU adalah repositori data individu serta isi rumah warganegara dan pemastautin tetap yang berada di Malaysia.
![Banjir: 2,095 petani sektor tanaman agromakanan terjejas Banjir: 2,095 petani sektor tanaman agromakanan terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705762613_ArthurJosephKurup.jpg)
Banjir: 2,095 petani sektor tanaman agromakanan terjejas
Sejumlah 2,095 petani sektor tanaman agromakanan di seluruh negara terjejas akibat banjir pada Monsun Timur Laut (MTL) setakat ini, melibatkan kawasan yang dianggarkan seluas 4,701 hektar.
![Menjinak ombak ganas Pantai Kemasin Menjinak ombak ganas Pantai Kemasin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704948077_TBsurfingjpg.jpg)
Menjinak ombak ganas Pantai Kemasin
Pantai Kemasin yang menghadap Laut China Selatan antara lokasi terbaik di Kelantan untuk mencabar keberanian bermain papan luncur air.
![Jumlah mangsa banjir di Pahang, Johor menurun, Kelantan kekal Jumlah mangsa banjir di Pahang, Johor menurun, Kelantan kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41704173587_PPSKubangPasu.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Pahang, Johor menurun, Kelantan kekal
Jumlah mangsa banjir di tiga negeri berkurangan kepada 71 orang di empat pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 12 tengah hari ini, berbanding 80 orang di empat PPS pagi tadi.
![Anwar tinjau banjir di Kelantan esok Anwar tinjau banjir di Kelantan esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703666187_TBbanjirkelantan.jpg)
Anwar tinjau banjir di Kelantan esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turun ke Kelantan esok bagi meninjau sendiri situasi banjir yang melanda negeri itu ketika ini.
![Lima sungai di Pahang termasuk di Cameron Highlands rekod paras waspada Lima sungai di Pahang termasuk di Cameron Highlands rekod paras waspada](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703390953_TBparassungai.jpg)
Lima sungai di Pahang termasuk di Cameron Highlands rekod paras waspada
Paras air lima sungai di empat daerah di Pahang dilapor melepasi paras waspada setakat jam 9 pagi, Ahad.
![Tiga sungai utama melimpah, Kelantan dijangka dilanda banjir lagi Tiga sungai utama melimpah, Kelantan dijangka dilanda banjir lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703325940_KelantanBanjir.jpg)
Tiga sungai utama melimpah, Kelantan dijangka dilanda banjir lagi
Penduduk yang tinggal di sepanjang tiga sungai utama di negeri ini dijangka dilanda banjir bermula jam 2 pagi pada Isnin ini.
![APMM bantu pindah enam pelancong terkandas di Pulau Rawa APMM bantu pindah enam pelancong terkandas di Pulau Rawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703151518_Enampelancongterka.jpg)
APMM bantu pindah enam pelancong terkandas di Pulau Rawa
Bot ronda PERKASA 31 yang sedang dalam rutin Op JAKSA, diarahkan ke lokasi berkenaan selepas menerima aduan daripada pengusaha resort pulau itu.
![Kerajaan peruntuk RM35.8 juta kepada JKM hadapi Monsun Timur Laut 2023/2024 Kerajaan peruntuk RM35.8 juta kepada JKM hadapi Monsun Timur Laut 2023/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700383020_TBNANCY.jpg)
Kerajaan peruntuk RM35.8 juta kepada JKM hadapi Monsun Timur Laut 2023/2024
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM35.8 juta kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menghadapi bencana pada tahun 2023 dan 2024.
![JKNK tugaskan 1,086 anggota hadapi banjir gelombang kedua JKNK tugaskan 1,086 anggota hadapi banjir gelombang kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-11/41511951402_banjirkelantan.jpg)
JKNK tugaskan 1,086 anggota hadapi banjir gelombang kedua
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menugaskan 1,086 anggota sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) yang kini memasuki gelombang kedua.
![Kelantan, Terengganu, Selangor kembali banjir, Perak pulih Kelantan, Terengganu, Selangor kembali banjir, Perak pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702546425_BanjirKampungPasi.jpg)
Kelantan, Terengganu, Selangor kembali banjir, Perak pulih
Tiga negeri kembali dilanda banjir apabila beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kelantan, Terengganu dan Selangor.