TANJONG KARANG: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan membekalkan 60,000 kit makanan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk diedarkan kepada mangsa terlibat bencana khususnya banjir di seluruh negara.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Chan Foong Hin berkata daripada jumlah itu 40,000 daripadanya perlu disediakan sebagai stok fasa pertama sebelum akhir tahun ini sebagai persediaan menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL).
"Ini merupakan persiapan tahunan bagi menghadapi bencana banjir Monsun Timur Laut. Kit makanan ini sebagai bantuan awal kepada setiap keluarga mangsa bencana melibatkan keperluan asas dan produk sedia dimakan yang dibekalkan oleh usahawan-usahawan tempatan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perlepasan Pengedaran Kit Makanan MTL Bagi tahun 2023/2024 di Pusat Memproses Makanan FAMA di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi FAMA Aminuddin Zulkipli, Ketua Pengarah FAMA Abdul Rashid Bahri, Ketua Pengarah NADMA Datuk Khairul Shahril Idrus dan Pengarah APM Selangor Penolong Pesuruhjaya (Pertahanan Awam) Ghazali Abd Rahman.
Chan berkata setakat ini FAMA telah berjaya membekalkan 295,214 kit makanan kepada NADMA sejak 2015 dengan setiap kit makanan itu mengandungi 12 produk makanan antaranya beras, garam, gula, susu pekat, kopi, kicap manis, bihun dan makanan sedia dimakan.
Sementara itu, Khairul Shahril berkata jumlah kit makanan yang disediakan dengan kerjasama FAMA itu akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan dengan harapan dapat meringankan beban mangsa bencana.
Mengulas mengenai persediaan menghadapi bencana termasuk banjir, beliau berkata pihaknya pada tahun ini berada di tahap kesiapsiagaan tertinggi dan bersedia dengan sebarang kemungkinan.
"Antara persediaan dilakukan termasuklah dari segi logistik, dari segi kesihatan, penyelarasan badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan. Kami telah membuat persediaan sepanjang tahun seperti latihan awal dan ia bukan tertumpu semasa monsun semata-mata.
"Kami juga telah bersedia dengan 8,000 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara yang terdiri daripada sekolah dan dewan-dewan masyarakat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 15 2023

Foong Hin (kanan) ditemui selepas Majlis Perlepasan Pengedaran Kit Makanan MTL Bagi tahun 2023/2024 di Pusat Memproses Makanan FAMA di sini hari ini. - Foto Sinar Harian

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Tiada kawalan harga sementara telur dan ayam, pastikan keterjaminan bekalan di pasaran - Chan
Bekalan ayam dan telur kembali stabil dan harga pasaran semasa kini adalah lebih rendah, maka kawalan harga siling sebenarnya tidak lagi relevan.

Pemilikan Saham: Sepina sudah dihantar kepada Azam Baki - Chan Foong Hin
Chan Foong Hin berkata, mereka telah diberitahu bahawa surat itu ditulis oleh Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin.

Kenyataan Anwar mungkin beri impak di kerusi PKR - Foong Hin
Ahli Parlimen Kota Kinabalu itu bagaimanapun berkata, pengumuman itu mungkin akan beri kesan di kerusi kawasan bandar.

PSS: Langkah permulaan bersihkan daftar pemilih di Sabah - Ahli Parlimen Kota Kinabalu
PSS dikeluarkan bagi meningkatkan penguatkuasaan sekali gus memastikan rekod warga asing di Sabah berpusat serta diseragamkan.