KUALA LUMPUR: Keadaan hujan lebat yang melanda Kelantan dan Terengganu, diramal beralih ke Pahang, Johor dan juga ke kawasan barat Sarawak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata data terkini diperoleh daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menyatakan luruan kedua Monsun Timur Laut 2022/2023 yang sebelum ini bermula pada 17 hingga 21 Dis, akan berlarutan sehingga 25 Dis.
"Sehubungan itu, kerajaan telah meminta supaya jawatankuasa pengurusan bencana negeri (JBPN) dan daerah-daerah khususnya di kawasan hotspot bagi ketiga-tiga negeri ini, meningkatkan tahap kesiapsiagaan mereka," katanya selepas sesi Penyerahan Sumbangan Felda Global Ventures (FGV) kepada Tabung Bantuan Bencana Negara (TBBN).
Replika cek bantuan RM5 juta itu disampaikan oleh Pengerusi FGV Datuk Zulkifli Wahab kepada Armizan di Bangunan Parlimen, di sini hari ini.
Pada masa sama, JBPN turut diminta berhati-hati dengan kesan pascahujan iaitu keadaan pergerakan tanah yang boleh membawa risiko tanah runtuh, khususnya di kawasan berdekatan lerengan bukit pada kadar 25 darjah.
Mengulas tentang keadaan banjir yang melanda negara ketika ini, beliau berkata ia masih pada tahap dua dan dalam keadaan terkawal dengan kawal selia masih di peringkat jawatankuasa pengurusan bencana negeri masing-masing.
Katanya, sehingga 2 petang tadi, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 67,214 mangsa daripada 18,450 keluarga yang ditempatkan di 469 pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan 20 daerah di lima buah negeri.
Armizan berkata secara kumulatif, sejak MTL melanda negara pada awal November, sejumlah 25,635 keluarga ditempatkan di PPS melibatkan 92,157 mangsa di 11 negeri.
Menurut beliau, kerajaan juga mula mengaktifkan pusat kawalan operasi banjir (PKOB) yang diselaraskan Pusat Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) melibatkan pelbagai agensi dan beroperasi 24 jam.
"Tujuannya adalah selain daripada menerima laporan, memantau keadaan banjir di seluruh negeri, PKOB di peringkat pusat juga akan ambil tindakan intervensi seperti di Pasir Mas, Pasir Puteh dan Rantau Panjang di Kelantan," katanya.
Sementara itu, katanya kerajaan amat mengalu-alukan sebarang sumbangan daripada pihak korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak persendirian yang boleh disampaikan kepada kerajaan atau secara terus kepada pihak terlibat.
"Di peringkat pusat, bantuan boleh disampaikan kepada pihak Nadma dan jika bantuan hendak disampaikan secara langsung di negeri atau daerah terlibat, kita menyarankan mereka menghubungi Jawatankuasa Bencana Daerah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 20 2022
![Monsun: Hujan lebat dijangka beralih ke Pahang, Johor dan barat Sarawak Monsun: Hujan lebat dijangka beralih ke Pahang, Johor dan barat Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71671531639_TBARMIZAN.jpg)
Armizan ketika sidang media selepas menerima replika cek sumbangan bernilai RM5 juta daripada Pengerusi FGV Holdings Bhd (FGV) di Pusat Media Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Ruang istirahat Gate G6 Terminal 1 KLIA ditutup sementara akibat bocor susulan hujan lebat - MAHB Ruang istirahat Gate G6 Terminal 1 KLIA ditutup sementara akibat bocor susulan hujan lebat - MAHB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720587093_MasyarakatTionghua.jpg)
Ruang istirahat Gate G6 Terminal 1 KLIA ditutup sementara akibat bocor susulan hujan lebat - MAHB
Siling ruang istirahat Gate G6 di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengalami sedikit kebocoran pagi ini.
![6 maut, 4 cedera, 26 lagi hilang runtuhan lombong emas 6 maut, 4 cedera, 26 lagi hilang runtuhan lombong emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720409323_tambangemas.jpg)
6 maut, 4 cedera, 26 lagi hilang runtuhan lombong emas
Hujan lebat sejak Sabtu mendorong pihak berkuasa tempatan, termasuk pasukan Basarnas dikerahkan segera ke kampung Tulabolo.
![Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720314538_Flood.jpg)
Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh
Keadaan banjir mungkin bertambah buruk di bahagian utara negara itu dalam beberapa hari akan datang.
![19 maut dipanah petir di Bihar, India 19 maut dipanah petir di Bihar, India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720275747_Lightning.jpg)
19 maut dipanah petir di Bihar, India
Hujan lebat dan ribut petir disertai panahan petir melanda negeri itu dalam tempoh 24 jam yang lepas, menjejaskan 10 daerah.
![Hujan lebat di China semakin memburuk Hujan lebat di China semakin memburuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720230373_FloadHebei.jpg)
Hujan lebat di China semakin memburuk
Sebuah jalan di daerah Badong terputus akibat hujan lebat yang melanda Hubei, yang terletak di tengah China.
![Kerajaan Sabah ambil langkah kurangkan kesan banjir Kerajaan Sabah ambil langkah kurangkan kesan banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711105500_TBkitingan.jpg)
Kerajaan Sabah ambil langkah kurangkan kesan banjir
Kerajaan Sabah mengambil langkah jangka pendek dan panjang untuk mengurangkan kesan segera dan mengelakkan kerosakan lebih teruk akibat banjir yang sedang melanda negeri itu.
![Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719911403_TBbanjirSabah.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat
Kesemua mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan empat daerah.
![Banjir kini landa Kota Kinabalu Banjir kini landa Kota Kinabalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719789801_banjir.jpg)
Banjir kini landa Kota Kinabalu
Anggota APM daerah Kota Kinabalu telah digerakkan sehingga awal pagi ini untuk membantu menyelamatkan mangsa.
![Penampang, Sipitang dilanda banjir kilat Penampang, Sipitang dilanda banjir kilat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719746593_Sabahbanjir.jpg)
Penampang, Sipitang dilanda banjir kilat
Daerah Penampang dan Sipitang di negeri ini dilanda banjir kilat akibat hujan lebat yang berterusan sejak, petang tadi.
![Banjir kilat: Sebuah PPS dibuka di Alor Gajah Banjir kilat: Sebuah PPS dibuka di Alor Gajah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709354557_PusatPenempatanSem.jpg)
Banjir kilat: Sebuah PPS dibuka di Alor Gajah
PPS di Balai Raya Bukit Balai dibuka pada 11.30 malam tadi, menempatkan mangsa dari Kampung Bukit Balai dan Kampung Bukit Tambun.