Monorail RapidKL hari ini sekali lagi terkandas menyebabkan lebih seratus penumpang terperangkap lebih satu jam.
Kejadian berlaku kira-kira 6.30 petang kira-kira 100 meter dari stesen Chow Kit berhampiran Jalan Raja Laut.
Kejadian dikatakan berpunca daripada tayar keretapi yang pancit.
Sejurus menerima aduan, Jabatan bomba dan penyelamat telah dipanggil ke tempat kejadian di mana mereka telah menyelamatkan 20 daripada 169 penumpang.
"Apabila kami sampai, kami berjaya memindahkan 20 mangsa," kata ketua stesen Titiwangsa Timbalan Penguatkuasa Roslan Mohd Sidek.
“Kami kemudian membantu untuk memindahkan penumpang apabila RapidKL menyusul dengan tren bantuan," katanya lagi.
Sementara itu, jurucakap Prasarana Negara Berhad, Azhar Ghazali, berkata bahawa tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
"Salah satu daripada tayar getah keretapi pancit, ia tidak dapat bergerak dan kami terpaksa menghentikannya," katanya.
Beliau berkata keretapi bantuan telah dihantar ke tempat kejadian dan disambung dengan keretapi terkandas tersebut.
"Para penumpang kemudian berpindah ke keretapi lain yang telah menghantar mereka ke stesen terdekat," katanya.
RapidKL kini sedang berusaha meneruskan operasi.
Ini bukan kali pertama perkhidmatan monorail gagal berfungsi.
Pada Ogos 17, 2012, perkhidmatan monorail terganggu selama sejam di sepanjang stesen Imbi Bukit Bintang.
Lima hari sebelum itu, insiden lain pulak berlaku di hadapan Siew Dor Flat di Brickfields.
Dalam kejadian itu, sistem penghawa dingin dalam keretapi gagal dan menyebabkan panik di kalangan penumpang sehingga ada yang memecahkan tingkap kaca.
Turut dilaporkan seorang wanita hamil pengsan, manakala dua yang lain mengalami luka terkena kaca yang pecah.
Teoh El Sen
Tue Jan 29 2013
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Polis giat cari warga amerika yang disyaki diculik
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat melancarkan pencarian seorang warga Amerika Syarikat yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Singapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan berkata pelajar yang radikal diri itu merupakan penyokong tegar kumpulan Daesh, juga merancang pergi ke Syria, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
Pasukan pengaman disasar secara sengaja - Jurucakap UNIFIL
Jurucakap itu berkata kedudukan mereka telah berulang kali diserang di Lubnan, sekali gus meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.
Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang itu dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Empat lelaki didakwa rompak jongkong emas RM710,000
Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Jumaat, atas pertuduhan merompak jongkong emak bernilai RM710,000, awal bulan lalu.
Tiga penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di LPT2
Tiga lelaki dipercayai peserta program EX5 Members 4.0 maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Kemaman hari ini.
Jokowi disambut persis 'rock star' di Chow Kit
Presiden Indonesia, Joko Widodo menerima sambutan luar biasa di lawatan santai ke Pasar Chow Kit pada hari ini.
Lebih 2,000 sambut Jokowi, Anwar di Pasar Chow Kit
Presiden Indonesia, Joko Widodo menerima sambutan luar biasa ketika lawatan santai ke Pasar Chow Kit pada hari ini.
31 penjaja guna siar kaki pasar raya, berniaga tanpa lesen
Aktiviti penjajaan di kawasan itu bermula apabila penjaja dalam bangunan pasar raya berkenaan terpaksa keluar bagi memberi ruang kerja baik pulih dijalankan.
Polis siasat kekecohan di Pasar Raja Bot, Chow Kit
Polis Daerah Dang Wangi mengesan video tular yang dipercayai dimuat naik oleh seorang individu di TikTok.
Pusat judi dalam talian baru enam hari beroperasi diserbu
Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menahan kesemua individu berusia 32 hingga 42 tahun dalam serbuan tersebut.
Tidak sangka esok raya, rakyat serbu pasar raya beli kelengkapan Aidilfitri saat akhir
Tidak menyangka tarikh Hari Raya Aidilfitri jatuh pada esok (2 Mei), orang ramai malam ini berpusu-pusu membuat persiapan akhir bagi menyambut Syawal apatah lagi selepas dua tahun tidak meraikannya se
'Kami pun terhimpit, harga sayur dan ayam dari pembekal mahal' - Peniaga
Susulan isu kenaikan harga barangan yang membawa kepada rungutan rata rata masyarakat di seluruh negara.
Polis kesan sekumpulan lelaki berkaitan video pukul di kedai vape Chow Kit
Polis sedang mengesan sekumpulan lelaki berhubung yang tular dalam sebuah video berkenaan kes pukul dua mangsa pada 29 April lalu.
Prebet Adam meninggal dunia
Adam menghembus nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.
Laman Ngaji Chow Kit tarik gelandangan dekati al-Quran
Mereka juga seperti insan lain mahu menjalani kehidupan yang normal, keluarga yang sempurna dan kesempatan mendalami agama sebagai bekalan di negara abadi nanti.