KUALA LUMPUR: Apabila disebut gelandangan, pasti kotak fikiran kita tidak dapat lari daripada membayangkan kelompok masyarakat yang hidup merempat dan tersisih di kaki-kaki lima dek pelbagai faktor yang menghimpit dan mendesak terutamanya yang hidup di bandar besar.
Namun, jauh di sudut hati golongan yang disisih kerana kemiskinan, masalah dadah dan sosial ini, mereka juga seperti insan lain mahu menjalani kehidupan yang normal, keluarga yang sempurna dan kesempatan mendalami agama sebagai bekalan di negara abadi nanti.
Mujurlah di sebalik hiruk-pikuk kota ini, masih ada insan yang prihatin tentang nasib golongan ini dengan menyediakan 'Laman Ngaji' di sebuah premis dikenali sebagai Warung Makan Sahabat di Chow Kit di sini, yang bukan sahaja menjadi tumpuan untuk mendapatkan makanan secara percuma, tetapi juga tempat untuk mendalami asas agama khususnya pengajian al-Quran dan fardu ain.
Menerusi program yang diadakan dua kali seminggu setiap Rabu dan Khamis, golongan yang sebelum ini dianggap tercicir dan telah hilang harapan itu diberi peluang untuk kembali pulih supaya mereka dapat menjalani kehidupan seperti masyarakat lain.
Menurut Pengurus Warung Makan Sahabat Wan Kamariah Daud, 69, atau lebih mesra dipanggil Mak Wan berkata idea untuk mewujudkan kelas mengaji tercetus pada 2017 semasa dia bersama Ustaz Muhamad Syafiq Husni Zain, 36, melakukan aktiviti solat berjemaah bersama gelandangan di ruang letak kereta selepas agihan makanan percuma diadakan.
"Apabila kita tanya apa lagi keperluan diperlukan, mereka memaklumkan hendak belajar al-Quran dan fardu ain. Mereka malu hendak ke masjid kerana sudah tua dan pakaian pula kotor, tetapi hati mereka sebenarnya dahagakan ilmu agama dan mahu mendekatkan diri dengan tuhan," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Bertitik tolak daripada detik itu, Mak Wan pada mulanya menjadikan rumahnya sebagai tempat kelas mengaji, namun apabila semakin mendapat sambutan, mereka mewujudkan Warung Makan Sahabat di sebuah premis di Chow Kit November tahun lepas, yang disewa untuk mengagihkan makanan secara percuma selain dijadikan tempat belajar al-Quran yang lebih selesa.
Mak Wan yang pernah beberapa kali masuk ke pusat pemulihan dadah berkata sehingga kini, Warung Makan Sahabat miliknya itu tidak menang tangan dalam menguruskan program Laman Ngaji itu walaupun ia hanya diadakan dua kali seminggu.
Walaupun pada mulanya program itu difokuskan kepada gelandangan, namun ia juga mendapat sambutan daripada keluarga fakir miskin dan mualaf termasuk kanak-kanak dari kawasan sekitar untuk mendalami ilmu agama.
"Selepas waktu maghrib, kita bentangkan tikar dan sejadah untuk memberi peluang kepada mereka datang solat berjemaah dan pelajari bacaan al-Quran. Walapun kehadiran tidak ramai dan ada yang tidak konsisten, namun perubahan dapat dilihat.
"Daripada tidak tahu baca al-Fatihah, mereka sudah boleh membaca dengan betul, daripada tidak kenal huruf al-Quran, mereka sudah mula boleh baca Iqra," katanya yang lebih lima dekad bermaustatin di ibu kota selepas berpindah dari Kelantan pada tahun 1967.
Sementara itu, bagi Muhamad Syafiq yang bertugas sebagai tenaga pengajarnya, tugas itu dilakukan secara percuma kerana mengambil tanggungjawab berdakwah untuk mengajak golongan dipinggirkan itu melakukan amal soleh.
Antara yang dilakukannya ialah menyemak bacaan al-Quran setiap peserta, membaiki aspek bersolat dan juga perkara asas lain dalam agama seperti mandi hadas, puasa yang dilakukan secara praktikal dan teori.
"Dulu kita mengajak mereka solat tepi jalan dengan tempat berubah-ubah dan orangnya (gelandangan) pun bertukar-tukar, jadi kita tak dapat bina 'trust' dengan mereka sebab mereka juga jarang berjumpa.
"Jadi apabila kita mempunyai satu premis tetap, mereka pun dah kenal, dah mula bersembang dengan kita, dari situlah ada keyakinan dan memudahkan kita menarik mereka mendekati al-Quran dan agama," katanya.
Sementara itu, bagi seorang peserta Laman Ngaji, Mohd Farizz Shah Mohd Zulfakar, 36, dia bersyukur kerana masih ada pihak yang sudi membimbing bagi membuktikan mereka boleh kembali ke pangkal jalan.
"Saya tiada rasa segan kerana aktiviti seperti ini dapat menyatukan komuniti Islam seperti kami dan diharap ia dapat memberi keyakinan dan semangat kembali kepada kami untuk tidak melakukan kesilapan sama yang berulang," katanya yang masih dalam proses pemulihan penagihan dadah.
Seorang mualaf Mohamad Keong, 66, pula berkata Laman Ngaji yang diadakan itu memberi pilihan lain kepada dirinya selain menerima bimbingan agama daripada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Jalan Ipoh, di sini.
"Dekat sini kami diajar dalam kumpulan kecil dan itu sudah banyak membantu untuk saya lebih cepat mengenali dan melancarkan bacaan al-Quran saya," katanya yang baru setahun memeluk agama Islam.
Dalam pada itu, pencetus kepada program itu, Datuk Budiman Mohd Zuhdi berkata beliau bercadang untuk menambah jumlah tenaga pengajar pada masa akan datang bergantung kepada pertambahan jumlah peserta.
"Modul Laman Ngaji di Chow Kit ini sama dengan apa yang pernah saya usahakan di Sungai Besar, Selangor ketika saya menjadi ahli Parlimen di kawasan itu. Jadi dalam melaksanakan program ini ia melibatkan kos operasi, utiliti dan bahan bacaan kepada peserta.
"Jadi untuk menampung perbelanjaan tersebut, saya amat mengalu-alukan mana-mana pihak yang berminat untuk sama-sama membantu dari sudut kewangan bagi meneruskan kelangsungan program ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 06 2021

Walaupun pada mulanya program itu difokuskan kepada gelandangan, namun ia juga mendapat sambutan daripada keluarga fakir miskin dan mualaf.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Laman Ngaji Chow Kit tarik gelandangan dekati al-Quran
Mereka juga seperti insan lain mahu menjalani kehidupan yang normal, keluarga yang sempurna dan kesempatan mendalami agama sebagai bekalan di negara abadi nanti.