KUALA LUMPUR: Tan Sri Dr Mohd Hassan Marican telah diisytihar sebagai Canselor keempat Universiti Teknologi Petronas (UTP).
UTP dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan pengisytiharan itu, yang berlangsung di kampusnya di Seri Iskandar pada Isnin, bagai sirih pulang ke gagang untuk Mohd Hassan kerana idea penubuhan universiti tersebut telah dicetuskan, dikonsepkan dan direalisasikan semasa beliau memegang jawatan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas.
Mohd Hassan dalam ucapannya mengingatkan para graduan agar tidak melupakan golongan tidak bernasib baik dan menyumbang ke arah peningkatan kemasyarakatan dalam apa jua bentuk tanpa mengira kaum atau agama, kepentingan bersikap rasional dan bertangungjawab dalam menangani isu dalam dunia pascapandemik seperti perubahan iklim.
"Kerajaan mungkin bercakap mengenai rancangan dan matlamat mereka berhubung isu iklim dengan sasaran serta tarikh akhir namun caranya adalah di mana cabaran wujud. Saya menggesa para graduan untuk memikirkan caranya. Pertimbang bagaimana anda boleh melibatkan diri dan pada masa yang sama, ingatlah bahawa penyelesaian serta pendekatan perlu dijalankan secara bertanggungjawab," katanya.
Mohd Hassan turut melancarkan sambutan ulang tahun ke-25 UTP yang ditubuhkan pada 10 Jan 1997 dan bagi memperingati jubli perak universiti itu, UTP akan menganjurkan pelbagai acara dan aktiviti sepanjang tahun untuk kakitangan dan penuntutnya serta masyarakat.
Naib Canselor UTP Profesor Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib pula menekankan kepentingan mendukung tanggungjawab yang diamanahkan kepada para graduan.
"Kami berharap apabila anda melangkah ke babak seterusnya dalam hidup anda, anda akan mendukung amanah yang diberikan kepada anda oleh orang sekeliling. Ia adalah satu amanah untuk anda sentiasa melakukan perkara yang betul dalam menjalankan amanah itu dan menggalas harapan orang tersayang, UTP serta negara," katanya.
Majlis konvokesyen yang berlangsung dari 10 hingga 14 Jan melibatkan 10 sesi menyaksikan seramai 1,604 graduan menerima skrol masing-masing iaitu 77 ijazah doktor falsafah (PhD), 161 ijazah sarjana dan 1,366 ijazah sarjana muda.
Graduan Sistem Maklumat iaitu Asyraf Irfan Muhammad Adib menerima Anugerah Canselor Emas manakala graduan Teknologi Maklumat iaitu Afifaa Fairos dan graduan Kejuruteraan Petroleum Abdul Haziq Abdul Yazid masing-masing menerima anugerah perak serta gangsa.
Graduan Kejuruteraan Komputer iaitu Muhammad Fathy Rashad pula menerima Anugerah Pelajar Sarjana Muda Antarabangsa Terbaik.
Bavoh Cornelius Borecho, graduan Kejuruteraan Kimia, menerima Anugerah Penyelidikan Pascasiswazah Terbaik bagi kategori doktor falsafah manakala Shamsudeen Temitope Yekeen, graduan Kejuruteraan Awam, menerima anugerah itu bagi kategori ijazah sarjana.
Syahidah Mohd Khairi, graduan Pengkomputeran Gunaan, pula menerima Anugerah Pelajar Terbaik Bagi Program Sarjana Kerja Kursus.
Pengerusi Petronas Tan Sri Datuk Seri Mohd Bakke Salleh, dua Pro Canselor UTP iaitu Datuk Tengku Muhammad Taufik dan Tan Sri Zaharah Ibrahim serta Lembaga Pengarah UTP menyerikan majlis itu dengan kehadiran mereka.
Turut hadir bekas Naib-Naib Canselor UTP iaitu Datuk Dr Rosti Saruwono dan Datuk Ir (Dr) Abdul Rahim Hashim.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 12 2022
Mohd Hassan dalam ucapannya mengingatkan para graduan agar tidak melupakan golongan tidak bernasib baik dan menyumbang ke arah peningkatan kemasyarakatan. - Foto Petronas
Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
Jarak perjalanan dari Sarikei dan Tanjong Manis akan menjadi semakin dekat kepada hanya 50 minit apabila Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025.
Laporan pertama akan dibawa ke DUN Sarawak
Laporan Pertama Ombudsman Sarawak dijangka dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun hadapan sejurus urusan penyediaan sistemnya selesai.
Tuntutan satu pertiga kerusi parlimen mesti ikut MA63 - Kelvin
Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii menyokong tuntutan satu pertiga atau 35 peratus kerusi Parlimen yang dibuat oleh Sarawak dan Sabah. Namun harus dibuat berdasarkan apa yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru.
Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
Kerajaan negeri menyambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan sekumpulan individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah.
Kabinet tidak bincang isu Majlis Profesor Negara - Fahmi
Mesyuarat Kabinet hari ini tidak membincangkan isu berkaitan Majlis Profesor Negara (MPN) selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mengkaji sem
Kemuncak Monsun Timur Laut hujung Nov, taburan hujan tinggi
Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini menyaksikan taburan hujan yang tinggi di sempadan Malaysia-Thailand selain negeri di pantai timur serta Sabah dan Sarawak.
Lelaki maut maut di Hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
Dua lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam satu insiden tembakan di kawasan parkir kenderaan sebuah hotel di Bintulu pada lewat malam Khamis.
Pantau Agenda Reformasi: IPSOS: Rasuah kekal jadi kerisauan utama rakyat Malaysia
Isu rasuah kekal menjadi kebimbangan utama di Malaysia, diikuti oleh pengangguran dan kemiskinan. Sementara, kerisauan utama pada peringkat global ialah kadar inflasi, jenayah dan tahap kemiskinan.
Gunung berapi di Kamchatka menjadi berbahaya selepas tiga letusan
Salah satu letusan itu amat kuat, menghamburkan debu setinggi 11 kilometer.
Jawatankuasa Penasihat kepada Menteri Kewangan untuk tingkatkan hasil negara
Jawatankuasa Penasihat itu juga akan menasihati Menteri Kewangan mengenai perkara berkaitan subsidi.
Mohd Hassan Marican diisytihar Canselor keempat UTP
Idea penubuhan UTP dicetuskan dan direalisasikan semasa beliau memegang jawatan sebagai Presiden Petronas.
Mohd Hassan Marican akan diisytihar Canselor keempat UTP
Tan Sri Mohd Hassan Marican akan diisytihar sebagai Canselor keempat Universiti Teknologi Petronas (UTP) pada 10 Jan ini, yang juga hari pertama majlis konvokesyen ke-21 universiti itu.
Hassan Marican letak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Khazanah
Tan Sri Mohd Hassan Marican meletakkan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah Khazanah Nasional Bhd untuk menumpukan perhatian kepada penglibatan lain.
Majlis Penasihat Kerajaan sedia laksana tugas
Tidak wujud tempoh rehat atau kegembiraan berpanjangan selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-14 berikutan kerajaan berazam untuk memulihkan semula keyakinan rakyat dan pelabur.